follow me....

Showing posts with label ELIANTO. Show all posts
Showing posts with label ELIANTO. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

akhirnya bertemu jua

Alhamdulillah syukur…akhirnya bertemua jua rumah sewa...

Nak tau sem depan aku duk luar…sem depan budak junior ambilan baru ramainya nak masuk…wah ramai ye berminat masuk IPG..tahniah..kesan daripada itu..akak2 n abg2 senior bakal tercampak tinggal di luar…jadi aku n the geng tak nak la dicampak2 ni sakit rasanya bila sesuatu datang dengan terpaksa..jadi kami berenam bersepakat mahu tinggal di luar…

Nak duk luar memang seronok..TAPI…nak cari rumah..ya Allah ya tuhanku betapa susahnya..betapa runsingnya..betapa penatnya…..
Untuk memperolehi sebuah rumah memang susah..sudah sekitar sikamat kami merayau…

Dari sri pulai 1, 2 ,3
Taman Pulai Impian
Taman Pulai Perdana
Warisan pUteri
taman desa beringin
Taman pinang gading
Taman tunku Kurshiah
Taman Desa rhu
Taman Desa Kiara…
Taman indah…

Dan entah mana lagi taman yang tak tersenarai……..

Survey di Pulai Perdana memang menarik ..ada security guard lengkap..sewanya  800 yg kami dapat..aduss cancel…dapat lg sorang owner tp smpai sekarang x call balik..CANCELL

Pakgad india tolong cari rumah kat taman indah..rumah besar…kosong…3 bilik 1 bilik air..tp owner india..n agak mendesak..so cancel…

Rumah dekat Pulai 3..besar tp 750..CANCEL…

Rumah dekat pulai impian ..besar 2 tingkat..4 bilik…tp xda no pun yg ditinggal…CANCEL
Warisan puteri..sewa 500..3 bilik..full furniture…ni je la yg terbaik..dah survey n tngok luar..OK la..walaupun jauh..malangnya owner call cakap bulan 7 baru leh masukk..aduhh masalah lagi..

Kami memikir dan terus memikir…

Akhirnya satu malam kawan kami lelaki cakap dia nak duk taman angsana..so kami pun sibuk g tengok gak taman angsana..oh di sini rupanya taman angsana..dalam hati masing-masing agak berminat dengan taman ni…TAPI masa round xda kosong…

Paginya aku mesej rakan dari kelas lain tnya pasal taman angsana..sebab dengar cerita budak kelas dia duk di sana..so klu diorang ada no kami nak jugak sebab dekat…then dia pun bg satu no umah ni sebba dak kelas dia cancel duk ctu..kami pun mula la call n owner bersetuju nak bagi  tengok n petang tu jugak kami berjumpa…

Dah sembang2 masuk lam umah..semuanya OK…lasnya kami semua SETUJU…jadi kami dapatlah rumah…harganya RM450..kami duduk berenam..kira ok la kan...

masuk dapur..wah menarikk!!
ni la keseluruhan rumah kami
Selang dua hari owner datang untuk cat grill n dalam umah..so kami pun membantu..kat cni kami serba sedikit mengenali owner ni..rupanya dia seorang yg prihatin…dia nak pasang kipas dalam 2 bilik tidur yg lain..so jimat duit kami x yah beli kipas sendiri..then dia nak pasang pemanas air dalam bilik air..TQ uncle…

Lepas cat kami dibawa plak minum petang di PIZZA…katanya sebagi terima kasih tolong dia cat..padahal kami cat ckit je pun…hehhee…

TQ uncle..kami sangat beruntung..inilah rezeki yg diberikan kepada kami berenam…
Jadi kami akan ingat pesanan uncle untuk jaga rumah ni…duit tanda dah diberi kunci mybe minggu depan setelah deposit setel…

So nantikan la kisah umah sewaku yang diberi nama “VILLA ELIANTO”……

Saturday, March 5, 2011

Alkisah Laksam..bangun awal...pasar pagi....

yeahhh!!hari ni dapat makan laksam...pagi-pagi aku n the geng dah ke pasar pagi kat ampangan semata-mata nak beli laksam..kami bangun awal di hujung minggu..kredit to elianto....
PERGGGHHHHHH!!!!

sebenarnya laksam ni ada kisah disebaliknya...kami mula terpaut dengan rasanya pada minggu lepas..pensyarah dan staf adakan bacaan yasin di Kompleks Teknopen..kami sepatutnya kelas multimedia Creative ngan En Manan..disebabkan aktiviti ni kelas pun xda n kami g makan..then en manan call suh p makan..katanya kelas pada hari ini "makan-makan"..rasanya masa tu dalam hati semua orang mesti terdetik "yes" yang membawa dua maksud iaitu xda kelas dan boleh makan..tapi kenyang perut masing kenyang dah melantak di kafe...

aku plak tak terasa nak makan dan sekadar ambik hati pensyarah pegi la tempat makanan...aku cari je la benda yang berbungkus so ternampak nasi lemak..lam hati pikir grab je la sebab aku xmakan berat pagi ni so leh simpan tengahhari..skali terpandang laksam yg siap dibungkus..so apa lagi aku n pika pun terus grab..then suhaib nampak n dia pun grab balance lagi satu..bila masuk je tempat makan semua dah tertarik dengan laksam yang kami pegang..aku ngan pika memeluk la laksam takut dicuri..kikikiki...

yang paling bes, im nampak ja terus berlari nak g amik tapi kami sempat jerit.."dah habis!!"..muka dia kecewa giler...so suhaib yang kesian bagi la kat dia....bila balik bilik makan..perrrrrrrrggggggghhhhhhh!!cayalah sedap kot...aku sebenarnya kureng cikit laksam tapi yang ni sumpah aku tak tipu memang sedap...aku makan segulung demi segulung..niat nak simpan kat roomet yang sedag tidur hancur berkecai bila aku kusyuk makan sampai habis....bila g kelas petang tu im n pika pun memberi reaksi..PERRRRRRRGHHHHHH!!sedap gila..memang xdapat lupa la rasasnya..budak2 lain mula la teringin...ni la antara laksam terbaik yang aku pernah makan,...nak plak jumpa kat seremban yang agak susah mencari makanan menarik...

jadi kami pun g la tanya en manan next weeknya kat  mana beli..then dia pun mencari jawapan pada kawan2nya n rupanya di Pasar Pagi Ampangan ada...

inilah alkisahnya..aku..laksam..bangun awal..pasar pagi...


Tuesday, February 15, 2011

Aktiviti hujung minggu PART II

Hari ahad plak selepas bertungkus lumus tidur plan plak nak g tengok anak sedara im...kak ngah dah bersalin minggu lepas 5 feb 2011..jadi kami pun bergerak la dari maktab ke bukit kepayang sera emban dua...seperti biasa wajib la snap gambar kan..mari kita tengok

baby ....IMAN HAZIQ

ni la plak abgnya..IMAN HAKIMI...

selesai ja melepak di rumah kak ngah..kami meneruskan misi berikutnya..tempat ke-2 yang kami terjah adalah jusco seremban 2..saja jalan2 mana tau ada jumpa kasut dan matlamat utama mau beli hadiah kepada mimi...tengok kasut sana-sini ada yang berkenan tapi saiz plak xda...ada yang mahal sangat la..macam-macam..jadi masih belum berjaya membeli kasut...aku sempat usha seluar chic avenue...cantik...kale coklat ada teksture lagi..huh!!mungkin aku akan beli kalau bila2 pergi ada lagi..malas nak beli siap2 sebab semalamnya duit berderu-deru keluar....so kami window shopping je la kat sini....sempat jugak jumpa parents suhaib yang datang dari taiping antar dia sebab accident...so settle hadiah mimie kami pun bergerak keluar dari JUSCO...

tempat berikutnya yang dituju adalah CITY PARK Seremban 2...ramainya la orang kat sini..main layang-layang..bagi ikan makan...main skateboard...fotographer duk shoot..macam-macam ada...lepas dapat parking kami pu melepak n makan  la dekat kolam ikan sambil tengok layang-layang...banyak sangat burung gagak kat sini....


Mari makan...kepok n pisang goreng










lepak hampir satu jam kat sini kami pun bergerak pulak ke TESCO..aku n jaja nak beli mineral water..tapi dah sampai sini masuk pulak kedai baju..kasut..ada plak yang berkenan baju,kasut , blouse...dalam tesco aku g beli rak buku,rak kasut n fail then beberapa barang lain..mengalir la duit lagi...
selesai ja tesco..balik plak rumah kakngah...jumpa mak im n kak ngah sebab diorang dah nak balik kelantan...
naik escalator pun sempat lg nak snap




selepas tu dinner time plak..dinner kat THARA...then balik dengan kepeningan kepala yang teramat...berdenyut2 kepala ku,....

aktiviti hujung minggu Part I

disebabkan elaun dah masuk so hujung minggu elianto diisi dengan pelbagai aktiviti..jadi aku terpaksa membahagikan kisah kepada part i n part ii...sebab kisahnya berlanjutan selama 2 hari..........

pada hari sabtu elianto marcello bergabung tenaga keluar ke terminal one je..walaupun x pergi jauh kami dapat menenagkan fikiran kami ni...tujuannya nak beli pelbagai barang dan menyelesaikan bayaran bil...so selepas beberapa lama kami menunggu teksi sampai la ke terminal..lepas je tekan duit..perkara pertama kami lunch..so memang dah jadi tabiat dah hujung minggu g terminal wajib masuk  station kopitiam ..so mari kita tengok gambar kami........

ELIANTO MARCELLO...bergabung!!

ELIANTO

ni minuman kami...

im...chicken chop rice

lala set ..RM8.90

aku bersama lala set...

intan ..tomyam fried rice

semangat makan tu....

errrrrrrkkkkkkkk...alamak dah kenyang....
Dah kenyang kami pun meneruskan perjalanan window shopping dalam shopping complex ni...lepas solat....kami g survey latop untuk pika...printer kat im..tambah RAM latop aku n tasya...cari baju kebaya, dress n macam-macam lagi..saku beli la satu baju brand smartconnection..murah je sebab sale... sampai la dalam 6.30 petang baru keluar dari terminal...then balik singgah kedai Lelaki ini untuk order dinner...yg pasti hari ni memang duit mengalir laju skali...tapi alhamdulillah aku dah setelkan premium insurans untuk 6 bulan(RM660)..huhhh..duit broadband dah byr untuk bulan 2...ink dah beli untuk sem ni....beli gak innershine setelah sekian lama x minum..nasib ada sale...

so tamatlah aktiviti hujung minggu part i..makaceh elianto marcello...friendship forever..........

Friday, January 28, 2011

EXPLORACE!!

semalam iaitu 27 jan 2011, satu avtiviti "intergrity explorace" telah dijalankan.dalam  maktab ja....ELIANTO telah mewakili unit PSV SEM 5 dalam aktiviti ini..sebenarnya aku yang beria2 ajak budak2 ni sebabnya pengurus aktiviti ni tia..so apa salahnya memberi sokongan pada rakan sekelas kan...jadi aku pun mendaftarkan nama ELIANTO berserta wang RM5...jadi antara kami berenam hanya 5 sahaja menyertainya...pasukan berdaftar ada 10 tp yg hadir hnya 9 kumpulan dan kami mendapat kami memegang kumpulan 9..setiap kumpulan dibekalkan dengan RM50000..sekiranya pada setiap klu kami berjaya akan dapat 1000...klu xberjaya kena bayar RM2000 manakala klu nak skip kena bayar 3000.....

sebekum pergi..bersemangat...bersatu kita teguh!!

mendengar taklimat...bersama group(2) KS2..they all antar 2 group

 semasa taklimat kami telah diberikan syarat dan juga klu untuk permulaan..group 9/ELIANTO menerima klu "rumah terbiar" jadi kami perlu mencari tempat manakah dalam kawasan IPG ini merupakan rumah terbiar dan kawasan berdekatan merupakan checkpoint yg dijaga oleh seorang fesi..
check point 1...entah napa la fesi ni g tunggu kat sebelah tiang ni...jauh la dari rumah terbiar tu....tugasannya cari klu dalam belon...kena tiup tepung dalam 3 minit..kemudiaan amik belon , tiup dan pecahkan sehingga ada klu...KAMI BERJAYA!!!
dipenuhi tepung..masa cari belon...
  
checkpoin ke2 kami dapat klu "micro teching PJ...maksud astaka kat padang...so lari lagi kat sini tugasannya menyambut belon yg diisi air..belon dibaling oleh rakan dari atas astaka

kemudian check point ke3 kami dapat klu " VEST"...vest mestilah pakgad..sebab ada pakgad yg sentiasa pakai vest dan sgt rajin menulis..kat cni kami fesi menjual pantun dan kami menjawab pantun tersebut..sangat pantas!!sebabnnya ada intan..pemantun IPG...hehehe

dapat lg klu ke 4 iaitu " minum air tepi jalan"...maksudnya RO water /  watershop....tugasan kat cni..cari  3botol mineral 1.5liter dan isi air kedalamnya..punca air bebas....so aku n pika dengan jayanya masuk ke blok A..menjerit sana sini kat budak2 hehhehe...BERJAYA!!

SETERUSNYA!!!
klu ke5 " balik kampung"..jawapannya bas...so kami berlari la ke garaj bas..kat ctu ada lagi aktiviti...kami perlu mengangkat baldi menggunalan 2 utas tali keluar daripada kawasan bulatan..caranya adalah mengikut kreativiti..tugasan BERJAYA!!!
semangat kawan!!
selesai checkpoint 6..kami dapat plak klu "solat" yg bermaksud balai islam..kat cni tugasannya adalah kami perlu mencari kad nilai berwarna kunig yg terletak dikawasan tersebut sebanyak 2 keping dan bina ayat berdasarkan perkataan di ats kad tersebut...yg ni masa yg diambil sgt lama...akhirnya..........BERJAYA!!

ni la fesi yg menhaganya....
kemudian kami beralih plak kepada klu yg ke7..tak ingat apa...yg pasti kat tempat skuasy..kami diberi 3 batang mancis dan sebatang lilin..nyalakan lilin dan jalan n  pass lilin pada ahli lain secara ulang alik tanpa terpadam dan berjaya menyalakan lilin menggunakan 3 batang mancis..kami berjaya guna sebatang je tnpa terpadam..WELL DONE!!

mendengar taklimat dari fesi....

hati bawak lilin..kawal angin...

dapatlah pulak klu ke8 "ayam goreng...hehehe sah2 la kafe..so g kafe..ada 2 group yg menunggu nak laksanakan tugas..so terpaksa tunggu..rugi masa..kat cni kena asingkan kacang hijau dan kacang merah dalam masa 5 minit...aktiviti ni kami berjaya 4.47minit...TAHNIAH!!

sementara menunggu giliran

asingkan kacang hijau dan merah

klu ke-9 "bola tmpar"..kat cni kami kena pancing botol dan bawak ke kawasan penamat...5 botol dalam masa 5 minit....kat cni kami gagal..hanya 2 botol berjaya...so denda kami terpaksa membayar RM2000
memancaing botol..meyusahkan..menurut fesi..xda kumpulan pn berjaya...

selesai ni kami mendapat klu terakhir iaitu "lapangan blok c"..kat sini ada plak "permainan kim"..kami dah hafal semua gmbar tapi ntah kat mana silapnya kami betl 20/21...huh rugi gila xdapat la 1000..
duk isi semula nama barang yg ditujukkan

selesai ja kami dapat klu "lagu negaraku" maksudnya dataran melewar..kat cni penamat..rupanya kami kumpulan ke8...hahahahha.....anyway ni belum muktamad kerana pemenang dikira dari segi "fair play, masa, dan jumlah wang...

bersama pengurus explorace elianto "jaja"..juga merangakap jurugambar..kesian dia terpaksa ikut kami kesana -kesini...kami semua syg awak jaja
yeyeyeyeye


bersama group sains dan fesi (bab n taqhif)

lagi

ELIANTO..yg baju biru bukan..sibukk nak masuk bergambar ngan artis...
  
so itu lah kisahnya...pemenang diumumkan pada 7 feb ni..so aku nak ucapkan tahniah pada elianto..kalah belakang kira..memang penat terpaksa berlari dari padang bola baling ke astaka >>depan gate>>watershop>>garaj>>BAIS>>padang>>kafe>>court bola tampar>>parking blok c>>>dataran....memang tersangat letih.....atleast kita berjaya membuat sesuatu yg membahagiakan kita walaupun sakit kaki sebab x warming up...padan muka

LOVE U ALL ELIANTO....