pagi tadi saya xtengok pun burung2 tu keluar cari makan.......
tapi petang ni saya sepatutnya snap gmbar sekumpulan burung pulang ke sarang..
tapi petang ni lambat sgt diorang balik..
n diorang balik xlalu pun kat rumah saya..dia lalu kat umah jiran saya..
kenapa ye????
dia tau eh saya mau tangkap gmbr diorang,,,
elehh perasan!!
saya akan pastikan saya dpt snapp gmbar awak..
semalam saya siap nampak..mula2 sekumpulan balik
pastu 2 ekor ja..dah agak mesti 2 ekor tu g dating...
pastu balik plak yg seekor...kenapa dia balik sorang..mybe dia xda kawan...ke dia balik sorang sebab lepas p cari makan dia g dinner ngn makwe dia kot...
hehhee...
ok la malas nak ngarut lagi pasal burung ni..
lepas saya dah berjaya snap gmbar mereka saya akan wat semua teori pasal burung ni...
tapi tv kat umah baru ja rosak..so agak bosan..masing2 sibuk xsempat nak g beli lg..
ni la meningkatkan kadar kebosanan di umah..
lg satu sekolah kat cni xcuti..so kak2 ku masih la mengajar..
petang2 skarang aku suka tengok burung...ada sekumpulan burung pulang ke sarang.......so duk ja kat depan rumah nampak sederu ja balik..ingat esok nak kuar pagi2 nak usha plak camna diorang keluar...
ok ..malam ni tunggu kak cik blik..dah otheway dr airport...
ini kisahnya masa saya nak balik kg ari jumaat tu...saya keluar awal dengan lydia...bas bergerak dari seremban dah lewat hmpir kul 9 (dlm tket 8.30) n smpai bukit jalil dalam kul 10…. Sepanjang perjalanan tu memang saya merasakan sangat panas…rupanya econ x berfungsi..smpai ja kl si ah kiong (pemandu bas)berkata “tamau turun ka?mau duk dalam panas??” aku macam nak kata sewel ka….
Then, org nak kuantan n terengganu kena turun.yg ke ipoh tunggu”.n si ah kiong lagi skali kata econ rosak..saya mau tunggu pomen datang baiki…lagi 2 jam aaa…
Hah???
Sewel lagi.. 2 jam kira pukul 12 mybe baru gerak dari bukit jalil..hailah kul brapa mau sampai ni..
Skali da sorang budak kat single seat pn tnya aku..klu camni kul brapa nk smpai ipoh…
Aku pun dengan agak bangga n berpengalaman la konon berkata “ari tu saya dah naik bas ni..memang dia tukar2 bas pun”..saya gerak dari bukit jalil hmpir kul 11 lebih then smpai ipoh kul 1 lebih..3..30 kat butterworth n kul 4 kat SP……
Then dia kata kita duduk skali la…so kami sempat la bersembang…dia budak uitm kuala pilah..
Tiba2 naik plak pakcik dari mana..yg nak ke ipoh ..lumut..buterworth n soon sila turun..mau bagi yg ke hadyai naik dulu..nanti saya panggil…kami ni pun amik la beg n trun duduk la kat bawah..agak lama menunggu datang la plak abg boroi mana ntah tnya spa nak ke ipoh bagai tu tunggu sebelah sana…tunggu la kami pun n dibawa kami masuk ke kaunter tiket n tiket kami ditukarkan la plak…tiket tulis kul 11..masa tu kul 10.45..15 minit lagi..alhamdulillah…
Skali pakcik tu kata g la nak makan ke?g toilet ke mana ka?yg penting kul 11.15 kumpul cni..plak smakin bertambah masa ni..aku n si budak uitm tu duk la kat tempat menunggu kat seat menunggu..punya la ramai org xda rupa macam 11lebih pun..ada pelbagai la stail pakaian..cara jalan..cara duduk…cara cakap..cara bergaul..ada yg nek nyampah aku tengok..paling aku geram pakai tudung pakai legging…haish nyampah aku tengok..betis macam pacat kenyang ja aku tengok…yg gemuk tanpa segan silu tunjuk betis…yg keding pun sama…haila manusia…
Dah kul 11.15 g la kat temapt kaunter..tunggu..tunggu..tunggu…dah hamper kul 12..aku dah bengang yg teramat sgt,,skali datang seoarang plak ok jom ikut saya..dibawa plak kai ke tepi jalan..n tunggu lagi..skali smpai la bas n kami masuk..aku pun duduk la sebelah budak uitm…Kesimpulannya kul 12.30 n abovela aku baru gerak kuar dari bukit jalil + jalan jem…sampai ipoh 3.15,,sampai SP pukul 6.30……..
Huhhh!!sgt penat slamat sebelum naik bas aku bungkuskan fries n apple pie from McD…
alhamdulillah syukur kepada tuhan yang maha Esa...
semoga hubungan ini akan terus berkekalan sehingga ke jenjang pelamin juga sehingga ke ahir hayat...andai ini jodohku aku terima Ya Allah...............
aminnnnn....
since 2006...syukur kepadaMU....
gambar zaman bila ntah.....dah lama xtangkap gmbar berdua...ish2...ni gmbr edit..
kepadaMU aku berdoa agar kami sentiasa dipelihara dalam adab dan tingkahlaku...moga kami sentiasa berada di landasan yang benar.... kisah percintaan yg bermula dari seorang sahabat...mula dari percintaan jarak dekat (PJD) menjadi percintaan jarak jauh(PJJ)...semoga kami berdua tabah dan terus kekal setia dan ikhlas dalam menjalankan perhubungan..... andai ada silap salah kena saling tegur menegur....
saya sedang bersiap2..kawan2 saya a.k.a elianto tnpa ilah kuar ke JJ berfoya-foya...pesanan untuk elianto..semasa berbelanja ingatlah pada bulan 6 nanti..bagaimnakah anda pada saat itu sekiranya terover shopping..anyway all my dear take care n selamat bercuti..jumpa lagi lepas raya ni
kami bersatu...kamu umpama bintang hatiku....
xlupa kepada ahong n elynn...HAPPY CHINESE NEW YEAR...ahong thanks bg limau...
semalam iaitu 27 jan 2011, satu avtiviti "intergrity explorace" telah dijalankan.dalam maktab ja....ELIANTO telah mewakili unit PSV SEM 5 dalam aktiviti ini..sebenarnya aku yang beria2 ajak budak2 ni sebabnya pengurus aktiviti ni tia..so apa salahnya memberi sokongan pada rakan sekelas kan...jadi aku pun mendaftarkan nama ELIANTO berserta wang RM5...jadi antara kami berenam hanya 5 sahaja menyertainya...pasukan berdaftar ada 10 tp yg hadir hnya 9 kumpulan dan kami mendapat kami memegang kumpulan 9..setiap kumpulan dibekalkan dengan RM50000..sekiranya pada setiap klu kami berjaya akan dapat 1000...klu xberjaya kena bayar RM2000 manakala klu nak skip kena bayar 3000.....
sebekum pergi..bersemangat...bersatu kita teguh!!
mendengar taklimat...bersama group(2) KS2..they all antar 2 group
semasa taklimat kami telah diberikan syarat dan juga klu untuk permulaan..group 9/ELIANTO menerima klu "rumah terbiar" jadi kami perlu mencari tempat manakah dalam kawasan IPG ini merupakan rumah terbiar dan kawasan berdekatan merupakan checkpoint yg dijaga oleh seorang fesi..
check point 1...entah napa la fesi ni g tunggu kat sebelah tiang ni...jauh la dari rumah terbiar tu....tugasannya cari klu dalam belon...kena tiup tepung dalam 3 minit..kemudiaan amik belon , tiup dan pecahkan sehingga ada klu...KAMI BERJAYA!!!
dipenuhi tepung..masa cari belon...
checkpoin ke2 kami dapat klu "micro teching PJ...maksud astaka kat padang...so lari lagi kat sini tugasannya menyambut belon yg diisi air..belon dibaling oleh rakan dari atas astaka
kemudian check point ke3 kami dapat klu " VEST"...vest mestilah pakgad..sebab ada pakgad yg sentiasa pakai vest dan sgt rajin menulis..kat cni kami fesi menjual pantun dan kami menjawab pantun tersebut..sangat pantas!!sebabnnya ada intan..pemantun IPG...hehehe
dapat lg klu ke 4 iaitu " minum air tepi jalan"...maksudnya RO water / watershop....tugasan kat cni..cari 3botol mineral 1.5liter dan isi air kedalamnya..punca air bebas....so aku n pika dengan jayanya masuk ke blok A..menjerit sana sini kat budak2 hehhehe...BERJAYA!!
SETERUSNYA!!!
klu ke5 " balik kampung"..jawapannya bas...so kami berlari la ke garaj bas..kat ctu ada lagi aktiviti...kami perlu mengangkat baldi menggunalan 2 utas tali keluar daripada kawasan bulatan..caranya adalah mengikut kreativiti..tugasan BERJAYA!!!
semangat kawan!!
selesai checkpoint 6..kami dapat plak klu "solat" yg bermaksud balai islam..kat cni tugasannya adalah kami perlu mencari kad nilai berwarna kunig yg terletak dikawasan tersebut sebanyak 2 keping dan bina ayat berdasarkan perkataan di ats kad tersebut...yg ni masa yg diambil sgt lama...akhirnya..........BERJAYA!!
ni la fesi yg menhaganya....
kemudian kami beralih plak kepada klu yg ke7..tak ingat apa...yg pasti kat tempat skuasy..kami diberi 3 batang mancis dan sebatang lilin..nyalakan lilin dan jalan n pass lilin pada ahli lain secara ulang alik tanpa terpadam dan berjaya menyalakan lilin menggunakan 3 batang mancis..kami berjaya guna sebatang je tnpa terpadam..WELL DONE!!
mendengar taklimat dari fesi....
hati bawak lilin..kawal angin...
dapatlah pulak klu ke8 "ayam goreng...hehehe sah2 la kafe..so g kafe..ada 2 group yg menunggu nak laksanakan tugas..so terpaksa tunggu..rugi masa..kat cni kena asingkan kacang hijau dan kacang merah dalam masa 5 minit...aktiviti ni kami berjaya 4.47minit...TAHNIAH!!
sementara menunggu giliran
asingkan kacang hijau dan merah
klu ke-9 "bola tmpar"..kat cni kami kena pancing botol dan bawak ke kawasan penamat...5 botol dalam masa 5 minit....kat cni kami gagal..hanya 2 botol berjaya...so denda kami terpaksa membayar RM2000
memancaing botol..meyusahkan..menurut fesi..xda kumpulan pn berjaya...
selesai ni kami mendapat klu terakhir iaitu "lapangan blok c"..kat sini ada plak "permainan kim"..kami dah hafal semua gmbar tapi ntah kat mana silapnya kami betl 20/21...huh rugi gila xdapat la 1000..
duk isi semula nama barang yg ditujukkan
selesai ja kami dapat klu "lagu negaraku" maksudnya dataran melewar..kat cni penamat..rupanya kami kumpulan ke8...hahahahha.....anyway ni belum muktamad kerana pemenang dikira dari segi "fair play, masa, dan jumlah wang...
bersama pengurus explorace elianto "jaja"..juga merangakap jurugambar..kesian dia terpaksa ikut kami kesana -kesini...kami semua syg awak jaja
yeyeyeyeye
bersama group sains dan fesi (bab n taqhif)
lagi
ELIANTO..yg baju biru bukan..sibukk nak masuk bergambar ngan artis...
so itu lah kisahnya...pemenang diumumkan pada 7 feb ni..so aku nak ucapkan tahniah pada elianto..kalah belakang kira..memang penat terpaksa berlari dari padang bola baling ke astaka >>depan gate>>watershop>>garaj>>BAIS>>padang>>kafe>>court bola tampar>>parking blok c>>>dataran....memang tersangat letih.....atleast kita berjaya membuat sesuatu yg membahagiakan kita walaupun sakit kaki sebab x warming up...padan muka
akhirnnya....
titik permulaanku sebagai guru sebenar semakin dekat denganku........
sekarang aku memegang status guru pelatih...
namun dalam masa 2 bulan dari sekarang aku akan digelar guru...
dipanggil "cikgu" oleh anak2 kecil.......
kali ini aku perlu menjadi guru yang berkesan menyampaikan input yg berkesan....
aku bakal di nilai...aku di depan pensyarah di belakang....ajaranku dipatuhi murid...suaraku...tingkahku diperhati...berapa pasang mata yg menilaiku setiap hari...
semoga aku tabah menghadapi...
pengalaman pbs mungkin hnya memberikan pengalaman asas....
walaupun kami diberi peluang masuk ke kls tp cabarannya xsama seperti praktikum.........
jadi semester ni aku telah dijodohkan dengan lydiawati sebagai sahabat praktikum di SK Seremban Jaya 2 ..alhamdulillah... kami ada sedikit masalah iaitu transport..tp insyaallah ada jalan penyelesaiannya....berbalik kisah pasangan praktikum + sekolah...sebenarnya kami boleh memilih pasangan tapi entah dimana silapnya kami tidak mendapat sebarang maklumat penghantaran nama kepada unit praktikum..kesannya kami dipilih mengikut senarai nama sedia ada di HEP...apabila mendapat tahu, ramai mmbuat keputusan menukar pasangan atas sebab kenderaan + keserasian dengan harapan unit praktikum mampu bertimbang rasa..jadi aku memilih intan berikutan dia bawak kereta..psangan dia elyn..jadi aku n intan dan lydia n elyn....namun semua harapan tinggal berderai apabila permohonan kami ditolak...
jadi aku terus dengan takdir yang menetapkan aku dan lydia...anyway kawan kita boleh harunginya...so untuk mengubat hati dan perasaan yg terkejut + bimbang ni...aku pun godek2 la internet untuk dapatkan serba sedikit maklumat mengenai sekolah yang aku bakal jejaki..
inilah hasilnya:
bangunan sekolah n pra sekolah
pemandangan sekolah
dataran
jmbatan ilmu
ni jambatan ilmu ke blok
kedai buku..ntah apa yg kedai buku..nnti kita tengok k
pintu masuk
tempat tunggu bas
tempat ambik wudhuk...
ni bilik guru..aihh kosong je meja...aku punya..choppp!!
ni kelas..cantik dan bersih..
nampak macam bes je sekolah ni..nak plak sekolah baru...jadi lepas tengok je gambar aku meneliti lebih mendalam....
Sekolah ini mula beroperasi pada 4 Jan 2010 dan menumpang di SK Seremban Jaya untuk sementara waktu dan belajar pada sesi persekolahan sebelah petang. Terdapat sebanyak 30 kelas dan murid sulung SKSJ2 adalah seramai 1200 orang murid telah mendaftar di sekolah ini
sesi persekolahan sebelah petang : ISNIN - KHAMIS 1.15 - 6.35 PTG JUMAAT 2.15 - 6.35 PTG
Pada 11 Januari 2010, pihak Kontraktor telah menyerahkan bangunan SK Seremban Jaya 2 kepada pihak KPM dan KPM menyerahkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En. Ahmad Bin Harun di JPNS.
Seramai lebih kurang 50 orang guru pelbagai opsyen mula melapor diri di sekolah ini pada 2 Jan 2010 di SK Seremban Jaya 2.
15 Januari 2010 merupakan hari terakhir warga SK Seremban Jaya 2 menumpang teduh menimba ilmu, dan pengalaman di SK Seremban Jaya (4 Januari 2010 - 15 Januari 2010).
18 Januari 2010, hari Isnin merupakan tarikh penting kepada semua warga SK Seremban Jaya 2 kerana hari ini perhimpunan pagi pertama diadakan di Dataran Ilmu SKSJ2 dan perhimpunan ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran JPNS, Tn. Hj. Jamali bin Haji Salam.
Tahun 2010, SKSJ2 mempunyai 2 blok bangunan, blok pentadbiran, blok akademik, blog prasekolah dan kantin.
ha!!panjang lebar kan pos ni..
sebenarnya saja nak menaikkan semangat aku nak ke sekolah...
sebenarnya agak terkejut bila tau praktikum kat mana..nak plak xda kenderaan..susah hati sangat...doaku "semoga dipermudahkan segala urusanku"
mungkin kawan2 pikir aku semangat kan...sebenarnya bukan semangat tapi nak memotivasikan diri..jadi aku kena bersedia mulai saat ni...walaupun apa cabaran aku kena tempuh sebab aku dah pilih bidang ini..lagipun apa salahnya...aku nak jadi guru yang cemerlang...jadi guru yang cemerlang perlu bermula dengan usaha yang kecil..tapi lama2 akan jadi bukit....
semoga aku berjaya menjalankan yang terbaik sepanjang aku praktikum di sana bermla 21 Mac ini...aminnnnnn...kepada pembaca blog saya doakan saya menjadi guru yang cemerlang...semoga kedatangan aku yg sekejap ini mampu memberi sedikit sumbangan kepada murid, sekolah, agama, bagsa dan negara...
And now I think I know what you tried to say to me
how you suffered for your sanity
how you tried to set them free.
They would not listen
they're not
list'ning still
perhaps they never will
cubalah jiwai sedalam2 nya...bagi yg amik seni mungkin lebih faham sebab selalu buat apresiasi karya ni kan.aku memang suka..kebetulan aku penah buat apresiasi pasal karya ni..kira dah byk tau pasal latar belakang vincent....
korang pernah tak check analitik pengunjung blok korang...
kat situ kita leh tau macam mana pengujung leh mengunjungi blog ini..
kat situ akan dipaparkan kata kunci yang menyebabkan pengunjung anda menemui blog anda...saya godek akaun nuffnagg skali terjumpa pasai analitik ni..
ni analitik blog saya...WONDERFUL...
yg terpapar di nuffnagg
ni ada 1O kata kunci yang menyebabkan blog saya dikunjungi :
corak terancang
karya amron omar
renjisan
studying
karya bersilat
pendidikan seni visual - renjisan
renjisan warna
beef burger
teknik renjisan
corak dan rekaan
so aku pun try la taip kata kunci ni dekat google n search dan hasilnya adalah
kata kunci : analisis karya
blog aku duk ranking ke-2 page 1
kata kunci = renjisan
blog ni duk kat page ke-3 google search
kata kunci : tiupan dan renjisan
wow!!1st ranking n 1st page k
kata kunci : analisis karya amron omar
wow!!!lagi ranking 1st n 2nd tu....hehehee
kata kunci :karya bersilat
WOW!!terujanya..juga 1st n 2nd ranking kat page 1
dah taip lain2 kata kunci dah tak nek kat page 1-10..so malas la nak cari...so berpindah la plak "image google"..kita tengok hasilnya
kata kunci : corak terancang
1st page k...tu la karya aku..yg tersembul keluar tu...ni la penyebab blog aku dikunjungi ramai..mesti dak2 PSV la kan
karya tiupan plak kat page ke-2
kata kunci : corak dan rekaan
lagi skali karya tiupan naik.
berdasarkan apa yg aku lihat..pengunjung mengunjungi blog aku secara takk sengaja adalah disebabkan untuk mencari bahan PSV...disebabkan aku ada mengupload sedikit sebanyak hasil kerja aku..tu yang mereka jumpa tu... ada jugak memang pengikut blog aku..iaitu kawan2 aku...yg banyak baca pasal kisah aku..tp xnak jadi follewer..pakat jadi silent reader plak...
jadi aku kena banyakkan bahan PSV la ye dalam blog ni...jadi kepada readers yg berminat dengan bahan seni klik kat LABEL "AKU DAN SENI"kat situ ada la ckit2 hasil seni...xpun klik ja kat 2010 punya post...sem tu ja aku banyak letak karya seni...xpun kalau ada yg berminat please leave yr comment kat chat box...banyak bahan sebebnarnya yang boleh dikongsi bersama......cuma malas nak upload ja.....
so kepada blogger lain cuba la cek analitik ni...mana tau anda dapat mengupgrade kan blog anda...dalam suka2 kita menulis n mencurahkan perasaan apa salahnya kita berkongsi serba sedikit ilmu yang berguna kepada orang lain kan...