“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010,”
mesti pernah dengar kan ayat ni..rasanya familiar kot terutama setiap kali raya..
ni la pemilik suara ataupun ayat diatas
Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,
berumur 79 tahun
seperti biasa kita semua begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan j tarikh Aidilfitri /Aidiladha.
namun tidak lagi bagi tahun 2011 kerana beliau sudah bersara...
mengikut sumber yang aku baca dari internet beliau bertanggungjawab
- menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu
- menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja
- jurucakap majlis Raja-raja
Engku Ibrahim mula memegang jawatan itu pada 1 Januari, 1989, menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.
Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib daripada perkhidmatan kerajaan pada April 1987. (BERNAMA)
Perasan tak aku lahir 1989...
ini bererti semenjak aku lahir hanya suara ni saja yang aku dengar bila tiba puasa n raya...
patut la aku tak pernah tengok pn org lain duk buat pengumuman ni...
mesti rindu nak dengar suara dia kan..
bukannya apa dia dah ada personaliti tersendiri..
setiap bait2 kata nak umum puasa/raya memang mendebarkan..
mana taknya dia kan perlu cakap sepatah demi sepatah...
macammana pun aku mendoakan agar beliau sentiasa sihat menjalankan kehidupan seharian..
aminnnnnnn......
No comments:
Post a Comment