follow me....

Thursday, January 28, 2010

ANALISIS KARYA 1 (CAT MINYAK)






ANALISIS KARYA TOKOH PELUKIS TEMPATAN
Bersilat III, Amron Omar
Disediakan oleh : Noor Fadhilah Binti Mat Hassan


‘ Bersilat III’ , cat minyak 164 x 182cm (1980)
Oleh  Amron Omar

Karya ‘Bersilat III’ diatas  dihasilkan oleh salah seorang pelukis figura yang terpenting di Malaysia iaitu Amron Omar. Pelukis yang gemar membawa tema figurative ini , melukis karya berdasarkan tema kesenian seni Silat Melayu. Karya ini dihasilkan menggunakan cat minyak dengan menonjolkan objek melalui sudut pandangan dari atas. Disini jelas menunjukkan pelukis mempunyai kemahiran melihat Sudut foreshortening kepada objek yang hendak di paparkan. Pelukis ini hanya menggambarkan dua imej lelaki yang sedang bersilat . Gambaran imej begitu ringkas tetapi begitu realistik di mana wujudnya unsur pergerakan yang sangat jelas.
Bila kita memerhatikan  karya ‘Bersilat III’ , (1980)  ini, pemerhati seolah-olah berada pada suatu tempat yang tinggi seperti di atas sebuah rumah ataupun beranda. Dengan pengamatan yang mendalam kita dapat merasai sendiri semua pergerakan seni silat yang dipersembahkan. Pelukis seperti membiarkan imej manusia itu bergerak dengan sebebas-bebasnya. Ruang kanvas tidak di kawal langsung. Imej manusia dibiarkan dan kelihatan tidak kaku pada satu-satu sudut. Ini jelas kelihatan pada tubuh manusia pada bahagian kanvas itu. Walaupun gambaran ini hanya dilukis diatas kanvas namun kita masih dapat merasai keindahan langkah demi langkah dan bunga-bunga silat yang dipersembahkan itu. Selain itu, beliau berjaya mencungkil anatomi pada tubuh figura  dengan menggambarkan dua imej lelaki tidak berbaju sehingga menampakkan dengan jelas otot-otot tubuh yang sasa serta cengkaman jari-jari tangan. Warna latar dipalitkan dengan warna coklat kekuningan untuk menggambarkan cahaya yang tertumpu pada dua lelaki yang sedang beraksi.
Imej lelaki di dalam karya ini di biarkan tidak berbaju bertujuan untuk menunjukkan tubuh lelaki yang sasa sebagai lambang kekuatan bangsa Melayu. Otot –otot yang sasa melambangkan kejantanan dan kegagahan seorang lelaki sebagai wira.  Palitan warna-warna coklat kekuningan seperti warna senja ataupun warna alam dari cat minyak begitu menarik dan sesuai dengan tema yang di bawa iaitu kesenian silat melayu dimana warna ini melambangkan kekuatan dan semangat yang berkobar-kobar untuk mencapai sinar kemenangan dalam pertarungan menentang pihak lawan.
Kesimpulannya, karya tersebut merupakan satu olahan yang mampu mencuri mata kita untuk tidak leka melihat setiap langkah pergerakan itu. Ia di hasilkan setelah menyedari seni persilatan akan terkubur, maka Amron berusaha merakamkan kembali dalam bentuk seni visual. Sesungguhnya karya ini mampu untuk menyedarkan bahawa kesenian dalam alam melayu penuh dengan keindahan walaupun hanya diatas sekeping kertas.  Oleh itu, semangat patriotisme perlu dipupuk agar warisan pusaka tinggalan nenek moyang kita yang semakin tenggalam di hanyut arus zaman terus terpelihara .

***adaptasi dan pengubahsuaian dari buku falsafah dan kritikan seni ****





No comments:

Post a Comment