follow me....

Showing posts with label nota PISMP. Show all posts
Showing posts with label nota PISMP. Show all posts

Monday, May 14, 2012

JOM STUDY : Kemahiran Asas Kaunseling

wah exam bimbingan dan kaunseling...banyak jugak fakta yang perlu diingat....ada peta minda bagus jugak kan....

JOM STUDY PANTAS DENGAN SAYA 

saya ada peta minda yang dibuat tuk esaimen baru2 ni.....semuanya pasal kemahiran asas kaunseling...

Bahan dalam Peta minda bergambar ni di rujuk daripada buku
"  Bimbingan dan Kauseling oleh Choong Lean Keow(2010)  terbitan Kumpulan Budiman Sdn Bhd"

***klik pada gambar untuk lebih besar***

 Kemahiran Asas Kaunseling

 Kemahiran Melayan dan Mendengar

 Kemahiran Mengintepretasi Tingkah Laku Bukan Lisan 

 Kemahiran Memberi Tindak Balas

 Kemahiran Mengenalpasti Masalah

Kemahiran Melaksana Intervensi

OK BYE2

HAPPY STUDY!!

Sunday, May 6, 2012

Apreseasi Karya Pelukis BARAT Aliran Post Impressionisme(psv3110)




Vincent Van Gogh
The Starry Night (1889)
Oil on canvas 29” x 36/4”

                                   
“The Starry Night” hasil karya Van Gogh ini telah dihasilkan oleh beliau ketika menjalani proses pemulihan penyakit sawan. Catan ini telah dihasilkan berdasarkan pemerhatian beliau pada waktu malam. Beliau melukis suasana persekitaran bandar dan gereja tempat beliau menjalani proses tersebut.

Berdasarkan karya ini, apa yang dapat dilihat ialah suasana malam dimana langitnya dipenuhi dengan awan yang membentuk pusaran. Bintang-bintang pula berkilauan dan bulan sabit memancar cerah. Manakala dibawah kaki bukit kelihatan sebuah Bandar yang kecil. Bandar ini kelihatan  begitu aman. Di tengah-tengah Bandar ini terdapat sebuah gereja yang mempunyai ceracak diatasnya iaitu merupakan tempat pemerintahan yang terbesar berbanding bangunan-bangunan lain yang kecil disekeliling gereja ini.

Di sebelah kiri karya ini terdapat satu bentuk yang besar yang lebih besar melebihi saiz bentuk-bentuk yang lain. Bentuk ini merupakan pokok cypress. Pokok ini mewakili kehidupan masyarakat Eropah pada ketika itu. Pada masa itu, kebanyakkan pokok cypress ini akan ditanam di persekitaran tanah perkuburan sebagai tanda. Di kawasan kaki gunung juga terdapat rimbunan semak yang kelihatan sangat luas dan mempunyai pelbagai isi di dalamnya.
Penggunaan garisan dalam lukisan ini begitu menonjol terutamanya pada bahagian langit disamping titik-titik  untuk menunjukkan bintang. Garisan yang kelihatan adalah garisan melengkung, garisan berpusar dan garisan menegak. Pelukis telah menggunakan sapuan yang begitu agresif untuk meluahkan perasaan yang dialaminya ketika itu. Pada hakikatnya beliau ingin menunjukkan pergerakan awan namun disebabkan teknik sapuannya yang begitu agresif, pergerakan awan begitu menonjol sekali dengan garisan yang berpusar

 Dari segi penggunaan warna pula, warna yang asli serta bertindih digunakan. Beliau menggunakan warna yang pekat bagi mewujudkan kesan tekstur pada permukaan kanvas. Pelukis ini tidak menggunakan begitu banyak warna. Warna yang begitu ketara adalah warna biru. Terdapat penggunaan biru gelap dan biru cerah pada bahagian langit untuk mewujudkan suasana malam. Manakala warna kuning dan oren digunakan untuk bintang dan bulan untuk menampakkan cahaya yang memancar pada waktu malam. Warna pada bahagian lain seperti pokok cypress digunakan melalui tindihan warna biru gelap dan kuning untuk menampakkan warna seakan-akan warna kulit pokok.
Berdasarkan karya ini, aliran yang ditampilkan oleh pelukis adalah post impressionisme. Ini kerana sememangnya pelukis ini iaitu Van Gogh merupakan pelukis terkenal pada era ini. Ciri lukisan pada aliran Post-Impressionesme yang wujud pada karya ini adalah penggunaan garisan kontur yang jelas pada rupa dan sapuan berus yang tepat.  Selain itu pelukis pada aliran ini menekankan penghasilan imej-imej yang logik dan nyata. Ini sesuai dengan karya ini dimana pelukis menghasilkan karya ini berdasarkan pemerhatian terhadp keadaan sekeliling pada waktu malam.
 Kebanyakkan karya yang dihasilkan pada era ini juga merupakan luahan rasa dari hati terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya karya “ Starry Night” ini dihasilkan ketika pelukis menjalani proses pemulihan penyakit. Ini menunjukkan pelukis ini menggambarkan luahan hatinya dengan menggunakan suasana malam. Inilah yang menyebabkan lukisan ini begitu kasar sedangkan hakikatnya pada waktu malam adalah suasana yang sangat aman.

            Walaupun berdasarkan karya ini terdapat tokok tambah, tetapi ini mempunyai hubung kait dengan perasaan atau deria pelukis  namun sesetengah individu suka akan karya ini. Ada sesetengah pendapat yang mengatakan lukisan ini menarik dan ada yang mengatakan tidak.Ini kerana pada zaman lukisan ini dihasilkan, pelukis ini dianggap gila ekoran daripada kehidupannya yang seringkali di timpa pelbagai masalah konflik jiwa.Bagi saya lukisan ini sangat menarik. Walaupun lukisan pada waktu malam sebegini sepatutnya dalam keadaan yang tenang dan damai namun pelukis berjaya mencipta kelainaan. Bagi saya lukisan ini menggambarkan perasaan marah kerana apabila terpandangnya lukisan ini kelihatan begitu kasar, dan melambangkan sifat yang agresif.


 disediakan oleh :
 Noor Fadhilah (IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)

***free to copy***

Apreseasi Karya Pelukis Malaysia Aliran Post Impressionisme(psv3110)




 Karya Lai Foong Moi
Waktu pagi di Kampung (1959)

Karya di atas bertajuk “ Waktu Pagi di Kampung” dihasilkan oleh Lai Foong Moi. Beliau menggunakan cat minyak. Catan ini bertemakan pemandangan keindahan kampung di Malaysia. Beliau menggambarkan waktu pagi yang cerah di kawasan perkampungan yang dipenuhi dengan pohon-pohon kelapa yang tinggi di sekitar kawasan perumahan. Rumah yang digambarkan dalam catan ini ialah rumah kayu dan kedudukan rumah dekat antara satu sama lain. Kelihatan seorang wanita bersanggul memakai berbaju kurung dan kain sarung yang berada di halaman rumah sedang memegang sebuah bakul. 

Pengkarya menggunakan warna sejuk dan juga warna panas. Pengolahan karya ini  menggambarkan pengaruh tradisi seni lukis Cina dimana stroke berus kelihatan seperti catan cina. Karya ini  lebih mengutamakan garisan daripada bentuk. Susunan rupa bentuk mengikut format-format timur jauh, pembahagian ruang formal dan jelas.   Beliau menggunakan sapuan berus yang pantas dan spontan pada pohon dan tanah menunujukkan persamaan dengan keseronokkan dan kedamaian hidup dikampung. Penggunaan ruang dalam karya ini amat baik dimana pelukis merakamkam perspektif yang tinggi. Ruang langit jelas menunjukkan begitu tinggi daripada mata pemerhati.

Berdasarkan warna yang digunakan , pelukis ingin menunjukkan kedamaian pada waktu pagi di kampung. Warna biru pada bahagian lagi menggambarkan kesegaran dan kedingin embun pada waktu pagi dimana penduduk akan menghirup udara yang segar. Watak perempuan yang memegang bakul melambangkan seawal pagi wanita sebagai surirumah sudah mula melakukan aktiviti seharian seperti membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya. 

Nilai yang ingin disampaikan dalam karya ini adalah  suasana indah, damai , dan kehidupan tenteram di kampung atau desa.

Perbandingan Karya Aliran Post Impresionisme




Karya 1
Karya 2

Nama Karya
Starry Night
Waktu Pagi di Kampung
Aliran
post impresionisme
menggabungkan pengaruh post impresionis dan struktur gambar cina dalam karyanya.
Tema
Kesengsaraan
 Kedamaian
Alat dan Bahan
cat minyak
Cat minyak
Teknik
Impasto
(sapuan agresif)
Scrambling
(sapuan berus yang pantas dan spontan)
Unsur Seni
 Garisan yang kelihatan adalah garisan melengkung, garisan berpusar dan garisan menegak

garisan kontur yang jelas pada rupa dan sapuan berus yang tepat
Karya ini  lebih mengutamakan garisan daripada bentuk. Susunan rupa bentuk mengikut format-format timur jauh, pembahagian ruang formal dan jelas.   
Warna –
1)  warna biru. Terdapat penggunaan biru gelap dan biru cerah pada bahagian langit untuk mewujudkan suasana malam.
2)  warna kuning dan oren digunakan untuk bintang dan bulan untuk menampakkan cahaya yang memancar pada waktu malam.
3)  Warna pada bahagian lain seperti pokok cypress digunakan melalui tindihan warna biru gelap dan kuning untuk menampakkan warna seakan-akan warna kulit pokok.
Warna sejuk dan juga warna panas

Prinsip rekaan
pergerakan –
melalui sapuan berus pada bahagian awan menggambarkan pergerakan berpusar.
Imej pergerakan sungai yang membentuk garis pepenjuru ini
Penegasan diberikan pada ruang langit dengan menonjolkan awan yang berpusar. 
Kadar banding diantara imej yang berada di belakang dengan imej yang berada dihadapan mewujudkan suatu ruang pemisah antara objek.
Nilai
Kehidupan penuh dengan pelbagai liku dan cabaran.
Kebersihan dan kedamaian di mana  suasana perkampungan

Berdasarkan kedua-kedua karya aliran post Impresionisme diatas, jelas menunjukkan beberapa persamaan dan perbezaan. Persamaan di lihat melalui jenis bahan yang digunakan. Tema jelas menunjukkan perbezaan iaitu Karya 1  mengenai kesengsaraan manakala Karya 2 mengenai kedamaian. Gaya persembahan catan menunjukkan perbezaan yang begitu ketara, apabila karya 1 kelihatan begitu agresif dengan teknik sapuan impasti berbanding Karya 2 yang begitu halus dengan teknik Glazing

Jika dinilai, karya 1 iaitu “Starry Night” lebih memenuhi ciri-ciri post impresionisme kerana menekankan penggunaan sapuan berus yang agresif disamping penggunaan warna yang tidak di campur. Kebanyakan sapuan warna yang asli serta bertindih antara satu sama lain. Selain itu juga warna yang pekat digunakan bagi mewujudkan kesan tekstur pada permukaan.

Bagi karya 2 “Waktu Pagi Di Kampung” agak kurang menonjol aliran impresionisme kerana pelukis telah menggabungkan pengaruh post impresionis dan struktur gambar cina dalam karyanya. 

Walaubagaimanapun, kedua-dua pelukis tidak membuat peniruan tetapi mencipta bentuk. Mereka memenuhi ciri post impresionisme dengan memilih subjek utama yang berkaitan  landskap dan  aktiviti seharian masyarakat setempat.


 disediakan oleh :
 Noor Fadhilah (IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)

***free to copy***

Perbandingan Catan Impresionisme Barat dan Malaysia






Nama Karya
Impression Sunrinse
Rumah Rakit Sungai Pahang
Aliran
Impresionisme
Impresionisme
Tema
Pemandangan landskap tempatan iaitu lautan
Pemandangan landskap tempatan
iaitu sungai
Alat dan Bahan
Cat minyak
Cat guac
Teknik
Teknik impasto dengan kesan berus
Teknik wash dan sapuan yang terkawal
Unsur Seni
Garisan
-       kesan sapuan berus terutamanya pada bahagian pergerakan air yang tenang.
-       garisan halus dilakar objek kabur iaitu tiang-tiang kargo yang diselindungi kabus pagi.

garisan
-       garisan tebal dan kasar pada bahagian pokok
-       Kesan garisan membantu dalam menyampaikan rupa dan bentuk imej
Jalinan melalui kesan sapuan berus dan warna yang tebal pada bahagian langit dan permukaan air.
Jalinan terhasil dari sapuan berus dan warna yang tebal boleh dilihat pada permukaan sungai.

Warna –
-       suram.
Warna oren yang mewakili matahari senja menembusi lautan lalu membiaskan cahayanya pada air laut 
Warna – warna sewarna iaitu kumpulan warna hijau dan kuning iaitu  warna  alam  semulajadi




Prinsip rekaan
pergerakan – Permukaan air yang bergerak dan bersinar dengan warna merah jingga.
Imej pergerakan sungai yang membentuk garis pepenjuru ini dikatakan oleh beliau sebagai pemecah kepada kebuntuan format empat segi bujur karya tersebut.

Kadar banding diantara imej yang berada di belakang dengan imej yang berada dihadapan mewujudkan suatu ruang pemisah antara objek.
nilai
Keindahan alam semula jadi iaitu lautan tanpa sebarang pencemaran.
Kebersihan dan kedamaian di mana  suasana perkampungan di sungai Pahang yang terpelihara dari pencemaran dan bersih dari kesibukkan kota

Berdasarkan kedua-kedua karya aliran Impresionisme   diatas, jelas menunjukkan terdapat beberapa persamaan dan  perbezaan antara dua karya. Kedua-dua karya diatas menggunakan tema yang sama iaitu keindahan landskap tempatan dimana Karya 1 menggunakan subjek Lautan di La Harve manakala karya 2 menggunakan Sungai Pahang. 

Perbezaan kedua-kedua karya ini adalah bahan yang digunakan dimana karya 1 iaitu “Impresion Sunrise” menggunakan cat minyak dengan teknik impasto dengan kesan sapuan beru . Manakala , karya 2 “Rumah Rakit Sungai Pahang” menggunakan cat guac dengan teknik wash dan sapuan terkawal.  

Kedua-dua karya ini telah mengaplikasikan prinsip yang dipegang oleh aliran Impresionisme iaitu lukisan yang dihasilkan berdasarkan apa yang dilihat di depan mata dan bukan imaginasi yang ditafsirkan oleh minda dimana pelukis  menghasilkan catan berdasarkan objek sebenar tanpa melakukan penambahan atau pengubahsuaian. Subjek utama yang dilakarkan adalah landskap dan alam semula jadi kerana mereka berpendapat alam semula jadi adal ciptaan yang tiada tandingannya. Jadi prinsip ini jelas di aplikasi oleh kedua-dua pelukis yang menggambarkan keindahan landskap tempat masing-masing. 

Pada era ini cahaya merupakan unsur yang sangat penting dalam penghasilan karya kerana dapat menimbulkan mood dan suasana sesuatu keadaan. Prinsip impressionisme ialah cahaya adalah penentu sesebuah keadaan dan suasana. Prinsip ini jelas pada karya 1 dimana walaupun catan yang dihasikan menggunakan warna yang suram untuk menggambarkan suasana pagi yang diselubungi oleh kabus, tetapi unsure cahaya dimasukkan dengan meletakkan warna terang dan pembiasan warna telah dijatuhkan pada warna yang suram. Bagi karya kedua, pelukis memfokuskan cahaya pada tengah-tengah karya dengan sekelilingi kanvas di bingkaikan oleh dahan pokok. Maka fokus cahaya terus jatuh pada bahagian tengah karya. 

 disediakan oleh :
 Fadhilah (IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)

***free to copy***