hai!!
hari ni mata saya macam baru kot...nak tau naik kete saya dah leh baca no plate..slalunya kalau jarak kereta tu melebihi 20 meter kompem la kabur no plate tu....jadi hari ni saya dah dapat contact lens baru...yeaa!! so dengan bangganya aku memekak dalam kereta membaca segala papan tanda n no plat keta...bessssss oooo!!!kesian sangat kat mangsa-mangsa pendegar suaraku yang lunak merdu ini...kakakakaka
ni la kan rupanya orang jakun..1st time pakai kanta lekap ni...yang besnya tergagap-gagap nak sumbat dalam mata ni...akhirnya berjaya...kepada yang memerhati saya x perlu tenung mata saya sebab saya paakai natural xda kale2 ni....saya pakai dengan niat murni kan...nak bagi nampak anak murid saya di bahagian belakang..kalau pakai spek rimas..jab pakai jab buang,...pastu tudung x cantik!!tu yang penting...
jadi aku wat research sikit pasal kata lekap ni...sumber wikipedia...
Kanta lekap (Bahasa inggeris: contact) merupakan alat pembetulan, kosmetik, atau kanta terapeutik biasanya diletakkan pada kornea mata. Kanta lekap lembut moden telah direka oleh seorang ahli kimia dari Republik Czech Otto Wichterle dan pembantunya Drahoslav Lím, yang juga pencipta gel pertama digunakan untuk pengeluaran mereka.
risiko kanta lekap
- iritasi(kegatalan)
- pengurangan oksigen
- mata merah
ni plak sumber dari http://www.mahsuri.com.my.. terima kasih sangat page ni banyak memberi input kepadaku...
KOMPLIKASI PEMAKAIAN KANTA LEKAP
1 SUPERFICIAL PUNCTATE KERATITIS (SPK)
Permukaan kornea mata menjadi rosak biasanya disebabkan oleh pemakaian yang kanta yang terlalu ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi, atau keracunan.
Gejala: Pemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (photophobia), dan hadirnya bintik-bintik di kornea mata.
Rawatan: Mengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.
2 ALAHAN
Radang atau iritasi terjadi kerana mata dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.
Gejala: Rasa gatal, mata menjadi merah dan kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.
Rawatan: Hindari penyebab alahan. Hilangkan bengkak di mata dengan kompresi air dingin. Mengambil ubat antiradang apabila terjadi keradangan dan alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamines.
3 KERATOCONJUNCTIVITIS SICCA / SINDROM MATA KERING
Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah. Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.
Gejala: Mata rasa seperti terbakar, air mata sering keluar dan cairan di mata berlebihan.
Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.
4 KORNEAL EDEMA
Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.
Gejala: Photophobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah dan tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan. Pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul superficial punctate keratitis.
Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.
5 INFILTRATES
Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.
Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, photophobia dan timbul bintik putih di mata.
Rawatan: Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap, kerap menggantikan kanta lekap, mengambil antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.
6 JANGKITAN
Jangkitan terjadi akibat kontaminasi organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.
Gejala: Mata menjadi merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.
Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.
7 MICROBIAL KERATITIS
Microbial keratitis terjadi apabila organisme berbahaya seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus masuk ke dalam kornea mata hingga mengakibatkan pembengkakkan.
Gejala: Sakit pada mata, photophobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.
Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.
8 VASKULARISASI KORNEA
Vaskularisasi kornea adalah pembentukan pembuluh darah dalam jaringan avaskular (kornea). Seringkali disebabkan oleh kekurangan oksigen oleh pemakaian kanta lekap yang terlampau ketat.
Gejala: Kurang penglihatan serta timbul pembuluh darah di kornea.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta lekap atau menggantikannya dengan kanta lensa yang menyokong oksigen sepenuhnya.
9 GIANT PAPILLARY CONJUNCTIVITIS (GPC)
GPC adalah keradangan papilari pada kelopak atas mata. Penyebabnya masih belum diketahui hingga kini walau ada yang mengaitkannya dengan pemakaian kanta yang berpanjangan.
Gejala: Gatal-gatal, penglihatan berkurang, kanta lebih banyak bergerak-gerak, tidak boleh memakai kanta biasa dan kelopak mata membengkak.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta, menjaram air dingin, berjumpa doktor mata dengan segera.
No comments:
Post a Comment