TEORI APRESIASI
Pengenalan
Apresiasi
merupakan salah satu aktiviti melihat dan menghargai serta menilai sesuatu
karya seni. Menurut Zakaria Ali (1989), apresiasi seni merupakan satu latihan
yang melibatkan deria pandang dan deria sentuh kita. Beliau juga memberikan
contoh bahawa objek-objek seni seperti seni catan dan cetakan cuma boleh
dipandang manakala objek-objek seni yang berupa arca dan binaan boleh disentuh.
Kritikan seni perlu direalisasikan agar masyarakat dapat menerima kritikan dan
apresiasi seni.
Menurut
T.S.Elliot (terjemahan Wong Seng Tong (1991) ) . Kritikan ialah mengupas dan
menghuraikan karya-karya seni dengan menggunakan tulisan atau tujuan dasarnya
adalah menjelaskan karya-karya seni sementara mengawal selera pembaca.
Menurut
Encyclopaedia Britannica, kritikan seni ialah satu perbincangan ilmiah yang
beralasan dan bersistem untuk menghuraikan atau menilai gaya, teknik dan cara
penghasilan karya seni itu. Manakala Pepper, Stephen C. (1996) pula menyatakan
bahawa kritikan seni merupakan satu bidang ilmu yang perlu diketengahkan.
Apresiasi
seni adalah hubungjalin dalam bentuk penghargaan di antara pengkritik dan
seniman. Karya atau objek seni pula merupakan pernyataan seniman. Pengkritik
seni perlu memberi ulasan dengan jujurMenghayati dan mengkritik sesuatu karya
seni memerlukan satu disiplin yang khusus. Untuk menilai, kita perlu mempunyai
kriteria-kriteria tertentu.
Sehubungan
dengan itu, terdapat beberapa tokoh yang telah mengemukakan beberapa teori
seni. Y Antaranya adalah Edmund Burke Feldman, Harry S.Broudy , Erwinn Panofsky
dan Katherine Waiker. Namun dalam penghasilan tugasan ini penumpuan lebih
diberikan kepada teori apresiasi yang dikemukakan oleh Edmund Burke Feldman.
disediakan oleh :
Fadhilah (IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)
Fadhilah (IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)
***free to copy***
kak ilah nk tnya xda ke cntoh soalan tuk PT sem 7?
ReplyDelete