follow me....

Sunday, May 6, 2012

Teori Apresiasi Edmund Burke Feldman (PSV 3110)

Pengenalan
Menurut Edmund Burke Feldman 1994, kita mesti mengelak dari konflik sewaktu membuat kritikan. Antaranya, elakkan membuat kritikan pada kerja-kerja sendiri atau rakan yang terdekat atau sahabat karib. Ini tidaklah bermaksud kritikan tidak boleh dilakukan kepada seseorang artis atau kawan sesama artis. Yang sepatutnya merapatkan perhubungan di mana dapat melahirkan kritikan yang adil dan saksama.

Selain itu Edmund menghuraikan bahawa pengkritik tidak boleh menggunakan komen yang boleh merosakkan reputasi seseorang atau sesuatu kumpulan. Semua hasil karya seni boleh menjadi senjata kepada seseorang atau kumpulan tertentu untuk melemahkan semangat kumpulan lain yang merupakan suatu tindakan yang kurang sihat.

 terdapat 4 langkah dalam proses kritikan seni iaitu :

Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman

Berdasarakan terori pengalaman pelbagai Dr Edmund Feldman , terdapat 4 langakah dalam proses kritikan seni iaitu :


1   1)    Deskripsi
Pada peringkat pertama ini, apresiasi dilakukan dengan memberi gambaran nyata tentang sesuatu iaitu berdasarkan apa yang dilihat  Gambaran berdasarkan apa yang dilihat termasuk elemen sensori seperti warna , garisan ,bentuk dan ruang atau dalam erti kata lain penekanan diberikan kepada unsur seni.
·       
            Penekanan diberikan kepada asas seni reka
·         Pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya seperti imej dan bentuk pada karya seni    tampak
·          
        Elemen asas seni reka dinilai dan dikupas
·         Pemerhatian tentang imej benda, subjek kajian dan penggunaan unsure-unsur seni dinilai      dengan mendalam
·          
        Kritikan deskripsi boleh dijadikan panduan dan rujukan serta membantu pengkarya.
·         Melihat pada gaya karya , contohnya gaya realistic, suruelistik dan lain-lain.

2   2)    Analisis
Maksud :
penyelidikan atau penghuraian seperti masalah dan keadaan untuk mengetahui pelbagai aspek komposisi yang digunakan secara terperinci dan mendalam

Ciri-ciri:
·         Pengkrikitik perlu menganalisis komposisi yang digunakan dalam sesebuah karya,
·         Menganalisis secara terperinci untuk mengetahui bagaimana prinsip-prinsio seni digunakan dan dihubungkan dengan proses dan teknik, imej atau bentuk, isi dan makna serta bentuk dan ruang dan mencari pertalian persoalan idea dan perasaan mendalam sesebuah karya.
·         Contoh, fokus dan penegasan imej imbangan antaranya ruang dan warna
·         Kesesuaian objek dalam objek
·         Kontra dan imej

3  3)    Interpretasi
Maksud : tafsiran ,penjelasan memperihalkan tentang makna, tujuan , implikasi bagi sesuatu perkara.

      Ciri-ciri :
·         Mengkaji kualiti ekspresif seniman
·         Mengkaji makna yang disampaikan melalui karya
·         Merujuk kepada penyataan perasaan
·         Melibatkan mood dan idea dalaman
·         Penyataan perasaan digunakan untuk menterjemahkan maksud dan makna karya seni

4   4)    Pertimbangan

Maksud : renungan tentang kebaikkan atau masalah bagi sesuatu perkara sebagai dasar bagi sesuatu keputusan melalui perhitungan dan pemerhatian.

  •   Berbentuk memberi pandangan , pendapat dan membuat keputusan terhadap sesuatu karya.
  • Pandangan yang diberikan berdasarkan penilaian ilmiah yang mempunyai bukti-bukti kajian yang lengkap dan terperinci.
  • Pandangan yang diberikan tidak bersifat peribadi
  •   Pertimbangan berbentuk formalism, ekspresivisme dan instrumentalisme.
  • Pertimbangan dari sudut formalism ialah berasaskan aspek keindahan
  • Ekspresif adalah keupayaan menyampaikan perasaan dan idea.
  • Instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai satu alat dalam konteks seperti institusi , masyarakat dan negara,
 disediakan oleh :
 Fadhilah (IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)

***free to copy***

2 comments:

  1. tq...kepada adik2 dan rakan2 yang sudi singgah dan rujuk nota saya...
    tinggalkan komen anda untuk penambahbaikkan....
    terima kasih...

    ReplyDelete