Karya Lai Foong Moi
Waktu pagi di Kampung (1959)
Karya
di atas bertajuk “ Waktu Pagi di Kampung” dihasilkan oleh Lai Foong Moi. Beliau
menggunakan cat minyak. Catan ini bertemakan pemandangan keindahan kampung di
Malaysia. Beliau menggambarkan waktu pagi yang cerah di kawasan perkampungan
yang dipenuhi dengan pohon-pohon kelapa yang tinggi di sekitar kawasan perumahan.
Rumah yang digambarkan dalam catan ini ialah rumah kayu dan kedudukan rumah
dekat antara satu sama lain. Kelihatan seorang wanita bersanggul memakai
berbaju kurung dan kain sarung yang berada di halaman rumah sedang memegang
sebuah bakul.
Pengkarya
menggunakan warna sejuk dan juga warna panas. Pengolahan karya ini menggambarkan pengaruh tradisi seni lukis Cina
dimana stroke berus kelihatan seperti catan cina. Karya ini lebih mengutamakan garisan daripada bentuk.
Susunan rupa bentuk mengikut format-format timur jauh, pembahagian ruang formal
dan jelas. Beliau menggunakan sapuan berus yang pantas
dan spontan pada pohon dan tanah menunujukkan persamaan dengan keseronokkan dan kedamaian
hidup dikampung. Penggunaan ruang dalam karya ini amat baik dimana pelukis
merakamkam perspektif yang tinggi. Ruang langit jelas menunjukkan begitu tinggi
daripada mata pemerhati.
Berdasarkan warna yang digunakan , pelukis
ingin menunjukkan kedamaian pada waktu pagi di kampung. Warna biru pada
bahagian lagi menggambarkan kesegaran dan kedingin embun pada waktu pagi dimana
penduduk akan menghirup udara yang segar. Watak perempuan yang memegang bakul
melambangkan seawal pagi wanita sebagai surirumah sudah mula melakukan aktiviti
seharian seperti membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya.
Nilai
yang ingin disampaikan dalam karya ini adalah suasana indah, damai , dan kehidupan tenteram
di kampung atau desa.
No comments:
Post a Comment