ni plak karya aku lagi...
lukisan lagi...
ni menggunakan pensel n pen
menggunakan pen...harga pen 1.50...beli kat kedai depan maktab |
motif butterfly...sebabnya banyak jalinan pada bulu..so nmpak la kesan garisan |
ni plak lukisan pensel...
menggunakan mechanical pensel...walaupun lecture saya selalu marah tp sya tetap nak guna juga...
media : pensel
tajuk : rosku sayang
dalam proses |
hasil akhir |
note mengenai lukisan :
LUKISAN
Lukisan adalah proses melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dan gosokan menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan media ialah pensel, arang, pensel warna, kertas dan kanvas
Pada zaman pra sejarah manusia menggunakan darah untuk menghasilkan warna merah, manakala warna hitam diperolehi daripada manganam oksid, jelaga lemak atau arang. Warna coklat atau jingga diperolehi daripada biji-bijian yang dihancurkan dgn batu dan dicampurkan dgn darah haiwan, madu tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan.
Warna-warna yang digunakan pd zaman ini kebanyakkannya drp kategori ‘earth colours’ seperti perang, kuning, merah, hitam dan sebagainya yg dicampurkan dgn lemak binatang. Warna ungu dan hitam diperolehi drp oksid manganam yang terdspat dalam tanah liat. Manakala warna putih diperolehi daripada batu kapur.
Lukisan boleh dihasilkan:
1.Lukisan tanpa warna
2. Lukisan berwarna
Teknik melukis
Teknik garisan silang | himpunan garisa-garisan yang bersilang menghasilkan kesan ton |
Teknik titik- | hanya titik2 sahaja yang digunakan untuk menghasilkan bentuk dan ton |
Teknik lorekan | teknik yang biasa digunakan dengan melorek kawasan objek gelap untuk menunjukkan ton |
Teknik gosokan | meletakkan kertas lukisan diatas permukaan yang mempunyai jalinan yang diinginidan menggosokannya menggunakan alat melukis |
Teknik campuran | lukisan dihasilkan dengan menggunakan campuran alat/media melukis dan teknik-teknik yang berlainan. |
No comments:
Post a Comment