follow me....

Sunday, May 6, 2012

TEORI APRESIASI (PSV 3113)


TEORI APRESIASI 


 Pengenalan

Apresiasi merupakan salah satu aktiviti melihat dan menghargai serta menilai sesuatu karya seni. Menurut Zakaria Ali (1989), apresiasi seni merupakan satu latihan yang melibatkan deria pandang dan deria sentuh kita. Beliau juga memberikan contoh bahawa objek-objek seni seperti seni catan dan cetakan cuma boleh dipandang manakala objek-objek seni yang berupa arca dan binaan boleh disentuh. Kritikan seni perlu direalisasikan agar masyarakat dapat menerima kritikan dan apresiasi seni.

Menurut T.S.Elliot (terjemahan Wong Seng Tong (1991) ) . Kritikan ialah mengupas dan menghuraikan karya-karya seni dengan menggunakan tulisan atau tujuan dasarnya adalah menjelaskan karya-karya seni sementara mengawal selera pembaca.

Menurut Encyclopaedia Britannica, kritikan seni ialah satu perbincangan ilmiah yang beralasan dan bersistem untuk menghuraikan atau menilai gaya, teknik dan cara penghasilan karya seni itu. Manakala Pepper, Stephen C. (1996) pula menyatakan bahawa kritikan seni merupakan satu bidang ilmu yang perlu diketengahkan.

Apresiasi seni adalah hubungjalin dalam bentuk penghargaan di antara pengkritik dan seniman. Karya atau objek seni pula merupakan pernyataan seniman. Pengkritik seni perlu memberi ulasan dengan jujurMenghayati dan mengkritik sesuatu karya seni memerlukan satu disiplin yang khusus. Untuk menilai, kita perlu mempunyai kriteria-kriteria tertentu.

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa tokoh yang telah mengemukakan beberapa teori seni. Y Antaranya adalah Edmund Burke Feldman, Harry S.Broudy , Erwinn Panofsky dan Katherine Waiker. Namun dalam penghasilan tugasan ini penumpuan lebih diberikan kepada teori apresiasi yang dikemukakan oleh Edmund Burke Feldman.


 disediakan oleh :
 Fadhilah (IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)

***free to copy***

1 comment: