follow me....

Sunday, May 27, 2012

happy holiday


YEAH!!HOLIDAY........

sempena cuti mid sem ni aku n fren memberikan reward pada diri sendiri....bercuti di langkawi...27-30 MEI 2012....

HOYEAH!!!

semoga perjalanan kami ke langkawi selamat dan percutian kami diberkati olehnya...Amin

SELAMAT BERCUTI SEMUA!!HAVE A NICE DAY!!

Azni & Wan Wedding

semalam pergi majlis perkahwinan azni n wan..huhh jauh perjalanan...memenatkan...

dari seremban ke tangkak(umah mira) then ke bandar tenggara...

tahniah azni n wan yg cun melecun






ok BYE2

Friday, May 25, 2012

TAMAT SEM 7

yei..semalam 24 mei 2012 las paper PSV 3113-Penyelidikan Tindakan I..setelah bertungkus lumus akhirnya tamatlah pengajian sem ni...aku redha dengan markah n pointer yang bakal tiba...kira padanlah dengan usaha yang aku buat....aku dah usaha banyak tu mestilah ganjaran pun banyak tu jugak kan!!hehehe

lepas abis exam sempat lagi beramah mesra ngn classmate..kan dah las...so mesti dah tak jumpa...
sebelum balik sempat jugak g amik asigment AR yang dah dihantar sebab lec suruh potostat tuk wat rujukan apa yang perlu di tambahbaik...hurmm dapatlah tengok mrkah AR...nasib markah penilai ke-3 aku ok...alhmadulillah masih berada pada tahap A tapi bukan A+....tapi dah cukup berbaloi kira padan la dengan usaha aku yang x berapa nak faham sangat wat AR ni....

sebelum balik kami sempat merakamkan gambar dengan classmate....

kebetulan aku pakai baju sama dengan Nina... 




lepas snap dengan nina mestilah dengan yang lain plak kan....yeah!!!

ni aku combinekan gambar...malas nak update satu2...

OK cukup setakat ni..BYE2...hari sabtu ada majlis persandingan Azni & Wan dekat Kulai...pasti ada gambar lagi,...

Wednesday, May 23, 2012

OH SEDAPNYA!!


NYUMMMMMMMMMM....sedapnya....terliur....

sebenarnya aku puasa arini dan aku x bangun sahur....waaaaaaaaa!!!

oh sedapnya ayam bakar di atas...oh my siblings jom wat lagi upacara membakar.....

Tuesday, May 22, 2012

BAJU RAYA LAGI!!


lagi baju raya..sponsor by kak cik...wah!!wah!!

corak digital print

dia send pic kat hset....nanti balik tengok baru pilih nak yang mana...ada 3 jenis warna biru ..corak sama.....taun ni pakat main corak sama ni.....slalu warna yang sama...kali ni amik kau..skali p kedai tu kira clear la corak kami balun..

AHLAN WASAHLAN REJAB

REJAB dah datang kembali....sebagai mukmin kita patut mengenali bulan ini dengan mendalam..

jom kongsi kelebihan bulan ni ..


Monday, May 21, 2012

HEPI BESDAY INTAN


today is 21Mei 2012....

yeahhh!! besday intan....my friend kat ipg......

kepada intan...
  • selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-23..
  • semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....
  • semoga menjadi isteri yang solehah
  • take care of your baby...
  • semoga sentiasa mendapat keberkatan atas setiap apa yg dilakukan 
  • semoga berjaya di dunia dan akhirat.....

aku dah buat kat khas tuk ko....

ikhlas daripada: preety girls of elianto

MOOD DAH MAI


wuhuuu..

jam 3.00 am
dah lewat saya masih belum tidur....

malam ni tiba2 ada mood nak study...setelah setel exam B&K hari khamis ni last paper PSV 3113-PENYELIDIKAN TINDAKAN I...

hehehe...sedang gigih...dah sampai bab 3 pun....
buku dan nota bersepah..rambang mata nak rujuk yang mana...
dah bosannn...

jom tido 

tapi dah nak tido sempat update blog kejap...jab g nak bangun sahur n sambung belek buku ckit sampai subuh...

Sunday, May 20, 2012

pisang kembar


OK tolong tengok pisang di atas dan buat perbezaan antara dua pisang tu..

bezanya adalah saiz....

actuallly pisang yang besar tu adalah pisang yang kembar...maksudnya 2 biji pisang tapi hanya satu kulit..kembar siam la ni


comel dan unik kan...nak makan pun sayang


Saturday, May 19, 2012

SEMOGA TERMAKBUL


jeng!!jeng!!

huhu tengah mengemaskini borang posting.....sedang tambah apa yang patut.....sekarang dah siap print 5 salinan beserta sijil untuk dihantar ke HEP...

yeah!!dah mau posting....
aku mletakkan harapan yang tinggi dengan memilih KEDAH, PERAK , PULAU PINANG...

harap2 apa yang aku inginkan termakbul oleh Allah...

aku memegang 1 prinsip semasa mengisi borang posting ni...

" untuk mengisi secara sukarela negeri sabah n sarawak or labuan sudah semestinya tidak TETAPI andai takdir aku ditempatkan di sana aku redha kerana aku yakin setiap apa yang diberikan oleh Allah ada hikmahNYA...."


OK BYE2!!
DOAKAN YANG TERBAIK BUAT DIRI INI

Thursday, May 17, 2012

Resepi Penang Char Kuey Teow

 nyummm!!

baru-baru ni ada try buat char kuey teow.....ni pun teringin sebab dapat tag dari epul (my classmate) pasal makanan ni...balik je sekolah terus cari bahan kat mydin....disebabkan poket pun xbrapa nak tebal beli barang yang basic je....ka mydin xda kerang so pakai udang sudah...

untuk pengetahuan semua nak buat penang char kuey teow ni biasanya orang sediakan paste dahulu...sebelum ni aku pakai masak macam keuy teow goreng tapi lebihkan air..kali ni aku ikut cara penang mari....

Bahan-bahan Untuk Paste
  • udan(ikut la nak letak banyak mana jgn over sudah)
  • air(ikut logik)
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil  kicap pekat
  • 3 sudu besar  kicap manis
  • 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil gula
 
 
Untuk Mee
  • 300 gm kuey teow(aku guna 2 bungus keuy teow yg bli kat mydin)
  • 2 senduk cili kisar
  • kerang-tak letak
  • taugeh 
  • kalau ada kucai letak la...
  • kalau ikut kan letak 2 bijik telur tapi aku letak 4 biji sebab telur gred D kecik...

Cara-cara 

untuk masak paste

  1. Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang...
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

***macam aku guna habis...malas simpan2


untuk masak keuy teow

  1. Tumis lada boh hingga garing.
  2. Masukkan dlm  paste tadi. 
  3. Masukkan udang yg telah direbus tadi dan  kerang. 
  4. masukkan air plak...kan penang char keuy teow berkuah...
  5. Bila  air mendidih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. 
  6. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer, pastikan api kuat semasa memasak.

percubaan memasak ni menjadi la jugak...aku masak untuk 6 orang so kelam kabut ckit la...aku malas nak masak satu demi satu...jadi sekali harung ja semua....


 untuk 6 orang makan....my lovely BFF

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK DI SELURUH MALAYSIA...

jom layan lagu dibawah

Wednesday, May 16, 2012

dking



Ha masa minggu study week aku sempat menerjah D’King Mee Udang Banjir….kedai ni terletak kat simpang 4 giant sungai petani...lepas masuk tol sp selatan tu...hurrmm memang bes la rasanya….dekat cni sebenarnya bukan ada mee udang saja walaupun nama restoran ni highlight pada mee udang…ada plebagai hidupan laut yang fresh…kita boleh pilih n minta diorang masak…dari segi meja semua memang selesa...nak tuk family ka apa ka ada....toilet n surau pun ada....masa aku tengah makan tu siap dah masuk maghrib..so semua pengunjung diingatkan tentang masuknya waktu solat oleh pekerja restoran ni melalui pembesar suara...


Yang besnya bila korang nk oder mee udang the all akan tnya udang nak udang bela or udang laut…so kompem la aku pilih udang laut walaupun harganya tinggi ckit…yang penting puas kan……masa aku g makan tu nak oder udang tepung tapi chef dipartment menggoreng tepung tu xda lak...katanya 2 orang chef xdatang.....


jadi aku oder mee udang banjir (udang laut) + sotong warisan ke apa namanya ntah....menurut waiter ni sedap makan dengan mee ni..so amik ja.....rasanya memang not bad.....

ni la isi yang ada dalam mee udang ni...cukup rasa..kuah tak cair sangat...kira bes la....


zooommmmmmmm.....ni dia udangnya 

untuk keterangan lanjut layari ye laman web http://www.dkingseafood.com/



Tuesday, May 15, 2012

RAYA OH RAYA


JENG2!!

cantik x kain2 pasang di atas....ha ni adalah baju raya aku,kak cik n adik...actually ak pn x tau ni bju raya keberapa sebab kak cik pun kata dia nak sponsor baju raya bertema..then kak ani pun mesej ajak cari baju raya...so malas cakap banyak ikut saja....then sampai kedai pilih nak yang mana...walaupun masih bingung ngan adik baju raya ni untuk apa plak..kami ambik ja baju yang paling baru sampai di kedai ni...ikut perancangan baju raya tema biru or dark purple...so yang ni pakai ja bila masa pun...dah siap tempah hujung bulan ni amik....YES!!leh tambahkan koleksi baju kurung  yang semakin membosankan untuk dipakai dalam almari tu...

Monday, May 14, 2012

JOM STUDY : Kemahiran Asas Kaunseling

wah exam bimbingan dan kaunseling...banyak jugak fakta yang perlu diingat....ada peta minda bagus jugak kan....

JOM STUDY PANTAS DENGAN SAYA 

saya ada peta minda yang dibuat tuk esaimen baru2 ni.....semuanya pasal kemahiran asas kaunseling...

Bahan dalam Peta minda bergambar ni di rujuk daripada buku
"  Bimbingan dan Kauseling oleh Choong Lean Keow(2010)  terbitan Kumpulan Budiman Sdn Bhd"

***klik pada gambar untuk lebih besar***

 Kemahiran Asas Kaunseling

 Kemahiran Melayan dan Mendengar

 Kemahiran Mengintepretasi Tingkah Laku Bukan Lisan 

 Kemahiran Memberi Tindak Balas

 Kemahiran Mengenalpasti Masalah

Kemahiran Melaksana Intervensi

OK BYE2

HAPPY STUDY!!

Thursday, May 10, 2012

let's START

dengan jayanya aku memulakan study agar setelah tarikh peperiksaan menjelang tiba...hari ni 9 Mei 2010..aik dah kul 12 lebih pon kira dan 10 mei........sambil2 tengok hindustan kuch-kuch hota hei aku study...lalala...
semoga diberkati ...
 
GOOD LUCK pada diri sendiri....15 mei 2012 ada exam EDU-BIMBINGAN DAN KAUNSELING 

 
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Sunday, May 6, 2012

Apreseasi Karya Pelukis BARAT Aliran Post Impressionisme(psv3110)




Vincent Van Gogh
The Starry Night (1889)
Oil on canvas 29” x 36/4”

                                   
“The Starry Night” hasil karya Van Gogh ini telah dihasilkan oleh beliau ketika menjalani proses pemulihan penyakit sawan. Catan ini telah dihasilkan berdasarkan pemerhatian beliau pada waktu malam. Beliau melukis suasana persekitaran bandar dan gereja tempat beliau menjalani proses tersebut.

Berdasarkan karya ini, apa yang dapat dilihat ialah suasana malam dimana langitnya dipenuhi dengan awan yang membentuk pusaran. Bintang-bintang pula berkilauan dan bulan sabit memancar cerah. Manakala dibawah kaki bukit kelihatan sebuah Bandar yang kecil. Bandar ini kelihatan  begitu aman. Di tengah-tengah Bandar ini terdapat sebuah gereja yang mempunyai ceracak diatasnya iaitu merupakan tempat pemerintahan yang terbesar berbanding bangunan-bangunan lain yang kecil disekeliling gereja ini.

Di sebelah kiri karya ini terdapat satu bentuk yang besar yang lebih besar melebihi saiz bentuk-bentuk yang lain. Bentuk ini merupakan pokok cypress. Pokok ini mewakili kehidupan masyarakat Eropah pada ketika itu. Pada masa itu, kebanyakkan pokok cypress ini akan ditanam di persekitaran tanah perkuburan sebagai tanda. Di kawasan kaki gunung juga terdapat rimbunan semak yang kelihatan sangat luas dan mempunyai pelbagai isi di dalamnya.
Penggunaan garisan dalam lukisan ini begitu menonjol terutamanya pada bahagian langit disamping titik-titik  untuk menunjukkan bintang. Garisan yang kelihatan adalah garisan melengkung, garisan berpusar dan garisan menegak. Pelukis telah menggunakan sapuan yang begitu agresif untuk meluahkan perasaan yang dialaminya ketika itu. Pada hakikatnya beliau ingin menunjukkan pergerakan awan namun disebabkan teknik sapuannya yang begitu agresif, pergerakan awan begitu menonjol sekali dengan garisan yang berpusar

 Dari segi penggunaan warna pula, warna yang asli serta bertindih digunakan. Beliau menggunakan warna yang pekat bagi mewujudkan kesan tekstur pada permukaan kanvas. Pelukis ini tidak menggunakan begitu banyak warna. Warna yang begitu ketara adalah warna biru. Terdapat penggunaan biru gelap dan biru cerah pada bahagian langit untuk mewujudkan suasana malam. Manakala warna kuning dan oren digunakan untuk bintang dan bulan untuk menampakkan cahaya yang memancar pada waktu malam. Warna pada bahagian lain seperti pokok cypress digunakan melalui tindihan warna biru gelap dan kuning untuk menampakkan warna seakan-akan warna kulit pokok.
Berdasarkan karya ini, aliran yang ditampilkan oleh pelukis adalah post impressionisme. Ini kerana sememangnya pelukis ini iaitu Van Gogh merupakan pelukis terkenal pada era ini. Ciri lukisan pada aliran Post-Impressionesme yang wujud pada karya ini adalah penggunaan garisan kontur yang jelas pada rupa dan sapuan berus yang tepat.  Selain itu pelukis pada aliran ini menekankan penghasilan imej-imej yang logik dan nyata. Ini sesuai dengan karya ini dimana pelukis menghasilkan karya ini berdasarkan pemerhatian terhadp keadaan sekeliling pada waktu malam.
 Kebanyakkan karya yang dihasilkan pada era ini juga merupakan luahan rasa dari hati terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya karya “ Starry Night” ini dihasilkan ketika pelukis menjalani proses pemulihan penyakit. Ini menunjukkan pelukis ini menggambarkan luahan hatinya dengan menggunakan suasana malam. Inilah yang menyebabkan lukisan ini begitu kasar sedangkan hakikatnya pada waktu malam adalah suasana yang sangat aman.

            Walaupun berdasarkan karya ini terdapat tokok tambah, tetapi ini mempunyai hubung kait dengan perasaan atau deria pelukis  namun sesetengah individu suka akan karya ini. Ada sesetengah pendapat yang mengatakan lukisan ini menarik dan ada yang mengatakan tidak.Ini kerana pada zaman lukisan ini dihasilkan, pelukis ini dianggap gila ekoran daripada kehidupannya yang seringkali di timpa pelbagai masalah konflik jiwa.Bagi saya lukisan ini sangat menarik. Walaupun lukisan pada waktu malam sebegini sepatutnya dalam keadaan yang tenang dan damai namun pelukis berjaya mencipta kelainaan. Bagi saya lukisan ini menggambarkan perasaan marah kerana apabila terpandangnya lukisan ini kelihatan begitu kasar, dan melambangkan sifat yang agresif.


 disediakan oleh :
 Noor Fadhilah (IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)

***free to copy***

Apreseasi Karya Pelukis Malaysia Aliran Post Impressionisme(psv3110)




 Karya Lai Foong Moi
Waktu pagi di Kampung (1959)

Karya di atas bertajuk “ Waktu Pagi di Kampung” dihasilkan oleh Lai Foong Moi. Beliau menggunakan cat minyak. Catan ini bertemakan pemandangan keindahan kampung di Malaysia. Beliau menggambarkan waktu pagi yang cerah di kawasan perkampungan yang dipenuhi dengan pohon-pohon kelapa yang tinggi di sekitar kawasan perumahan. Rumah yang digambarkan dalam catan ini ialah rumah kayu dan kedudukan rumah dekat antara satu sama lain. Kelihatan seorang wanita bersanggul memakai berbaju kurung dan kain sarung yang berada di halaman rumah sedang memegang sebuah bakul. 

Pengkarya menggunakan warna sejuk dan juga warna panas. Pengolahan karya ini  menggambarkan pengaruh tradisi seni lukis Cina dimana stroke berus kelihatan seperti catan cina. Karya ini  lebih mengutamakan garisan daripada bentuk. Susunan rupa bentuk mengikut format-format timur jauh, pembahagian ruang formal dan jelas.   Beliau menggunakan sapuan berus yang pantas dan spontan pada pohon dan tanah menunujukkan persamaan dengan keseronokkan dan kedamaian hidup dikampung. Penggunaan ruang dalam karya ini amat baik dimana pelukis merakamkam perspektif yang tinggi. Ruang langit jelas menunjukkan begitu tinggi daripada mata pemerhati.

Berdasarkan warna yang digunakan , pelukis ingin menunjukkan kedamaian pada waktu pagi di kampung. Warna biru pada bahagian lagi menggambarkan kesegaran dan kedingin embun pada waktu pagi dimana penduduk akan menghirup udara yang segar. Watak perempuan yang memegang bakul melambangkan seawal pagi wanita sebagai surirumah sudah mula melakukan aktiviti seharian seperti membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya. 

Nilai yang ingin disampaikan dalam karya ini adalah  suasana indah, damai , dan kehidupan tenteram di kampung atau desa.

Perbandingan Karya Aliran Post Impresionisme




Karya 1
Karya 2

Nama Karya
Starry Night
Waktu Pagi di Kampung
Aliran
post impresionisme
menggabungkan pengaruh post impresionis dan struktur gambar cina dalam karyanya.
Tema
Kesengsaraan
 Kedamaian
Alat dan Bahan
cat minyak
Cat minyak
Teknik
Impasto
(sapuan agresif)
Scrambling
(sapuan berus yang pantas dan spontan)
Unsur Seni
 Garisan yang kelihatan adalah garisan melengkung, garisan berpusar dan garisan menegak

garisan kontur yang jelas pada rupa dan sapuan berus yang tepat
Karya ini  lebih mengutamakan garisan daripada bentuk. Susunan rupa bentuk mengikut format-format timur jauh, pembahagian ruang formal dan jelas.   
Warna –
1)  warna biru. Terdapat penggunaan biru gelap dan biru cerah pada bahagian langit untuk mewujudkan suasana malam.
2)  warna kuning dan oren digunakan untuk bintang dan bulan untuk menampakkan cahaya yang memancar pada waktu malam.
3)  Warna pada bahagian lain seperti pokok cypress digunakan melalui tindihan warna biru gelap dan kuning untuk menampakkan warna seakan-akan warna kulit pokok.
Warna sejuk dan juga warna panas

Prinsip rekaan
pergerakan –
melalui sapuan berus pada bahagian awan menggambarkan pergerakan berpusar.
Imej pergerakan sungai yang membentuk garis pepenjuru ini
Penegasan diberikan pada ruang langit dengan menonjolkan awan yang berpusar. 
Kadar banding diantara imej yang berada di belakang dengan imej yang berada dihadapan mewujudkan suatu ruang pemisah antara objek.
Nilai
Kehidupan penuh dengan pelbagai liku dan cabaran.
Kebersihan dan kedamaian di mana  suasana perkampungan

Berdasarkan kedua-kedua karya aliran post Impresionisme diatas, jelas menunjukkan beberapa persamaan dan perbezaan. Persamaan di lihat melalui jenis bahan yang digunakan. Tema jelas menunjukkan perbezaan iaitu Karya 1  mengenai kesengsaraan manakala Karya 2 mengenai kedamaian. Gaya persembahan catan menunjukkan perbezaan yang begitu ketara, apabila karya 1 kelihatan begitu agresif dengan teknik sapuan impasti berbanding Karya 2 yang begitu halus dengan teknik Glazing

Jika dinilai, karya 1 iaitu “Starry Night” lebih memenuhi ciri-ciri post impresionisme kerana menekankan penggunaan sapuan berus yang agresif disamping penggunaan warna yang tidak di campur. Kebanyakan sapuan warna yang asli serta bertindih antara satu sama lain. Selain itu juga warna yang pekat digunakan bagi mewujudkan kesan tekstur pada permukaan.

Bagi karya 2 “Waktu Pagi Di Kampung” agak kurang menonjol aliran impresionisme kerana pelukis telah menggabungkan pengaruh post impresionis dan struktur gambar cina dalam karyanya. 

Walaubagaimanapun, kedua-dua pelukis tidak membuat peniruan tetapi mencipta bentuk. Mereka memenuhi ciri post impresionisme dengan memilih subjek utama yang berkaitan  landskap dan  aktiviti seharian masyarakat setempat.


 disediakan oleh :
 Noor Fadhilah (IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)

***free to copy***