follow me....

Sunday, May 6, 2012

Apreseasi Karya Pelukis BARAT Aliran Post Impressionisme(psv3110)




Vincent Van Gogh
The Starry Night (1889)
Oil on canvas 29” x 36/4”

                                   
“The Starry Night” hasil karya Van Gogh ini telah dihasilkan oleh beliau ketika menjalani proses pemulihan penyakit sawan. Catan ini telah dihasilkan berdasarkan pemerhatian beliau pada waktu malam. Beliau melukis suasana persekitaran bandar dan gereja tempat beliau menjalani proses tersebut.

Berdasarkan karya ini, apa yang dapat dilihat ialah suasana malam dimana langitnya dipenuhi dengan awan yang membentuk pusaran. Bintang-bintang pula berkilauan dan bulan sabit memancar cerah. Manakala dibawah kaki bukit kelihatan sebuah Bandar yang kecil. Bandar ini kelihatan  begitu aman. Di tengah-tengah Bandar ini terdapat sebuah gereja yang mempunyai ceracak diatasnya iaitu merupakan tempat pemerintahan yang terbesar berbanding bangunan-bangunan lain yang kecil disekeliling gereja ini.

Di sebelah kiri karya ini terdapat satu bentuk yang besar yang lebih besar melebihi saiz bentuk-bentuk yang lain. Bentuk ini merupakan pokok cypress. Pokok ini mewakili kehidupan masyarakat Eropah pada ketika itu. Pada masa itu, kebanyakkan pokok cypress ini akan ditanam di persekitaran tanah perkuburan sebagai tanda. Di kawasan kaki gunung juga terdapat rimbunan semak yang kelihatan sangat luas dan mempunyai pelbagai isi di dalamnya.
Penggunaan garisan dalam lukisan ini begitu menonjol terutamanya pada bahagian langit disamping titik-titik  untuk menunjukkan bintang. Garisan yang kelihatan adalah garisan melengkung, garisan berpusar dan garisan menegak. Pelukis telah menggunakan sapuan yang begitu agresif untuk meluahkan perasaan yang dialaminya ketika itu. Pada hakikatnya beliau ingin menunjukkan pergerakan awan namun disebabkan teknik sapuannya yang begitu agresif, pergerakan awan begitu menonjol sekali dengan garisan yang berpusar

 Dari segi penggunaan warna pula, warna yang asli serta bertindih digunakan. Beliau menggunakan warna yang pekat bagi mewujudkan kesan tekstur pada permukaan kanvas. Pelukis ini tidak menggunakan begitu banyak warna. Warna yang begitu ketara adalah warna biru. Terdapat penggunaan biru gelap dan biru cerah pada bahagian langit untuk mewujudkan suasana malam. Manakala warna kuning dan oren digunakan untuk bintang dan bulan untuk menampakkan cahaya yang memancar pada waktu malam. Warna pada bahagian lain seperti pokok cypress digunakan melalui tindihan warna biru gelap dan kuning untuk menampakkan warna seakan-akan warna kulit pokok.
Berdasarkan karya ini, aliran yang ditampilkan oleh pelukis adalah post impressionisme. Ini kerana sememangnya pelukis ini iaitu Van Gogh merupakan pelukis terkenal pada era ini. Ciri lukisan pada aliran Post-Impressionesme yang wujud pada karya ini adalah penggunaan garisan kontur yang jelas pada rupa dan sapuan berus yang tepat.  Selain itu pelukis pada aliran ini menekankan penghasilan imej-imej yang logik dan nyata. Ini sesuai dengan karya ini dimana pelukis menghasilkan karya ini berdasarkan pemerhatian terhadp keadaan sekeliling pada waktu malam.
 Kebanyakkan karya yang dihasilkan pada era ini juga merupakan luahan rasa dari hati terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya karya “ Starry Night” ini dihasilkan ketika pelukis menjalani proses pemulihan penyakit. Ini menunjukkan pelukis ini menggambarkan luahan hatinya dengan menggunakan suasana malam. Inilah yang menyebabkan lukisan ini begitu kasar sedangkan hakikatnya pada waktu malam adalah suasana yang sangat aman.

            Walaupun berdasarkan karya ini terdapat tokok tambah, tetapi ini mempunyai hubung kait dengan perasaan atau deria pelukis  namun sesetengah individu suka akan karya ini. Ada sesetengah pendapat yang mengatakan lukisan ini menarik dan ada yang mengatakan tidak.Ini kerana pada zaman lukisan ini dihasilkan, pelukis ini dianggap gila ekoran daripada kehidupannya yang seringkali di timpa pelbagai masalah konflik jiwa.Bagi saya lukisan ini sangat menarik. Walaupun lukisan pada waktu malam sebegini sepatutnya dalam keadaan yang tenang dan damai namun pelukis berjaya mencipta kelainaan. Bagi saya lukisan ini menggambarkan perasaan marah kerana apabila terpandangnya lukisan ini kelihatan begitu kasar, dan melambangkan sifat yang agresif.


 disediakan oleh :
 Noor Fadhilah (IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)

***free to copy***

No comments:

Post a Comment