follow me....

Showing posts with label kisah seorang guru. Show all posts
Showing posts with label kisah seorang guru. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK DI SELURUH MALAYSIA...

jom layan lagu dibawah

Wednesday, May 2, 2012

dari student

pada 27 april 2012 dengan rasminya tamatlah praktikum fasaIII saya...biasalah hari terakhir mestilah murid akan serbu guru praktikum untuk bersalam, beri hadiah , surat dan pelbagai lagi..untuk praktikum ni leh tahan banyak jugak hadiah yang diterima daripada students saya...

jom kita tengok...


hadiah yang telah dibuka..


dalam banyak-banyak hadiah tu aku sangat suka dengan hadiah di bawah ni...so sweet!!

anak murid aku bagi couple mug...aku memang suka...sangat comel n  simple...


dalam banyak2 hadiah n jugak ada satu yang pelik..jeng!!jeng!!

cuba baca nama di atas"CIKGU HALIZA"..hahaa pelik aku dengan budak yang bagi ni..budak darjah 1...anyway aku menghargainya sebab aku tak ajar pun darjah 1 tp tetap bg hadiah......

praktikum III memang terbaik la...pihak sekolah juga ada buatkan jamuan perpisahan untuk kami...guru pembimbing aku jugak ada bagi hadiah...dah guru pengakap pun kasi hadiah tudung....

TQ sangat2 warga SK Dato Klana Maamor...baik guru mahupun student memang seronok....miss u all

Sunday, April 22, 2012

KOLAJ-BIRI-BIRI

Bidang : Menggambar
Tahun : 3 
Tajuk : Si Biri-biri 
Aktiviti : Menghasilkan Kolaj Biri-biri menggunakan kapas

ok ni adalah aktiviti murid tahun 3..aku buat kolaj biri-biri..simple je..guna kapas saja...
aku dah siap potostat gambar seekor biri-biri.then murid diminta untuk menampal kapas pada biri-biri dan mewarnakan latar belakang gambar tersebut...

jom tengok kerja budak!!













ok bye2

MENJADI GURU PENDIDIKAN MORAL

Praktikum di SK Dato Klana Maamor memberikan aku pengalaman baru...selain mengajar subjek Major-PSV dan minor-BM, aku ditugaskan untuk mengambilalih tugas mengajar pendidikan moral tahun 6..ha..HEBAT X?
HEBAT SANGAT!!

macam mana aku mendapat bebanan tugas ni bermula apabila seorang guru di sekolah ni diarahkan menjalani kursus 14 minggu..oleh kerana kekurangan guru maka, cg BI n Mate terpaksa mengganti guru ini dan ada lebihan subjek...jadi kami plak ada masa tu jadi beralih la tugas tu kepada kami bertiga...

kami dah tolak secara baik dengan menyatakan kami tak dibenarkan mengajar subjek lain..tapi kami boleh tolong dengan syarat berikan kami slip kelas ganti..jadi kami xdala menanggung tanggungjawab yang berat klu ada slip ganti or relief class ni...lecture pun xtau pasal kami amik tugas ni..malas nak panjangkan cerita....lagipun cikgu2 kat skolah ni ok..apa salahnya membantu....kami redha ja dari kami kena relief kelas bertimbun baik relief kelas secara tetap...lagipun moral tak da la susah sangat...jadi seminggu aku ada 10 waktu tetap..8 waktu wajib tulis rph la.. ( 4masa seni n 4 masa bm) + 2 masa moral...

bila mengajar Pend Moral aku n partner ikut je buku teks.muridnya 8 orang ja...tapi masalahnya budak2 india ni kebanyakkannya lemah dalam bahasa melayu.. 2 orang kembar langsung tidak boleh memabaca tapi boleh menulis...yang lagi 6 orang tu sederhana..tapi penggunaan bahasa melayu dan kosa kata amat rendah.
jadi aktiviti yang dijalankan mestilah menitik berat kebolehan mereka ni...

jadi aku plak cg seni jadi setiap kali kelas aku, pasti aktiviti melukis menjadi perkara wajib..biasanya aku akan mulakan dengan perbincangan dan aku akan panggil murid yang cekap untuk baca...then aku terangkan dan minta pendapat murid..bila masuk part tugasan aku bagi yang simple ja..selalunya macam melukis poster, peta minda dan sebagainya..

ni contoh aktiviti n hasil yang murid dah buat ...mula aku buat perbincangan tentang berkongsi...then suruh mereka lukiskan poster 'Berkongsi Amalan Mulia'


jom kita tengok anak-anak murid moral aku...tapi semua lelaki yang ni sebab geng perempuan tak hadir..






ni la akibatnya bagi saya ajar moral...mesti la saya aplikasikan seni dalam setiap P&P

Thursday, April 19, 2012

QUILLING

ok pernah dengar tak QUILLING...actually aku pernah dengar tapi aku tak tau apa dia..sekali hari tu aku kekeringan idea nak buat apa mencorak tahun 5...dari malam aku tak jumpa..sampai di sekolah aku searh guna wireless sekolah yang laju..macma2 ditaip..sekali terjumpa pasal quilling...

so aku pun dengan pantas mencubanya...aku jumpa satu website mula-mula terus buat..so aku susun-susun then jadilah corak terancang sususan bebas....

tengok hasilnya....


Bidang : Membuat rekaan dan corak 
Tahun : 5
tajuk : corak gulung (quiling shape)
Aktiviti : Menghasilkan corak susunan bebas menggunakan teknik gulungan kertas a.k.a Qulling shape...

bila nak buat RPH aku search lagi pasal Qulling ni sebab nak tau apa sebenarnya konsep dia..sekali terjumpa la "BASIC QUILLING SHAPE"
sumber  : http://poorvacrafts.blogspot.com/2010/04/quilling.html
jadi masa dalam kelas aku perkenalkan la basic shape ni melalui satu gambarajah yang aku buat...so hasilnya cantik-cantik juga budak2 buat...kebanyakkan sangat suka buat bentuk love

jom layan gambar my cute students









telengkan kepala anda

That all...TQ

Monday, April 16, 2012

PASU UNTUK IBU....

dah lama tak update....aktiviti seni lagi kali ni membentuk dan membuat binaan lak...

bidang  : membentuk dan membuat binaan
tajuk    : pasu untuk ibu


sebenarnya tajuk ni bidang kraf pun boleh..asalnya RPH kraf tapi tiba2 jadi membentuk sebab aku malas nak ajar cara mengukir corak dengan betul...jadi hasilnya nampak lebih kepada membentuk la...kira ada gabungan kraf ckit...

langkah buat senang je...


1. sediakan  botol plastik dan plastesin dalam 2-3 kotak...

2. mulakan dengan melenyek plastesin dan balutkan pada plastik.
 
 3. kemudian tampalkan pada botol.

 4. Picit dan tekan untuk memastikan plastesin memenuhi botol

 5. tambahkan warna lain jika tak cukup..buat mulut pasu...then buat hiasan pada pasu mengikut kreativiti.


sekarang jom usha plak anak-anak didikku punya kerja..




dan inilah hasilnya yang dapat dipamerkan...ada 20 orang je ari tu..tapi kat sini ada 17 /20...yang lain xsempat siap pada masa yang ditetapkan

Tuesday, April 3, 2012

Bidang : Menggambar
Tajuk : Bandar Masa Depan
Tahun : 5


 

ni adalah aktiviti menggambar tahun 5.....
bahan yang digunakan adalah krayon.....
caranya mudah saja..murid diberi kebebasan untuk melakar bandar masa depan. 
kemudian warnakan menggunakan warna krayon...
karya ni mungkin nampak menarik kerana penggunaan atas kertas hitam....

sekali sekala beri la peluang murid anda guna kertas selain warna putih untuk melukis...
biar mereka rasai kenikmatannya...
penerokaan bahan yang maksimum....

ok see u.........

Monday, March 26, 2012

cabaran akhirnya dibalas keindahan

19  Mac 2011

sekitar jam 3 petang aku menggolek-golek diri diatas tilam...then terlelap kejap.....
around 3.50 datang intan a.k.a aku punya partner praktikum........

"ilah en nik kata esok dia nak datang....dia suruh anjak jadual...aku cakap bahan camne?tp dia kata buat jugak..so ko cal dia la..."

haahhhhhh?????

dari yang ngantuk aku terkejut monyet je..xda la beruk...hilang la ngantuk aku......

macammana??bahan??nak tukar cam na...aduhhhhhhhhhhhh en nik........ok la nanti aku setel ngan dia......

aku termangu sejenak...pusing  kiri..pusing kanan.........apa aku nak buat ni...nak bagi alasan apa ni kat en nik cakap tak nak.....pusing lagi......arggggggggggghhhhhhhhh...tolong.......

fikir lagi...

nak buat apa...nak buat apa??nak buat apa??

arggggggggggggghhhhhhhhhhh...no idea....amik fon en cal.......

tuuuuuuuuuuutttttttttttttttt!!!tut!tut!......


en : helloooo...assalamualaikum (dengan penuh keceriaan)
aku : waalaikummussalam....en betul ke?

en : ye la...boleh kan...
aku. : en macammana...saya xpesan apa2 barang dah la kelas xda esok saya ari kamis kot kelas..esok baru selasa..........(senada n senafas aku bertutur)...amik kauuu

en : xpe la...tukar la dengan cg mana2...amik je mana2 kelas...
aku : en...dah lupa ke?sekolah kami ni kan satu tahun 1 kelas je...dah esok wan n intan masuk kelas diorang....tinggal kelas ari kamis ni ja seni saya tahun 2 n seni wa thun 1...macammana?

en : xpela..amik yang tahun lima tu...boleh je...
aku : en ..bahan macam mana....saya x bersedia...

en : boleh..amik je bahan apa2
aku : EN!!(kuat sikit)..sekolah saya ni bukannya macam kedai en nak apa leh amik...stor pun xda....dah tu kertas lukisan sekeping pun xda....

en : xpela....(ya allah orang tua ni..dari tadi xpela2...aku cepuk kang !!)..buat ja aktiviti yang simple...saya nak tengok cara awak mengajar macam mana awak kawal kelas..bagi arahan....

aku : saya tau la en...tapi kejayaan saya ni ada gak bergantung kat murid..kalau dah budak xda bahan macam mana nak buat aktiviti..apa yang nak dikawalnya....jenuh la saya nak sediakan bahan en.....
napa en x datang je tadi...kan senang....

en: xpa...saya x perlukan aktivti yang high cost..buat yang simple...amik ja kertas A4...adakan??guna je...buat apa yang apa rasa sesuai........
aku : aaaaaaaaaa.....en........kenapa en wat camni kat saya??kesian la kat saya....

en : xpa saya tau awak boleh....
aku : ishhhh...ennnnnnnnnnnnnnnnn

en : hehehheee(gelak plak dia).....awk boleh saya tahu...ok saya datang esok..malam ni awak sambil duduk2 tu pikir nak buat apa...boleh x??
aku : hurmm ..ye la en..pukul brapa...

en : 11-12 atau 12- 1...
aku : ok saya cuba....

en..ok boleh ye..esok kita jumpa....

huhh...duduk termangu aku memikirkan aktiviti...nak buat atas kertas A4..xmenarik la sangat ku rasa...tiba2 pikah masuk bilik......aku terus teringat kertas hitam...

dengan lemah lembut dan manja "pikahhhh....en nik nak datang..aktiviti apa ni??weh aku nak kertas A4 hitam ko boleh"..cukup x 25 keping"

"ok ko g amik kat bawah..."

"tq pikah...."

then naik connect internet tapi haram..tergegeh2 n xleh nak connect..so dengan slumber aku amik ja mobile broadband for 1week...amik kau..kalau sehari rm6...klu 7 hari rm18..then ada offer tuk postpaid dapat less....ok la....kat hset laju..nasib la ada galaxy tab aku ni..besar..senang cari bahan...tq hndset walaupun minggu ni usb xleh detect...

so godek sana...godek cni...xdapat...pastu terpikir dalam almari bilik guru ada la krayon...budak mmang duduk dalam kumpulan...

bahan dan alat dah jumpa...cuma mencari aktiviti saja....

akhirnya aku pun dapat la idea hasil kolaborasi dengan pikah iaitu 
" Menggambar Bandar Masa Depan".. 
aku rasa ok la sebab menjana pemikiran murid..en nik kan nak penglibatan murid secara aktif..dia nak murid bagi pendapat....Ok la kot ni..YAKIN BOLEH!!! ILAH BOLEH!!
 (sepanjang masa aku bagi semangat tuk diri sendiri...dalam hati sesaknya hanya tuhan yang tahu..debarannya..mak aii! tapi aku cuba yakinkan diri..aku cuba senyum dengan rakan-rakan....betullah senyum tu pengubat..aku ok...aku dapatkan semangat dari si dia yang sentiasa memberi semangat....kebetulan dia pun observe esok...so kami salah memberi semangat..sambil wat abm aku bantu bg idea tuk BM dia...mengarut dah)

so dengan pantas aku pun cari la gambar2 contoh then cuba la buat satu karya,..sebelum suruh budak biar guru dulu yang mahir ..then aku berjaya...

tadaaaaaaaaaaaa......


dah siap ni barulah buat RPH.....semuanya on the spot ja dapat idea....

set induksi :
dalam kumpulan.." bayangkan anda adik beradik dan ada 1juta...apa yang awak nak buat......then kaitkan akitiviti kajian masa depan dengan tajuk

langkah 1 : 
perkenalkan media krayon…then buat bandingbeza media…kelebihan dan kekurangan….

Langkah 2 : demonstrasi
Langkah 3 : murid buat kerja 

disebabkan en nik suka ABM yang banyak..dia nak penggunaan papan tulis yang maksimum...jadi.... Aku sediakan 3 karya..the foto2 future city yang aku search kat google aku print n lekatkan pada sugar paper..aku labelkan..."Sumber Idea Bandar Masa depan"........tujuannnya supaya murid mudah mendapat idea yang terlalu abstrak iaitu bangunan masa depan.....

contohnya


aku sediakan dalam 4 contoh..atas ni satu je....**google search**

keesokkannya...........20 Mac 2012

aku ke kantin then nmpak en nik datang..saj turun lambat..tengok2 abm dah beralih tempat....mesti en nik ni...then lepas dia observe jaja aku kat toilet...balik je dia kat meja......

"assalamualaikum en........"

"haaaaaaa...bagus pun....kan saya dah kata awak boleh..."

"ye la en....ok saya dah tengok semua ok...rph baik...awak dah sahut cabaran...penyediaan buku semua ok..kita tngok P&p;P plak...."

"amik mana bahan??tu krayon.....(tunjuk ke aras 18 kotak kryon yang masih belum dibuka pun)"

"eh awak beli ke ?"

"ye ar..dah en ni k wat saya cam ni...nak wat camna beli la..."

"banyakk tu habis...saya tak perlu semua tu...amik aktiviti mudah...."

"xde la...sekolah bagi..tu yang baru..td guru pembimbing baru pegi amik kat pejabat..."

"ha..tengok kan bagus saya buat gini...tengok pagi ni ada rezeki untuk awak....."

ye la en.......

"ni kertas hitam awak sedia??"

"hehehe..syafikah ..dari stor sekolah dia......."

"ha macam tu la..berkongsi..tu pun harta kerajaan..cara disalurkan je berbeza...."

then kat kelas...masa bdak tengah hasilkan karya en nik pun nak beransur....sempat dia kata..OK..semuanya ok..saya suka.."DAH BOLEH JADI CIKGU"..saya balik dulu......

alhamdulillah dia kluar je terus tengok borang PR-1...alhamdulillah syukur..nak nangis rasa...semua aspek  5markah kecuali satu penerapan nilai dapat 4 markah ....

Ya Allah terima kasih tuhan...aku diberi dugaan dan akhirnya kau beriku kebahagian.......

saat ni aku rasa betapa penatnya aku terbalas...terasa otakku yang semalam berputar ligat kembali tenang...rasa pengorbanan aku tidur jam 3 pagi terbalas.........


syukur Ya Allah

p/s : rakan2 indahnya kesabaran itu kan........jadi yakin lah pada diri.....bila orang memberi harapan dan keyakinan cuba kita sempurnakan hasratnya sebaik mungkin.......

lagi satu....bercinta bukan  hanya untuk meluahkan perasaan..tetapi untuk berkongsi rasa dan pendapat bukan dalam pembinaan hubungan tetapi dalam setiap apa yang pasangan kita lakukan..biarpun kita tidak mahir dalam bidangnya cukup lah sekadar berkata "good luck"...saya yakin itu dapat mencungkil sedikit semangat kepadanya...

USAHA TANGGA KEJAYAAN...