follow me....

Monday, May 23, 2011

SEJARAH SENI LUKIS BARAT

hurmmm...sem ni amik subjek apresiasi seni..jadi belajar la pelbagai aliran seni..nota x susah sangat nak cari tapi sikit je yag dapat melainkan ada buku rujukan...jadi sedang mengodek folder untuk siapkan assignment bulan lepas aku jumpa tugasan aku masa pra-ijazah dulu..so amat berguna kepadaku untuk study..jadi aku pun nak kongsi la dengan rakan-rakan....selamat membaca....panjang lebar tau 

SEJARAH SENI LUKIS BARAT


            Seni lukis telah wujud sejak zaman pra sejarah. Pada zaman paleolitik dan mesolitik lukisan dilukis pada dinding-dinding gua dan tidak mempunyai banyak perbezaan. Mereka melukis berdasarkan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka seperti melakar tentang pemburuan. Gaya penghasilan adalah begitu neutral dan ada diantaranya mengunakan bentuk-bentuk geometri dan figura manusia. Namun perubahan berlaku pada zaman neolitik dimana mereka menghasilkan catan dengan menggunakan warna yang telah dihasilkan sendiri oleh mereka dengan menggunakan bahan-bahan galian dan mencipta berus. Namun mereka masih menghasilkan catan gua dan subjek-subjek binatang buas dan aktiviti pemburuan. Imej-imej figura yang dihasilkan juga lebih sempurna dan realistik. Selepas itu wujud pula seni Maghribi Purba dimana seni yang menggambarkan bagaimana masyarakat setempat mengaplikasikan seni mereka pada hiasan pada makan dan istana maharaja mereka. Mereka menghasilkan karya untuk ditempatkan didalam kuil bagi tujuan upacara keagamaan.

            Kemudian wujud pula seni Yunani ( Greek) yang tebahagi kepada Zaman Arkaik, Zaman Klasikal dan Zaman Hellenistik. Pada zaman ini, imej-imej yang seringkali digunakan adalah figura manusia kerana mengikut kepercayaan mereka rujukan yang paling hampir dan nyata adalah manusia . imej- imej figura manusia dilukis dengan pelbagai aktiviti-aktiviti setempat. Mereka juga ada menggambarkan berkisar pada kegagahan dan keperkasaan pahlawan Greek. Kebanyakkan seni yang dihasilkan adalah berdasarkan kepercayaan dan falsafah keagamaan. 
  
            Pengaruh seni Yunani ini  diteruskan pula oleh seni pada Zaman Rom.  Namun, pada zaman ini mereka menghasilkan karya berdasarkan sentiment bangsa Rom yang berpegang teguh pada slogan “ Rom adalah untuk orang Rom” dan apa yang dihasilkan adalah bercirikan kepada masyarakat Rom sendiri. Ekspresi seni pada zaman ini mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi. Karya adalah berdasarkan kemulian, keutuhan dan keteguhan empayarnya. Pelukis-pelukis menggabungkan pelbagai unsur-unsur dan elemen-elemen tambahan dengan tujuan untuk menampakkan kesan kemewahan yang berlebihan. Catan dinding adalah merupakan hasil karya yang paling popular seperti pada dinding istana dan villa mewah.  

            Zaman kegemilangan seni  telah wujud pada Zaman Renaissance. Pada zaman ini karya  yang dihasilkan adalah bersifat sempurna dan ideal. Ia merupakan satu era yang mementingkan kesempurnaan dan ketepatan dalam menghasilkan karya seni. Kebanyakkan  hasil-hasil karya seninya adalah berdasarkan kepada subjek kajian masyarakat dan aktiviti, keagamaan dan penceritaan daripada kitab Bible. Pelukis pada zaman ini seolah-olah menjadi penyampai maklumat dengan menggambarkan dalam bentuk visual supaya mudah difahami dan dihayati oleh semua golongan masyarakat. Nilai-nilai estetika yang sangat kaya dan tinggi sangat ketara pada setiap karya yang dihasilkan. Pada ketika ini, golongan atasan dan institusi gereja merupakan golongan yang terpenting dalam memberikan sumbangan dan ganjaran kepada pengkarya.

            Kemudian muncul zaman transisi pertukaran gaya, konsep dan teknik penghasilan karya seni selepas zaman renaissance pada abad ke-19 yang terbahagi kepada sebelum perang dunia pertama,seni selepas abad ke-19 dan seni akhir ke-19.. Pada abad ini wujud Era Neo – Klasik yang bermula serentak dengan Zaman Revolusi Perancis 9. Seni pada era ini menekankan bahawa seni dan revolusi adalah dua perkara utama dalam memperjuangkan demokrasi Perancis. Era ini menggabungkan gaya dari zaman Klasik Greek dan Zaman Rom. Kebanyakan subjek yang digambarkan berdasarkan zaman pemerintahan dan zaman kegemilangan empayar rom.Pada zaman ini pelukis menerapkan mengenai sikap keberanian dan kesanggupan berkorban demi keadilan. Terdapat juga penggunaan komposisi secara geometri berstruktur.

            Selepas itu wujud pula Era Romantisme Era ini lahir melalui kesedaran dan kuasa manusia. Pada era ini lukisan berdasarkan perasaan dan emosi adalah lebih penting daripada alasan mengapa karya itu dihasilkan.Kebanyakan karya yang dihasilkan pada era ini bertemakan pada kebebasan bersuara dan hak kebebasan individu. Subjek – subjek yang menjadi pilihan dalam karya adalah keindahan alam semula jadi, kehidupan masyarakat luar Bandar, masyarakat  bawahan, figura – figura yang erotik dan juga sumber-sumber peninggalan sejarah. Pelukis – pelukis pada zaman ini ialah Francisco Goya, John Constable, Thomas Cole, Robert S.Duncanson dan Eugine Delacroix.

            Kemudian wujud pula Era Realism iaitu  karya yang dihasilkan berdasarkan ideology, erotik da juga nostalgia. Sesuatu karya menampilkan subjek dalam suatu karya sebagaimana tampil dalam kehidupan sehari-hari tanpa tambahan atau interpretasi tertentu. Karya seni yang dihasilkan memperlihatkan kebenaran, tanpa menyembunyikan apa – apa walaupun perkara yang buruk. Pada era ini pelukis sudah berani mempamerkan hasil kerja yang ,mereka telah hasilkan untuk berkongsi pengalaman dan idea dengan masyarakat setempat.

            Perubahan paling besar pada pelukis yang menghasilkan catan adalan pada Era Impressionisme. Lukisan yang dihasilkan berdasarkan apa yang dilihat di depan mata dan bukan imaginasi yang ditafsirkan oleh minda.Pelukis menghasilkan catan berdasarkan objek sebenar tanpa melakukan penambahan atau pengubahsuaian. Subjek utama yang dilakarkan adalah landskap dan alam semula jadi kerana mereka berpendapat alam semula jadi adal ciptaan yang tiada tandingannya.Pada era ini cahaya merupakan unsur yang sangat penting dalam penghasilan karya kerana dapat menimbulkan mood dan suasana sesuatu keadaan. Prinsip impressionisme ialah cahaya adalah penentu sesebuah keadaan dan suasana. Selain itu, mereka mengharamkan penggunaan warna hitam didalam karya kerana bagi mereka hitam adalah bukan warna. Pelukis terkenal era ini ialah Claude Monet,Pierre August Renoir, Camilllie Pisaro, Edgar Degas, Mary Cassat dan Auguste Rodin.

            Lanjutan daripada zaman impressionisme ialah Era Post-Impressionisme. Pelukis tidak membuat peniruan tetapi mencipta bentuk. Subjek utama yang menjadi pilihan adalah landskap, figura manusia, alam benda dan aktiviti seharian masyarakat setempat. Mereka lebih menumpukan kepada penilaian bentuk(form). Penggunaan warna yang kontras, penggunaan garisan kontur yang jelas pada rupa dan sapuan berus yang tepat adalah antara ciri-ciri utama catan era ini. Penggunaan kaedah titik-titik warna iaitu “pointillisme” digunakan secara bertindih di antara satu sama lain yang menghasilkan catan. Terdapat juga penggunaan sapuan berus yang agresif disamping penggunaan warna yang tidak di campur. Kebanyakan sapuan warna yang asli serta bertindih antara satu sama lain. Selain itu juga warna yang pekat digunakan bagi mewujudkan kesan tekstur pada permukaan. Antara pelukis-pelukis terkenal pada era ini ialah Vincent Van Gogh, Paul Gauguin, George Seurat, Paul Cezanne, Henri de Toulouse-Lautrec, Edward Munch dan Henri Rousseau.

            Apabila selepas perang dunia pertama muncul pula Era Fauvesme yang bermaksud hidupan liar. Liar dalam konteks ini merujuk kepada sapuan berus serta warna dan garian yang agresif pada catan yang dihasilkan.Fauvesme adalah aliran yang menghargai ekspresi dalam menangkap suasana yang hendak dilukis. Tidak seperti karya impresionisme, pelukis fauves berpendapat bahawa harmoni warna yang tidak terpaut dengan kenyataan di alam tetapi lebih memperlihatkan hubungan peribadi seniman dengan alam tersebut.mereka menggunakan warna-warna asal yang tidak bercampur san sapuan berus yang agresif. Warna-warna yang dipakai jelas tidak lagi disesuaikan dengan warna pada semulajadi, tetapi mengikuti keinginan peribadi pelukis.Penggunaan garis dalam fauvesme disederhanakan . Akibatnya bentuk benda mudah dikenali tanpa harus mempertimbangkan banyak detail.Pelukis era ini ialah Henri Matisse dan Andre’ Derain.

            Selepas itu muncul Era Ekspresionisme  iaitu pelukis meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati dalam bentuk visual untuk dikongsi bersama-sama masyarakat. Pada era ini pelukis menghasilkan karya dengan meluahkan perasaan yang ada pada dirinya dan mewakili masyarakat terhadap ketidakpuasan hati, rasuah, penindasan, kemiskinan dan juga keganasan. Penggunaan sapuan berus yang kasar digunakan  bagi menunjukkan masyarakat pinggir Bandar yang mewah dan berkuasa.
Warna –warna yang digunakan adalah warna utama  yang tidak dicampur dengan warna lain dan sapuan berus yang agresif. Mereka  telah menggunakan unsur simbolik ( nonreprentational) bagi menggantikan imej dan subjek. Pelukis terkenal ialah Wassily Kandisky dan Ludwig Kirchner.

            Kemudian pula wujud pula era yang lain pada seni akhir abad ke-19. Ketika ini muncul Era Kubism. Kuibism bermaksud pemecahan imej ataupun bentuk asal kepada bentuk kiub yang dipermudahkan kepada bentuk abstrak. Era ini dikenali sebagai ibu kepada semua jenis seni abstrak. Konsep kuibism ini adalah untuk membebaskan bentuk daripada rupa semula jadi dan mengubah kepada satah-satah dari pelbagai jenis sudut pandangan. Terdapat 3 ciri utama konsep kuibism ini iaitu cahaya dan bayang, konsep permukaan/latar belakang dan objek dari sudut yang pelbagai pandangan dan pengamatan serta menggambarkan bahagian yang terlindung. Tema yang biasa digunakan adalah berkisar pada realiti kehidupan dan fakta yang sebenar. Pelukis pada zaman ini tidak menghasilkan karya yang bersifat revolusi, politik, propaganda ataupun mengkritik seseorang. Mereka menggambarkan imej yang digunakan dalam sudut pandangan 360°. Namun mereka banyak dipengaruhi oleh pelukis zaman Impressionisme dan Post-Impressionisme. Pelukis terkenal seperti Pablo Picaso dan Georges Braque.

            Setelah itu muncul Era Futurisme pada abad ini. Era Futurisme ini adalah merupakan kesinambungan dari era kuibisme. Pelukis menekankan tentang pergerakan manusia dan mesin. Mereka menggambarkan kembali mengenai keindahan dan kecanggihan teknologi. Pengalaman tentang pergerakan manusia seharian, masa dan elemen ruang telah diubahsuai menjadi satu pergerakan yang berulang – ulang dalam satu hasil karya. Pelukis langsung tidak mempedulikan tentang penggunaan warna dalam proses penghasilan catan. Mereka berpendapat apa yang penting adalah gambaran pergerakan berbanding elemen-elemen seni visual. Pelukis – pelukis terkenal pada zaman ini ialah Giomcomo Balla, Marcel Duchamp, Umberto Boccioni dan Etienne-Jules Marey.

            Seni pada abad ke-20 pula merupakan kesinambungan penambahan dan perkembangan era seni daripada abad ke-19. pada abad ini wujudlah Era Dadaisme. Era Dadaisme merupakan permulaan kepada catan yang dihasilkan untuk tujuan memprotes secara terbuka terhadap kekejaman yang berlaku semasa perang dunia pertama. Da, Da bermaksud Ya,Ya(Yes,Yes). Pelukis pada era ini meluahkan apa yang mereka rasa bukannya gaya individu seperti era sebelumnya.Mereka berpendapat era ini bukannya satu tempat pengkarya belajar untuk menghasilkan catan tetapi adalah untuk memberikan amaran tegas disamping menidakkan unsur-unsur nilai dan menidakkan kebiasaan serta spekulasi. Ianya satu bentuk luahan yang dihasilkan melalui semua bentuk seni.Pelukis era ini menolak semua unsur-unsur di sekeliling. Mereka hanya menerima nilai-niali moral, sosial ,politik, dan nilai-niali estetik sahaja. Di antara objek yang digunakan bagi menghasilkan karya adalah figura manusia  dan alam benda.Era Dadaisme juga merupakan lanjutan idea dan penghasilan karya daripada era kuibisme. Teknik “ photomontage” yang dicetuskan pada era kuibisme telah diterokai dan dikembangkan dengan kretif. Pelukis pada era ini ialah Maechel Dunchamp dan Hannah Hoch.

            Lanjutan daripada era Dadaisme ialah Era Surrealisme. Pada tahun1920 sekumpulan penulis dan pelukis telah berkumpul dan mengadakan satu seminar tentang minda di bawah sedar. Bertolak dari situlah wujudnya era surrealisme ini. Maniefesto era ini adalah setiap catan yang dihasilkan adalah berdasarkan pada idea dan pemikiran di bawah sedar, di alam mimpi dan juga di alam fantasi.Pelukis yang terkenal pada era ini ialah Salvador Dali dan Joan Miro.. Kedua-duanya mempunyai pendekatan dan gaya individu yang berbeza. Biasanya imej dan objek yang digunakan agak sukar dikenali. Namun karya yang dihasilkan juga membincangkan mengenai perasaan terhadap apa yang berlaku pada ketika itu. Pendekatan yang digunakan pada era ini ialah reprensentasi Surrealisme (representational Surrealism) dan abstrak surrealisme (abstract Surrealism).

            Kemudian muncul Era Seni Pop  yang merupakan satu era yang menggunakan imej dan subjek yang popular dan terkini. Perkataan pop itu adalah merupakan singkatan daripada “popular”. Catan yang dihasilkan pada era ini kebanyakkannya menjurus kepada bentuk periklanan dan komersial. Pelukis menggunakan cetakan sutera saring dan air-brush sebagai media untuk menghasilkan karya.  Seni pop juga menekan perkara seperti popular, kos sederhana,  bersifat sementara, lucu, seksi, gimik dan perniagaan.Kebanyakkan catan yang dihasilkan menggunakan imej-imej yang di ambil dari budaya popular dalam masyarakat harian. Penggunaan warna-warna yang cerah merupakan ciri-ciri lain yang terdapat pada catan. Selain itu juga pada era ini hasil karya berbentuk komik, jenama barangan yang terkenal, papan tanda iklan, surat khabar dan lain-lain.Pelukis-pelukis popular pada era ini adalah Richard Hamiliton,Andy Warhol, Jasper Johns dan Roy Lichenstein.

            Sejurus kemudian muncul pula Era Seni Minimilisme dimana penggiat seni menghasilkan karya mereka dengan mengurangkan dan mengecilkan imj saiz utama yang mereka gambarkan. Kebanyakan catan yang dihasilkan tidak mementingkan imej yang digunakan sebaliknya mereka lebih mementingkan unsur psikologi dan simbol. Penggunaan warna pada era ini adalah sangat terhad. Pada era ini pendekatan “minimal value” iaitu menggunakan ton putih sahaja sebagai nilai pada catan yang dihasilkan.  Namun begitu, kebanyakkan karya-karya yang dihasilkan pada era ini sukar untuk ditafsirkan pengertiannya.Diantara pelukis terkenal pada era ini adalah Frank Stella, Donald Judd dan Kashmir Malevich.

disediakan oleh :
Noor Fadhilah Binti Mat Hassan
IPG kampus Raja Melewar....

No comments:

Post a Comment