follow me....

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

AHLAN WASAHLAN REJAB

REJAB dah datang kembali....sebagai mukmin kita patut mengenali bulan ini dengan mendalam..

jom kongsi kelebihan bulan ni ..


Thursday, January 12, 2012

PESAN PADA HATI


kalau tak mampu mencinta , jangan pernah sentuh hati seseorang ,
kalau tak mampu setia ,jangan pernah mengukir janji ,
kalau tak mampu menggenggam hubungan , jangan pernah beri harapan ,

~> kerna hati manusia itu ~>

terlalu bernilai untuk disakiti ,
terlalu mahal untuk disia-siakan ,
dan
terlalu berharga untukdihancurkan..

Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..

Pada insan yang tak mengerti.. Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati..

Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI

Tuesday, January 10, 2012

SAHABAT

Kalau diikutkan, persahabatan seharusnya berlandaskan sesuatu yang tidak mementingkan diri sendiri. Kerana itulah persahabatan tidak akan terjalin andai kata ianya mempunyai  syarat yang berubah-berubah.

ada ke orang kawan bersyarat..ok kau mesti kawan dengan aku masa ko kaya saje...dah miskin kita putus kawan....itu bukan sahabat namanya.....ko ada masalah jangan cari aku...aku tak suka...macam tu ke sahabat.....

sahabat mesti sentiasa sudi berkongsi ......jika bukan berkongsi dari aspek harta benda biarlah sudi meminjamkan telinga menjadi tempat meluahkan rasa.. 


jadi sahabat mestilah semasa senang...susah..duka...sentiasa ada.......yang pasti hubungan persahabatan bukan mesti terjalin n kena jumpa tiap2 masa kan....zaman moden macam-macam cara boleh mengeratkan persahabatan....

jadi adakah anda sahabat yang baik kepada sahabat anda.....

INGAT!!!
Sahabat tidak mementingkan diri sendiri, sedia berkorban, dan susah senang bersama.




Friends are like ballons. If you let them go,you can’t get them back.
So I’m gonna tie you to my heart so I will never lose you

Sunday, September 25, 2011

RINDU DAN BENCI MENJAWAB!!!

Cikgu          : Benci ?
Benci           : Saya !

Cikgu          : KASIH ?
Murid2        : Tak Hadir Cikgu

 
Cikgu          : SAYANG ?
Murid2        : Sakit Cikgu

Cikgu                 : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI  : Cinta Pulang Cikgu

Cikgu : Kenapa ?

Serentak RINDU & BENCI Menjawab : 

Kerana CINTA Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH & SAYANG....
(^_~)  
♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Friday, September 16, 2011

KICAP + LIMAU KASTURI

aduyai batukku ni dah mencecah 2 minggu..tapi masih belum sembuh...ubat dah nak habis botol ke-2...setiap malam masih menderita batuk..bangun pagi sakit gila bahagian paru-paru dan perut sebab batuk terlalu banyak....mak dah risau...setiap hari cal....minum air banyak2...p amik ubat....ibuku sayang...semua tu dah buat...
semalam mak bagi plak petua baru...


TADDDDDDDAAAAAAAAAA...

kicap + limau kasturi.....


Caranya:
                    1. Tuangkan satu sudu kecil kicap
                    2. Campurkan dengan sebiji pati limau kasturi
                    3. Kacau dengan menggunakan jari kelingking sambil berselawat 3 kali
                    4. Terus minum.

semalam dah cuba...sedap jugak..ada masam2 gitu..kesannya...batuk kering yang sakit kerongkong dah berkurangan..tapi batuk masih ada.........


Saturday, September 10, 2011

pertunangan irine nadia marcello



kebosanan yang teramat nih..mau buat kerja malas teruk...so buka FB jumpa video upload by nadia...wah video pertunangan irine nadia....i like this video.....korang cuba la tengok video ni memang si irine ni comel kan..sapa yg dah lama dalam berblogging ni mybe kenal....klu x try la blog dia...http://irinenadia.blogspot.com/...memang comel2 je pic dia ni...dia jugak ada blogshop tau http://irinesweethouse.blogspot.com..irine antara dealer catalyst products n beberapa product lain yg bes....

bes gak lagu dalam video ni Rhythm of Love - Plain White T's

Friday, September 9, 2011

JANGAN BERSELIMUT!!

hoi2...
hari ni x pegi kelas...puncanya aku telah dilanda "DEMAM" semalam dan berlanjutan ke pagi...tapi lepas bangun ni dah rasa sihat dah...cuma kepala ni masing memusing..badan dah xpanas pun....semua ni gara2 aku batuk yang teruk....
google search

menurut  sumber http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Demam.pdf  yang aku baca demam ni berpunca daripada jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga,cirit birit, denggi, dan HIV. Juga Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)...

hurmmm ini lah yang terjadi padaku...

dalam info ni jugak aku ada terbaca pasal macam mana rawatan demam di rumah : 
  1. Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
  2. Minum air atau cecair dengan kerap utk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  3. Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  4. Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
  5. Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  6. Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam

kalau tengok info ni memang kebiasaannya kita buat di rumah..cuma ada info ke-5 tu aku dah tersalah konsep la ye...info ni cakap jangan berselimut....tapi aku memang berselimut bukan main..sebab masa aku kecik mak aku kata berbungkus dalam selimut biar sampai keluar peluh...so aku pun buat benda yang sama...rupanya dengan berselimut dia akan meningkatkan suhu badan..patut la semalam lepas berselimut aku rasa sangat panas...bahang gile seluruh badan..bila aku buang selimut sejuk pulak..adoyai.....


ini la terjadi kepaku....kejap panas kejap sejuk..batuk sampai muntah...aduss....so aku doakan semoga aku sihat..

Friday, March 4, 2011

SAPA KATA X BES???

aku nak tanya satu soalan..sapa kata tido tak bes??angkat tangan??
apa pun korang kata aku nak gak kata tido tu besss...
nak plak tido macam ni...
sleeping beuty...lalalallala


apa yang penting kita perlu dapatkan tidur yang berkualiti,,bukan tidur yang panjang...tidur panjang/lama tak beerti berkualiti tau...jadi nak dapatkan tidur yang berkualiti tidur awal pada waktu malam antara pukul 10...pagi anda lebih fresh..berbanding anda tidur lewat n bangun lewat..contohnya tidur kul 4 n bangun kul 12...anda still rasa ngantuk n pening kan..ni sebabnya waktu tidur kita x betul...orang kata waktu terbaik untuk tidur adalah 10-2pg..ini kerana masa ni proses perbaikan dan detoksifikasi (mengeluarkan racun)...lecture aku kata masa ni "WAKTU CANTIK"....

jadi melalui pembacaan aku...aku dapat coretkan serba sedikit proses yang berlaku pada diri kita sepanjang malam/waktu tidur...

1.9-11pm  - masa ni menyinkirkan toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam sistem antibodi badan kita.jadi masa ni kalau dengar lagu slow atau ayat al-quran bagus.

11pm-1am - Proses membuang toksin dalam hati,biasanya dia akan start proses masa kita tidur.

1am-3am -
Proses membuang toksin dalam bahagian empedu kita.Proses ni jugak berlaku masa kita tidur.

3am-5am - Proses membuang toksin dalam bahagian usus besar.

7-9am -
Penyerapan nutrien dalam badan berlaku. sebab tu pentingnya breakfast n eloknya pukul 6.30 pagi..tapi kita ni bangun pun belum.. ..


Jadi perasan tak proses-proses ni memang berlaku pada waktu tidur..jadi kalau masa pukul 4 pagi kita belum tidur, maka proses ni memang x sempurna la..

ini peringatan untuk aku juga..tapi lumrah pelajar yang suka wat keja las minit menyebabkan tidur tak teratur..

Friday, February 11, 2011

KENAPA INDAH ITU TAK BERTERUSAN???

aku amat terkedu dan sedih apabila membaca paper pada hari ini...tajuknya  "Sepak perut isteri hamil"...ya Allah!!membaca tajuk aku dah rasa geram macammana plak la individu yang mengalaminya...kalau nak baca lebih lanjut klik disini "'http://www.hmetro.com.my/articles/Sepakperutisterihamil/Article"

disini aku simpulkan sikit berita tersebut...wanita berusia 22tahun ni gugur kandungan yang berusia 3 bulan  selepas ditampar dan ditendang di perut oleh suaminya, Sabtu lalu.berdasarkan berita ni..padamulanya mereka bertengkar dan akibat panas baran dan tak tahan sabar tu dia tampar bininya dan tendang perutnya....suaminya dia berumur 23 tahun..yang besnya tanpa rasa bersalah esoknya dia terus keluar bekerja di pelantar minyak...

kenapa mesti jadi begini??inikah kesudahan kisah cinta yang aku pasti satu saat dahulu pastinya indah...kenapa bila isteri mengandungkan zuriat ini balasannya...ini belum lagi bayi yang suci itu keluar...inikah juga yang orang selalu kata "buat anak pandai,jaga anak tak pandai" ....

indahnya percintaan!!
aku duduk memikirkan..tak da kah sekelumit pun perasaan belas kasihan kepada orang yang dia sayang..kalaupun dah sepak terajang paling kurang esoknya pujuk ataupun berubat..ini tidak ditinggalkan isteri yang dalam kesakitan +kesedihan +kehilangan....

ada rakan share berita ni di FB..ada yang komen "oh patutlah,masing2 muda lagi umur 22 n 23,darah muda panas baran"...adakah faktor muda menjadikan perkara ini dipandang remeh...hinakah kami sebagai wanita...kenapa perlu dihadiahkan dengan sepak terajang..bukan itu yang kami pinta..paling kurang biarlah sekadar senyuman yang ikhlas...

bagi aku faktor usia bukan alasan..dah tau xleh nak urus dan bertanggungjawab dengan baik jangan lah kawin muda....kenapa kawin muda??sebab nak elak maksiat..dah elak maksiat tu kenapa plak buat isteri macam tu..tetap berdosa.....ni namanya meninggalkan dosa lama dan menambah dosa baru...
ni la yg tak sepatutnya masa kaple 

jadi dikesempatan ini aku nak beri komen kepada pos rakan2 blogger lain mengenai kawen muda yang aku baca di misslily n melangkah gerbang perkahwinan by intan....ada la lagi kawan2 yang byk cerita pasal kawin ni..biasala musim kawin kan...semuanya menarik dan memberi input kepada aku...

memang betul daripada berkaple..berdating..keluar sana..keluar sini..baik kawin awal..kalau tak mampu nikah gantung...aku setuju!!tapi ni la salah satu kesannya kawin muda...dan bila kawin muda kewangan tak kukuh ni la kesannya. sepak terajang...jual bini..jual anak..dera....mungkin zaman dahulu lain...manusia tidak terlalu materialistik dimana masing-masing mahu mengejar kemewahan..nak cantik..nak bergaya..jadi kalau kawin awal pun mereka tak kisah yang penting makan pakai cukup...

zaman sekarang kawin je paling kurang n tak da duit yang penting adanya  majlis akad nikah ...mas kawin dan wang hantaran....memang lah mahar murah lebih baik..tapi wang hantaran/pemberian mesti la nak kena bagi...jadi sumber kewangan mesti stabil ..klau dua-dua masing belajar tu berat la ckit..mana nak cekau duit..sebab rumah  sewa lagi n soon..lain la pasangan or kedua2 ada kerja sampingan..tak kan nak mengharap mak bapak plak..klu mak bapak kaya leh la tahan..kalau aku???sapa nak sara....so tak bolehla kawin nak tapi nak sara isteri n anak-anak tak lepas......itu tak digalakkan di dalam islam kan...so yang masalah zaman sekarang orang suruh ja kawin tu sebab sebelum kawin duk buat benda pelik-pelik....kalau tak buat semua tu tak kisah nak kawin bila pun...jadi kalau susah sangat duit xda...tak yah kaple..tak pun kawin sekadar akad nikah wat jamuan kecil...dah kawin pandai la nak survive.

kawin!!

jadi kepada yang kawin muda tu pandai-pandai la menguruskan rumah tangga..jangan jadikan alasan muda sebagai alasan bila anda bertindak secara tidak normal...juga jika anda masih belajar pandailah bahagikan masa anda..kepada yang kawin plak duduk jauh tu..jagalah tingkah laku...biasanya PJJ ni yang masalah sebabnya kecurangan kemungkinan berlaku...nak plak kalau si laki atau bini jarang balik..sebulan sekali baru nak balik..jab laki terpandang yang lain..remuk hati.......jadi kepada yg PJJ tu pandai2 la urus kewangan agar dapat balik semaksimum yang mungkin paling lama pun 2 minggu sudah tinggal laki /bini.....kesian diorang duk sorang-sorang...nak pulak kena jaga anak ka pa ka...tak kan nak duk ngan mak ja kan...sama ja la macam tak kawin...benda ni berlaku kat kak aku sendiri yang dah kawin n sambung belajar..tak dala curang tu cuma...emosional lebih sebab duk jauh..tapi balik tiap2 minggu...so mulala nak bergaduh bagai..nasib ada family yg menyokong...terpaksa la berkorban dalam pelbagai aspek samaada kewangan/aktiviti dengan rakan/shoping n soon..... sebab tanggungjawab samaada zahir dan batin wajib ditunaikan....memang selalunya pasangan berjanji akan setia tetapi janji itu mungkin akan goyah...nasihat ni untuk PJJ yg kawin..yg bercinta tu klu balik setiap minggu dari johor ke kedah buat perabis duit ja..las2 tak kawin..yang bercinta tu cukuplah sekadar saling mempercayai dan setia juga berdoa agar dipanjangkan jodoh...selalu jumpa bimbang maksiat lebih banyak terjadi....

huhh!!panjang lebarkan...


bahagia selamanya!!
jadi kepada pasangan diluar sana pastikan keindahan anda selepas kawin lebih indah daripada bercinta...dalam erti kata lain...biarkan keindahan dan kemanisan itu berterusan...pahit maung jangan dicari tapi perlu diatasi...dugaan dan cabaran menjadikan anda insan yang tabah...pengalaman mengajar kita sesuatu yang lebih baik....jadi kawin awal ke lambat ke bukan alasan ..jika itu ketentuan anda jalaninya dengan seikhlas hati dan setiasa berada di landasan yang benar..jadi sekiranya anda rasa anda kekurangan ataupun bertindak lebih buruk dari sebelumnya cuba pikirkan kenapa indah itu tak berterusan??

Sunday, January 9, 2011

tak leh dengar lagi!!!



“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010,”
mesti pernah dengar kan ayat ni..rasanya familiar kot terutama setiap kali raya..
ni la pemilik suara ataupun ayat diatas

namanya ialah 
Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,
berumur 79 tahun 
  seperti biasa kita semua begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan j tarikh Aidilfitri /Aidiladha.


namun tidak lagi bagi tahun 2011 kerana beliau sudah bersara...
mengikut sumber yang aku baca dari internet beliau bertanggungjawab 
  • menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu
  • menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja 
  • jurucakap majlis Raja-raja
Engku Ibrahim mula memegang jawatan itu pada 1 Januari, 1989, menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.

Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib daripada perkhidmatan kerajaan pada April 1987. (BERNAMA)


Perasan tak aku lahir 1989...
ini bererti semenjak aku lahir hanya suara ni saja yang aku dengar bila tiba puasa n raya...
patut la aku tak pernah tengok pn org lain duk buat pengumuman ni...
mesti rindu nak dengar suara dia kan..
bukannya apa dia dah ada personaliti tersendiri..
setiap bait2 kata nak umum puasa/raya memang mendebarkan..
mana taknya dia kan perlu cakap sepatah demi sepatah...

macammana pun aku mendoakan agar beliau sentiasa sihat menjalankan kehidupan seharian..
aminnnnnnn......

Friday, December 24, 2010

maRi beRpeLukan ..........


Macam panas ja kan tajuk ni…

Saja sekadar ingin berkongsi info berdasarkan apa yg telah di baca… info ni dipetik daripada majalah harmoni…

Menurut pakar terapi keluarga dari Amerika , Virgina Satir  :

  • Untuk hidup lama seseorang memerlukan 4 pelukan sehari
  •  Untuk kesihatan  seseorang memerlukan 8 pelukan sehari
  • Untuk pertumbuhan , awet muda dan kebahagian hidup memerlukan 12 pelukan sehari 
Kaji selidik dari amerika juga mengatakan:
  •    pelukan mampu menurukan tekanan darah dan meningkatkan kadar  hormon (hormone cinta)
  •  Pelukan gak mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dan secara tak langsung leh tingkatkan kekebalan tubuh.

Ni plak kata Reiki Master di iNdia:
  • Pelukan mampu mengembalikan hubungan yg renggang..
                   Jadi cadangan yg disarankan adalah 

“ pasangan yg sedang berdepan dgn konflik rumah tangga dan bercadang tuk berpisah  disarankann berpelukan sebanyak 20 kali sehari”..

Mungkin  ada pasangan yg sudah berumah tangga kurang  mengamalkan tips ini….
jadi apa kata cuba amalkan pelukan bukan sekadar untuk kebahagian malahan juga kesihatan… 
so kepada pasangan suami isteri di luar sana apa salahnya cuba tips ini…

Kepada yg belum berkahwin tu ingat2 lah pegangan anda tak perlu diceritakan lagi….