follow me....

Showing posts with label aku dan seni. Show all posts
Showing posts with label aku dan seni. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

KOLAJ-BIRI-BIRI

Bidang : Menggambar
Tahun : 3 
Tajuk : Si Biri-biri 
Aktiviti : Menghasilkan Kolaj Biri-biri menggunakan kapas

ok ni adalah aktiviti murid tahun 3..aku buat kolaj biri-biri..simple je..guna kapas saja...
aku dah siap potostat gambar seekor biri-biri.then murid diminta untuk menampal kapas pada biri-biri dan mewarnakan latar belakang gambar tersebut...

jom tengok kerja budak!!













ok bye2

Thursday, April 19, 2012

QUILLING

ok pernah dengar tak QUILLING...actually aku pernah dengar tapi aku tak tau apa dia..sekali hari tu aku kekeringan idea nak buat apa mencorak tahun 5...dari malam aku tak jumpa..sampai di sekolah aku searh guna wireless sekolah yang laju..macma2 ditaip..sekali terjumpa pasal quilling...

so aku pun dengan pantas mencubanya...aku jumpa satu website mula-mula terus buat..so aku susun-susun then jadilah corak terancang sususan bebas....

tengok hasilnya....


Bidang : Membuat rekaan dan corak 
Tahun : 5
tajuk : corak gulung (quiling shape)
Aktiviti : Menghasilkan corak susunan bebas menggunakan teknik gulungan kertas a.k.a Qulling shape...

bila nak buat RPH aku search lagi pasal Qulling ni sebab nak tau apa sebenarnya konsep dia..sekali terjumpa la "BASIC QUILLING SHAPE"
sumber  : http://poorvacrafts.blogspot.com/2010/04/quilling.html
jadi masa dalam kelas aku perkenalkan la basic shape ni melalui satu gambarajah yang aku buat...so hasilnya cantik-cantik juga budak2 buat...kebanyakkan sangat suka buat bentuk love

jom layan gambar my cute students









telengkan kepala anda

That all...TQ

Monday, April 16, 2012

PASU UNTUK IBU....

dah lama tak update....aktiviti seni lagi kali ni membentuk dan membuat binaan lak...

bidang  : membentuk dan membuat binaan
tajuk    : pasu untuk ibu


sebenarnya tajuk ni bidang kraf pun boleh..asalnya RPH kraf tapi tiba2 jadi membentuk sebab aku malas nak ajar cara mengukir corak dengan betul...jadi hasilnya nampak lebih kepada membentuk la...kira ada gabungan kraf ckit...

langkah buat senang je...


1. sediakan  botol plastik dan plastesin dalam 2-3 kotak...

2. mulakan dengan melenyek plastesin dan balutkan pada plastik.
 
 3. kemudian tampalkan pada botol.

 4. Picit dan tekan untuk memastikan plastesin memenuhi botol

 5. tambahkan warna lain jika tak cukup..buat mulut pasu...then buat hiasan pada pasu mengikut kreativiti.


sekarang jom usha plak anak-anak didikku punya kerja..




dan inilah hasilnya yang dapat dipamerkan...ada 20 orang je ari tu..tapi kat sini ada 17 /20...yang lain xsempat siap pada masa yang ditetapkan

Tuesday, April 3, 2012

Bidang : Menggambar
Tajuk : Bandar Masa Depan
Tahun : 5


 

ni adalah aktiviti menggambar tahun 5.....
bahan yang digunakan adalah krayon.....
caranya mudah saja..murid diberi kebebasan untuk melakar bandar masa depan. 
kemudian warnakan menggunakan warna krayon...
karya ni mungkin nampak menarik kerana penggunaan atas kertas hitam....

sekali sekala beri la peluang murid anda guna kertas selain warna putih untuk melukis...
biar mereka rasai kenikmatannya...
penerokaan bahan yang maksimum....

ok see u.........

Sunday, March 25, 2012

mahkota

Bosan-bosan ni kan..apa kata update blog kejap..seperti biasa tentang p&p seni la,

Bidang : Mengenal Kraf Tradisional..
Tahun : 3
Tajuk : Perhiasan Kepala – Mahkota
Aktiviti : Menghasilkan mahkota sebagai alat kepala menggunakan pinggan kertas….

Ha dulu guna cawan polisterin ni pinggan kertas plak aku balun………

Comel x?
 
Ok ye aktiviti ni sangat la mudah..ambik je pinggan kertas tu then lipat…
Bahagikan kepada beberapa bahagian..ala macam belajar pecahan tu….
Then guntingkan…jangan samapi habis pinggan kertas tu….
Buka…tada….pinggan dah terpotong bahagian tengahnya kepada beberapa bahagian.
Kemudian, lipatkan segi tiga yang dah terhasil tu ke atas….
Biar di berdiri…

macam di bawah tu.....
love-love.....

kemudian...hiaskan lah bucu tiga segi tu..buat la ala crown...ha comel kan...leh tampal kertas...mewarna ka apa ka..apa yang ada kaitan menghias tu boleh saja...yang penting hasilnya comel2....

 cikgu pun nak gayakan

ni sebernarnya ABM yang cikgu buatkan..hasil karya budak2 comel xsempat nak tangkap gambar...ada jugak yang dah siap masa kelas cikgu suruh they all bawak balik...hias bagi lagi cantik....
esok pagi hantar...
hasilnya..memang cantik....siap ada tambah batu-batu lagi....

macam ni la anak didik cg ilah.......


so cikgu2 diluar sana..selamat mencuba

Saturday, March 24, 2012

gurisan-nenas


Bidang      : menggambar
Aktiviti      : Mengguris untuk menggambar nenas....
tahun         : 3

ni aktiviti menggamabar tahun 3....

aktiviti ni senang je..masa ni kali pertama masuk ke kelas tahun 3 untuk seni....jadi aktivitinya biar simple...
so aku edarkan outline nenas...
so murid-murid cuma perlu warnakan kulit  nenas dengan pelbagai warna ....
kemudian hitamkan....
pastu guris la guna benda yang tajam maca lidi...











alamak hasil yang dah siap lupa plak nak amik...karya dah selamat ditampal di belakang kelas.....

bye!!!

p/s : semoga aku menjadi guru yang berguna...............................