follow me....

Sunday, May 29, 2011

10 final words

Day Ten : 
10 final words
 
aku mahu berjaya dalam hidup serta disinari kebahagiaan dan keberkatan

Saturday, May 28, 2011

10 ways to win your heart

Day Nine : 
10 ways to win your heart
  1. Kalau lelaki x galak
  2. Kalau perempuan x gedik...
  3. Friendly
  4. Sempoi leh sembang2
  5. Caring
  6. Boleh sharing
  7. tidak memaksa sebab saya tak suka di paksa...
  8. Senyum bila berjumpa..sejuk rasa hati tengok org tu...terutamanya dalam maktab ke apa ka...
  9. Belanja makan sea food kat tepi pantai....hahhahaa
  10. jadi la diri sendiri..tak suka hipokrit...

Friday, May 27, 2011

10 of favourite songs


Day Eight : 
10 of your favourite songs
lagu pa ye aku suka...
  1. Lagu anak ayam..aku suka nyanyi lagu ni bila bosan.."anak la ayam, anak ayam turun 10, mati seekor, mati seekor,tinggal sembilan..then stop
  2. Lagu mak aku nyanyi..cam ni..."cak cak gobek cuk midin la cuk mitan, beli la sekeghet buat la manisan..ti ti ti ti, jatuh telaga buruk"...ala2 bes o men lagu ni
  3. My destiny
  4. Can fight the moonlight...sebab masa skolah suka nyanyi ngn geng...
  5. Tiara
  6. Lagu kanak-kanak  lagi..gajah menari....
  7. Never say goodbye
  8. Ku pendam sebuah duka
  9. wajah kekasih 
  10. ada lgi satu lagu lupa nama dia..lam keta kat kg slalu dengar...

Thursday, May 26, 2011

i'm fre


yeaahhhhhhh...
akhirnya exam dah habis..
pagi tadi tamat lah peperiksaan aku untuk semester...
hurmm aku ada lagi 3 semester lagi nak tamatkan pengajian..
sem depan aku bakal praktikum di SK Mantin...
ok bye...sekarang nak siapkan album..ada majlis persaraan en Kamal..
malam ni nak kemas barang..esok pindah rumah..yea............

Wednesday, May 25, 2011

10 important people

Day Seven : 
10 important people

nak 10 ke??mana boleh sebab family saya saja dah bopa org..adik beradik 9..campur2 dah 22org...grrrrrrrrrrr...
so saya buat ikut cara saya ye.....

  1. My parents...Mak n arwah ayah...
  2. My sibling....9 org tu..abg,kak,ani,jet,ida,cik,im,aku, adik
  3. My nephew n niece....afiq,mirul,angah,syifa,aiman,anis,afif,auni
  4. My sister n brother inlaw....
  5. My love....adam
  6. my besfren from school
  7. My elianto
  8. My classmate..KAMI
  9. CIkgu2 sekolah rendah..menengah...diorang yg bagi ilmu kat aku..
  10. Pensyarah..

Monday, May 23, 2011

SEJARAH SENI LUKIS BARAT

hurmmm...sem ni amik subjek apresiasi seni..jadi belajar la pelbagai aliran seni..nota x susah sangat nak cari tapi sikit je yag dapat melainkan ada buku rujukan...jadi sedang mengodek folder untuk siapkan assignment bulan lepas aku jumpa tugasan aku masa pra-ijazah dulu..so amat berguna kepadaku untuk study..jadi aku pun nak kongsi la dengan rakan-rakan....selamat membaca....panjang lebar tau 

SEJARAH SENI LUKIS BARAT

Sunday, May 22, 2011

10 items I can't live without

Day Six : 
10 items I can't live without

  1. Makanan..paling kurang pun junk food
  2. Minuman
  3. Money ...
  4. Handphone....
  5. Tempat tinggal..xkira la hostel ka rumah ka..yg penting ada tempat nak tido nak mandi nak macam2...
  6. Latop...penting nak online n wat assignment...
  7. Pakaian dari hujung kepala samapi hujung kaki
  8. Perfume..macam busuk je xpakai perfume..hahahaha
  9. Pen dan buku...nak mencatata nak menconteng.....
  10. Kad Bank...dimana mau cucuk duit kalau hilang oiii....

Saturday, May 21, 2011

NUR KASIH......apa kata saya??

yeaa...dah tengok dah nur kasih..bila dah tengok mesti la ada komen2 ckit kan...biasala setiap karya ada kelemahan dan kebaikan sendiri...


kelebihan :
  1. watak2 dalam cerita ni memang bes dan tak da masalah pun berlakon....
  2. mak aidil..memang wujud sifat keibuan yg berjaya buat aku sedih sebab ingat dekat mak di kampung....
  3. aku suka watak Ilias anak kepada aidil...memang menjadi la dia belakon dan berjaya membuatkan aku sedih
  4. watak aidil xpayah nak kata..memang terbaik...begitu dalam kasih sayang dia terhadap isterinya alia....
  5. watak mamat....suka dengan watak yg mengetengahkan kisah remaja kini...yg berubah dengan pendekatan berbeza...paling suka part dia tnya adam "kalau bagi yang sayang sikit boleh"...sebabnya adam ajar kalau nak sedekah bagi barang yg paling kita sayang....hehehhe..lawak then dia bg cd kat adam sebab cd tu dia sayang sikit...
  6. watak hassan..hehehe wujud unsur kecindan pada wataknya
  7. jalan cerita bagus!!

kekurangan :
  1. banyak part yg telah disekat feeling..contohnya part adam sarungkan semula cincin..aduss panjang sikit lg....sebabnya masa Nur jumpa adam tu dah memang sedih skali datang di hassan wat lawak then sedih n kena potong...alaaaa............
  2. part adam melukis nampak sangat penipu....nak plak yg tengok ni budak2 psv yg dah nak muntah wat catan...atleast letak la ckit warna kat berus n calit pada kanvas biar la nampak palitan warna tu...
  3. ada suara yg kurang jelas...paling ni part aidil datang kat hospital cakap "ada penderma"..kawan aku 2 org kat sebelah ni xdengau langsung...hahahha
  4. ending dia agak kurang jelas ckit cara penceritaan ...macam sarat sgt....mybe dia gabungkan dengan masa tua...kira flashback ni agak keliru mybe
 hurmm tu je la kot...tak kan nak plak komen pasal penyuntingan bagai kan...malas ah....

nak naik unta....alalala.....
walabagaimanapun cerita ini sarat dengan penyampaian mesej yg perlu dihayati oleh setiap insan...

  1. Kasih sayang  seorang suami kepada isteri...part ni ketara pada aidil masa dia nak masukkan baju dalam almari  tapi terbayang isteri dia datang n tolong bila sedar xda...jatuh tersungkur dia...Ya Allah....
  2. Kepentingan "lambang/tanda" sesuatu hubungan...dalam ni cincin...betapa adam sanggup pergi mencari semula cincin yg hilang dari jari amina...
  3. diri seseorang perlu bersih dari dalam bukan hanya indah pada luaran dengan pemakaian....ini fokus kepada remaja...remaja zaman sekarang memerlukan pendekatan secara mudah xperlu memaksa2 untuk melihat perubahan mereka..mereka akan berubah dengan perlahan-lahan....seperti yg dilakukan oleh adam...
  4. Kasih sayang seorang anak kepada ibunya...ni watak ilias...aduhh sedihnya....
  5. Kesetiaan seorang isteri disisi suami...
ala banyak sangat mesej dia dan aku dah malas nak tulis...ni yg paling aku dapat serap dalam diri aku la kira....

kesimpulannya...dari cerita ni satu mesej yang aku ambil untuk terapkan dalam perhubungan cinta aku part cincin tu...baru aku sedar kenapa adamku bukan adam nur kasih ye ni adam hushaini setiap kali aku jumpa mesti akan pandang cincin pada jari aku...rupanya betapa pentingnya cincin tu pada hubungan kami...macam tu jugak bila ada cincin lain ada di jari aku dia akan tanya berulang kali kenapa beli cincin lain...sebenarnya aku memang sayang cincin n pelik kalau xda kat jari ni...tp bila dengan cerita ni baru akan faham perasaan lelaki bila something yg berharga diberikan kepada kekasihnya mereka begitu berharap ia akan kekal disisi....

meh dengar lagu ni sikit....


10 wishes

Day Five : 
10 wishes
 
 
  1. Aku dapat g mekah menunaikan  haji di awal usia 30an-40an....ya Allah indahnya bumimu disana....
  2. Berilah keberkatan hidup kepada Mak dan keluarga kami dan Ayah tenang berada di alam sana...
  3. Aku dapat grad degree dengan keputusan cemerlang..insyaallah 
  4. Aku dapat pakai set cadar baldu kale emas daripada Mekah yg digunakan untuk membaringkan jenazah kaku ayah semasa pemergiannya
  5. Aku mendapat seorang suami yang soleh dan dapat membimbing aku dan memenuhi setiap ruang hidupku dengan kebahagian dan keberkatan hidup bersama...
  6. Aku dapat menulis sebuah novel..watak dalam tu aku nak berkisah tentang kehidupan suka duka aku 5 tahun setengah di IPG atau masa remajaku...kira ala2 novel 5 TAHUN 5 BULAN karya Hlovate...
  7. Akan sambung master n PHD..nak peringkat tertinggi....
  8. Duit gaji aku setiap bulan kena disedekahkan atas nama Arwah ayah sebab aku belum sempat membalas jasa ayah menggunakan gajiku
  9. Ada sebuah mini library di rumah sendiri..dalam tu ada novel n semua buku2 aku....
  10. Aku menjadi seorang guru yang disayangi kerana ilmu yg disampaikan kepada mereka....

Friday, May 20, 2011

10 things I want to say to one person

day four :
10 things I want to say to one person



aku nak cakap pada si dia la....
jeng!!malu2..gediiiiikkkkkkkkssssssss...........
klik di bawah!!

SELAMAT HARI BAPA...

hari ni hari bapa...
tapi aku memang la x wish...ayahku kan dah kembali kerahmatullah...
so malam ni aku sempat sedekahkan bacaan yasin...
doa aku semoga roh ayah sentiasa aman di sana...
aminnnnnnnnnnn

rindu plak ayahku..ayah memang baik hati..sepanjang usia aku ayah sangat tabah mendidik kami..ayah tak perlu tetap sebarang peraturan..tapi kami buat sndiri ikut norma..jadi anak-anak ayah tak pernah kena marah..patah lagi tengking.....sepanjang hayat aku bersama ayah sehingga umur 20 tahun aku tak pernah ditampar, dipukul dirotan mahupun apa2 yg kasar2...tapi kami tak pernah mengambil kesempatan...kami faham sendiri bila ayah penat..bila ayah tak suka apa yang kami buat...bila dia x suka mukanya lain...matanya merah...so kami dah paham...dia akan cakap kat mak untuk tegur kami...so inilah ayahku.....

terima kasih kepada ayah yang telah memberi ilmu kepadaku....dengan didikan ayah ..aku berjaya khatam al-quran di usia 9 tahun dan 3 kali khatam di usia 10 tahun dah 3 kali aku khatam..syukur tak terhingga....teringat ayahku bila kami nak keluar mesti dihulurkan wang..katanya kami belum kerja mana nak dapat duit..jadi sampai sekarang mak mesti teruskan amalan ayah tu sebab ayah selalu pesan kalau mak ayah x bagi macam mana anak-anak nak beli barang..hehehe..TQ untuk semua ni....

kepada bapa2 diluar sana selamat hari bapa..
jadilah seorang bapa yg melindungi keluarganya...
jadilah ketua yang adil...

kepada anak2 hormatilah bapa anda...
sebelum anda terlambat...

ulangkaji PSV3110


1. 3 peringkat zaman Renaissance:
i) Zaman Awal
ii) Zaman Kemuncak/kegemilangan
iii) Zaman Akhir

2. Kenalpasti 3 reaksi fahaman Mannerisme thdp seni zaman Rnaisan:
i) X mgambarkan kesempurnaan dan keunggulan ttpi kekalutan & kacau bilau
ii) Subjek digambarkan penuh kekaburan.
iii) Menidakkan ciri2 seni Renaissance yg tertib, seimbang dan harmoni.


3. Pbezaan utama aspek pgolahan imej antr gaya ekspressionisme dgn abstrak eks.:
i) Ekspres- imej subjek dpermudah’n ttpi dpt dikenalpasti.
ii) Abstrak- imej subjek dimujaradkan sehingga x dpt dikenalpasti.


4. Terangkan 3 ciri2 arca instalasi:
i) Dibentuk oleh idea yg diluahkan mllui objek dan ruang.
ii) Bermaksud pemasangan @ jga disebut arca persekitaran.
iii) Melibatkan komponen2 yg melengkapkan arca.


5. 2 perbezaan utama aliran naturalistic dan non-naturalstk di Malaysia:
i) Naturalistik- Penyampaian dan p’olahan imej yg disampaikan jelas, dkenalpasti dan realistik.
ii) Non-naturlstk- Idea penyampaian yg bebas dari segi media, teknik dan olahan imej yg sukar dikenalpasti.


6. Nyatakan 2 ciri yg terdapat pd artifak tsebut:
i) Diukir sepenuhnya dgn tulisan Jawi yg berkaitan dgn agama Islam.
ii) Bertarikh 1303.

7. Huraikan 3 fungsi tradisional kain pua dlm msyrkt Iban:

i) Upacara pnyembuhan-diikat pada ukiran kepala burung kenyalang.
ii) Perkahwinan-digantung di dinding utk mhias ruang.
iii) Kematian-menutup mayat semasa di rumah
iv) Kelahiran bayi – untuk mbalut bayi dan ibunya.

8. Bgmna unsure makhluk bernyawa berlaku dlm seni Islam:
- Diperoehi dari wilayah2 yang ditakhlukinya sperti Parsi dan Byzentine.

9. Apakah unsure motif Moghul yg mpgaruhi unsur seni Parsi
i. Arca yg bergaya
ii. Batu-bata yg menonjol
iii. Makhluk2

10. Apakah tema dlm miniatur Parsi:
i. Puisi
ii. Syair
iii. Mitos


11. Bgmna format catan miniature Parsi:
i. Manuskrip
ii. Tidak mpy landskap, ruang
iii. Berdasarkn sudut pndangan horizontal.


12. Perbezaan catan Turki dan Parsi:

13. Huraikan ciri2 catan miniature oleh Behzad:
- Cuba mncari kelainan yg mana figura yg x bernyawa mahu dihidupkan kerana pengaruh Barat menular dalam kesenian Islam.

14. 2 bukti kehadiran awal pgruh Hindu dan Buddha di Malaysia:
i) Motif loceng, gajah dan gendang
ii) Arca Terracota – Kelantan
iii) Lukisan gua di Gua Cha, Kelantan.

15. 3 aspek yg boleh mempengaruhi pengukir dlm pghasilan ukirannya:
i) Adat resam
ii) Geografi dan persekitaran
iii) Agama


16. Kepercayaan msyrkt Iban ttg motif rusa yg ditenun pd kain pua
- Kejayaan , kekayaan, tuah semasa memburu

17. Sjauh manakah seni India dikatakan mengutamakan usnur2 fizikal sebagai ciri2 utama dlm karya seni?

i) Unsur dekoratif, rumit dan berlebih-lebihan
- Utk mgambarkan lukisan.
ii) Melebih2kan gerakan dan menokok tambah tgn pada figura bagi menimbulkan mood spy lebih bkesan penampilannya.
iii) Imej2 dewa keagamaan @ ketuhanan yg dihasilkan dlm btk arca 3d.
iv) Mggabungkan btk manusia dan haiwan seperti gajah dan monyet.
v) Mengaplikasikan @ menampilkan imej drpd unsur2 meditasi dlm sifat maujud.


18. Jelaskan ciri2 catan landskap China:
i) Tdk meniru btk alam scr realistic
ii) Subjek: keindahan alam dan landskap
iii) Buddisme mpkenalkan idea meditasi dgn pgunaan garis lingkungan, perseimbangan dan nilai ruang kosong.
iv) Catan awal menampilkan persoalaan keagamaan dan kemudin berkembang kpd potret dan landskap.

v) Format : berbentuk skrol potret dan memanjang.
vi) Interaksi harmoni dengan alam menterjemahkan falsafah.
vii) Konsep YinYang mjadi teras catan iaitu keseimbangan atau kekuatan dan kelemahan.
viii) Pgunaan ton warna yg terhad.


19. Berdasarkan karya bertajuk Fishing Net, Yeong Mun Seng, jelaskan peringkat pertama teori Panofsky:
- Mgambarkan jaring ikan yg sedang dijemur di tepi pantai di bawah cuaca yg cerah. (2m)

20. Nyatakan 3 peringkat teori apresiasi Edwin Panofsky:
i) P. awalan
ii) P. prtghan
iii) P. makna dalaman.


21. Huraikan peringkat analisis Edwin Feldman, melalui karya The Haji Family
- Mgkaji dr segi organisasi dibuat-buat.
- Prinsip seni
- dibuat menggunakan teknik cetakan sutera sbg landasan karya.
- Menampilkan rupa figura yang jelas.
- Keturunan baba dan nyonya (dr segi pakaian) di sampung figura Melayu.
- Watak Haji yg duduk di tengah menggambarkan beliau sebagai ketua keluarga.
- Warna yg digunakan meninggalkan kesan.
- Gambar kenang-kenangan.
- Plbagai identity budaya.
- Menggambarkan berlakunya asimilasi.


22. Kesan pengaruh Islam ke atas olahan dekorasi kaum Melayu:
i) Motif kosmos
ii) Tiada motif figura.

Thursday, May 19, 2011

10 things i hate


Day Three : 
10 things you hate
 

  1. kena buat sesuatu secara paksaan
  2. bil telefon kena sekat
  3. bila henset bateri kong
  4. lipat baju.."xsuke"
  5. pagi-pagi bau toilet asrama....wek!!mau muntah
  6. tiket bas habis
  7. kucinng yang terhegeh-hegeh menyendel kat kaki...nak sepak berdosa..so biarkanlah
  8. budak pompuang yg pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek n lengang singkat mcam nak nmpak ketiak
  9. orang yang tanya benda yang sama berulang kali....
  10. p kedai makan n makanan dia hampeh seperti kafe...

Wednesday, May 18, 2011

10 things i love

Day Two : 
10 things I love

  1. novel...i memang suka gila
  2. ketam masak lemak nenas...perggg terbaik la...
  3. sikat putih + pink..aku guna sikat ni dari darjah 4 smpai sekarang
  4. bantal busuk...guna dari kecil then bila masuk asrama mak renovate ckit jadi bantal pluk bulat...since drjah 4 smpai sekarang masih menggunakan sarung mickey mouse yg sama..
  5. teddy bear cream pemberian si dia.....dulu x suka beruang..lani suka dah...
  6. album....koleksi gambar aku n kawan2 sekolah
  7. sijil SPM...sebab result bajet gempak...keputusan ni byk bantu aku untuk masa depanku...
  8. gadgetku yg uzur...n70 dan latop compaq yg dah rosak..walaupun rosak tersimpan kemas dalam almari..sayang ooo beli guna duit sndiri kot...
  9. cincin silver di jari manisku....
  10. cuti...nikmatnya cuti leh pulang ke kampung.....aku suka membilang cuti....semua tarikh cuti sila tanya pada aku...

    Tuesday, May 17, 2011

    10 things about me


    Day One : 
    10 things about me

    1. fizikalku kecil ajo...a.k.a bajet comel mybe....hhhahaa...ok serius aku memang kecil n halus mulus gitu..sampaikan bila aku ditakdirkan jadi guru org akan mempertikaikan saiz aku...so kepada org2 kejayaan seorang guru bukan bergantung kepada saiz ya...mengambil pepatah dari kakakku "biar kecil macam semut sebab semut dapat lalu di jambatan sempit or luas, tapi kalau gajah belum tntu dapat lalu jambatan sempit"..lalalala
    2. suka baca novel ...ishh memang gila novel...tapi kegilaan hanya muncul bila masa lapang..bila dah stat baca dalam masa 5 jam pun leh habiskan..yg pasti akan sewel sebentar sebab kejap gelak n nangis semua ado....
    3. aku bukan bujang a.k.a i'm not single but  i'm double (eh boleh ker cam tu)...tapi belum berkahwin..belum bertunang...insan bertuah tu adalah kawanku dari f1..kami mengkaplekan diri since f5 until now..alhamdulillah syukur
    4. aku tegas + suara lantang..cakap tu straight je no belok2.... tp cakap agak laju...sapa mula tengok aku memang nampak muka belagak tp bila dah kenal i gila2 u n mesra ajo ....kakakkaa....
    5. Tak manja tp org kata aku manja...ni memang pelik...mybe sebab aku anak kedua bongsu..abg2 n kakak2 dah besar..so aku je yg masih blajar.....aku plak dipanggil maksu...
    6. sangat berdikari..dari darjah 4 duk asrama...
    7. suka pada masakan..tapi jarang masak mybe sebab dari kecil duk asrama....sekarang sedang mencuba pelbagai masakan...aku tak pernah belajar secara formal dari mak tp curi2 tengok ajo...
    8. sayang gila pada handphone walaupun sudah x sepertinya....bangun pagi tengok hanset..tido tengok hanset....yg pasti risau gila henset dicuri oleh abg2 n kakak2...kantoii...hohohoho...
    9. sentiasa berenam ..dari sekolah menengah geng aku enam org..aku..jirah ..dayah..wani...put n huda...masuk IPG pun masih berenam..aku..jaj..intan..im..intan..tasya n pika...SIX FOREVER....
    10. bakal jadi guru dan bukan akauntan...kakakak..dulu berangan nak jadi akauntan,..dah masuk matriks tapi gatai keluar...padan muka...
    so ni la yg dapat aku listkan pada masa ni sekadar mengisi masa rehat aku...jadi aku panjangkan tag ni kepada sesapa saja yg membaca entry ni....

    10 THINGS..

    aku mendapat tag dari rakanku cypol..dia pun mengebas dari blog   http://nunuijoe.blogspot.com

    tag mengenai 1O THING n perlu dijawab dalam 10 hari..oh ok...
    Day One : 
    10 things about you

    Day Two : 
    10 things you love

    Day Three : 
    10 things you hate

    Day Four : 
    10 things you want to say to one person

    Day Five : 
    10 wishes

    Day Six : 
    10 items you can't live without

    Day Seven : 
    10 important people

    Day Eight : 
    10 of your favourite songs

    Day Nine : 
    10 ways to win your heart

    Day Ten : 
    10 final words

    Dan 10 THINGs ini bermula pada hari ini.
    (^^)

    GOOD LUCK

    sempena exam ni aku nak wish GOOD LUCK pada diriku,my love, my elianto...n all my friend....

    Monday, May 16, 2011

    SELAMAT HARI GURU

    SELAMAT HARI GURU...kepada guruku di SK KUALA KETIL, SEK MODEL KHAS BALING, pensyarah matrikulasi Perlis, Pensyarah IPG kampus raja Melewar...juga kepada mak ayah aku selamat hari guru ustaz n uztazah... 3 org kakakku yg sudah bergelar guru...kepada aku yg bakal bergelar guru...kepada my love jugak yg bakal bergelar guru..kepada rakan-rakan seperjuangan di IPG....huh!!penat wat ucapan...

    seperti yang kita tau..16 mei merupakan hari guru yg disambut di Malaysia.....sebenarnya semua negara ada hari guru cuma tarikhnya berbeza..contohnya di cina pada 10 september..amerika latin 11 september , india 5 september dan banyak lagi la...

    apa ada dengan hari guru ni ye??

    sebenarnya ia merupakan penghargaan kepada guru.... hari guru ni hari meraikan guru dimana kat sekolah adalah sambutannya..ada persembahan, permainan dan sebagainya..yg wajibnya hadiah hari guru wajib lah bertimbun terutamanya guru feveret la kan....
    google search...contoh la hadiah cg2 dapat kan...

    apa yg aku suka dengan hari guru???

    hurmm aku paling suka lagu "kami guru Malaysia"...dari sekolah aku memang suka lagu tu..bila cg bangun n berdiri menyanyi aku akan semangat nanyi bersama walaupun memang comfirm sora x sedap...bagi aku lagu tu macam ada sesuatu..nak plak bila dah masuk jadi guru pelatih aku memang lagi suka la...rentak dia tu bes...

    mari kita dengar jab!!



    bila hari guru ni jugak akan berkumandang jugak sajak yg paling glamor...nak tau apa? Guru oh Guru oleh Usman Awang....sajak ni  membawa makna yang besar kepada warga pendidik. Mungkin kita tidak pernah atau jarang menghayatinya.  Mudah-mudahan ia akan menjadi pendorong kita untuk menjadi guru cemerlang sepanjang perkhidmatan.

    Berburu  ke padang datar
    Dapat rusa berbelang kaki
    Berguru kepalang ajar
    Ibarat bunga kembang tak jadi

    Dialah pemberi paling setia
    Tiap akar ilmu miliknya
    Pelita dan lampu segala
    Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


    Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
    Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
    Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
    Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


    Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
    Jika hari ini seorang ulama yang mulia
    Jika hari ini seorang peguam menang bicara
    Jika hari ini seorang penulis terkemuka
    Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


    Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

    Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
    Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
    Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
    Dia adalah guru mewakili seribu buku;
    Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
    Semakin bererti tugasnya kepada negara.


    Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
    Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
    Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
    Menjadi kenangan ke akhir hayat.


    USMAN AWANG
    1979


    cuba la anda baca dan hayati..kalau dak kelas PSV  memang sensitif dengan sajak ni sebabnya terkenangkan kenangan masa minggu orentasi pelajar baru..ni la salah satu pengisian persembahan kami..hehehe..dengan iringan lagu warisan dua org rakan kelasku mendeklamasikan sajak ni.....hahahhaha...aku ingat sampai bila2 kot...

    wah panjang lebarkan kisah hari guruku...
    ada lagi sikit..sebenarnya lagi panjang pun leh aku cerita tapi dah malas taip...dengan ini ada sedikit ucapan penutup..
    saya cg fadhilah!!

    aku pun bakal guru..jadi aku berharap aku akan menjadi guru terbaik buat anak didikku..aminn..

    Sunday, May 15, 2011

    HAPPY BIRTHDAY KAKAKKU

    hepy besday kepada kakakku..aidawati...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...
    malas tulis panjang...ni buat2 rajin edit gambar ja...

    aku bosan dengan itu!!

    hurmmm aku sekarang dah bosan dengan soalan " bila mau tunang?"..bila mau kawin...

    aku sering dihujani dengan persoalan ni daripada teman2...kalau teman IPG mungkin diorang kurang bertanya...

    walau sejuta pertanyaan yg datang..aku hanya mampu menuturkan,,,


    INSYAALLAH kalau dipanjangkan jodoh..

    selesai study degree soal perkahwinan akan aku fikirkan..buat masa sekarang aku masih muda..aku mau habiskan masa bersama kawan dan my family secara habis-habisan....biarpun org kata masa kawin boleh buat semua tu tapi aku tetap merasakan tidak...aku ada visi dan misi aku sendiri.....

    Saturday, May 14, 2011

    akhirnya bertemu jua

    Alhamdulillah syukur…akhirnya bertemua jua rumah sewa...

    Nak tau sem depan aku duk luar…sem depan budak junior ambilan baru ramainya nak masuk…wah ramai ye berminat masuk IPG..tahniah..kesan daripada itu..akak2 n abg2 senior bakal tercampak tinggal di luar…jadi aku n the geng tak nak la dicampak2 ni sakit rasanya bila sesuatu datang dengan terpaksa..jadi kami berenam bersepakat mahu tinggal di luar…

    Nak duk luar memang seronok..TAPI…nak cari rumah..ya Allah ya tuhanku betapa susahnya..betapa runsingnya..betapa penatnya…..
    Untuk memperolehi sebuah rumah memang susah..sudah sekitar sikamat kami merayau…

    Dari sri pulai 1, 2 ,3
    Taman Pulai Impian
    Taman Pulai Perdana
    Warisan pUteri
    taman desa beringin
    Taman pinang gading
    Taman tunku Kurshiah
    Taman Desa rhu
    Taman Desa Kiara…
    Taman indah…

    Dan entah mana lagi taman yang tak tersenarai……..

    Survey di Pulai Perdana memang menarik ..ada security guard lengkap..sewanya  800 yg kami dapat..aduss cancel…dapat lg sorang owner tp smpai sekarang x call balik..CANCELL

    Pakgad india tolong cari rumah kat taman indah..rumah besar…kosong…3 bilik 1 bilik air..tp owner india..n agak mendesak..so cancel…

    Rumah dekat Pulai 3..besar tp 750..CANCEL…

    Rumah dekat pulai impian ..besar 2 tingkat..4 bilik…tp xda no pun yg ditinggal…CANCEL
    Warisan puteri..sewa 500..3 bilik..full furniture…ni je la yg terbaik..dah survey n tngok luar..OK la..walaupun jauh..malangnya owner call cakap bulan 7 baru leh masukk..aduhh masalah lagi..

    Kami memikir dan terus memikir…

    Akhirnya satu malam kawan kami lelaki cakap dia nak duk taman angsana..so kami pun sibuk g tengok gak taman angsana..oh di sini rupanya taman angsana..dalam hati masing-masing agak berminat dengan taman ni…TAPI masa round xda kosong…

    Paginya aku mesej rakan dari kelas lain tnya pasal taman angsana..sebab dengar cerita budak kelas dia duk di sana..so klu diorang ada no kami nak jugak sebab dekat…then dia pun bg satu no umah ni sebba dak kelas dia cancel duk ctu..kami pun mula la call n owner bersetuju nak bagi  tengok n petang tu jugak kami berjumpa…

    Dah sembang2 masuk lam umah..semuanya OK…lasnya kami semua SETUJU…jadi kami dapatlah rumah…harganya RM450..kami duduk berenam..kira ok la kan...

    masuk dapur..wah menarikk!!
    ni la keseluruhan rumah kami
    Selang dua hari owner datang untuk cat grill n dalam umah..so kami pun membantu..kat cni kami serba sedikit mengenali owner ni..rupanya dia seorang yg prihatin…dia nak pasang kipas dalam 2 bilik tidur yg lain..so jimat duit kami x yah beli kipas sendiri..then dia nak pasang pemanas air dalam bilik air..TQ uncle…

    Lepas cat kami dibawa plak minum petang di PIZZA…katanya sebagi terima kasih tolong dia cat..padahal kami cat ckit je pun…hehhee…

    TQ uncle..kami sangat beruntung..inilah rezeki yg diberikan kepada kami berenam…
    Jadi kami akan ingat pesanan uncle untuk jaga rumah ni…duit tanda dah diberi kunci mybe minggu depan setelah deposit setel…

    So nantikan la kisah umah sewaku yang diberi nama “VILLA ELIANTO”……