follow me....

Saturday, March 26, 2011

SEMINGGU MENJADI GURU...

hai semua!!dah seminggu saya menjadi guru di SK Seramban Jaya...semuanya ok...GB ok..guru ok..guru pembimbing ok..students ok..minggu ni belum pun masuk kelas sebab exam..hari 1st daftar diri terkejut cg2..mana x nya...kami guru praktikum 10 org dari ipg raja melewar...tub2..mai plak budak PBS dari ipg lain smpai 8 orang..hah amik kau..KPLI yg tengah praktikum 2 org...2 org dari ipg..nasib budak2 PBS 1minggu je...so minggu depan tinggal la cg2 yang bajet comel ja..hahahahhaa...

ok hari 1st kami siap perkenal diri kat atas pentas...hurmmmm.....rileks suda...cakap la apa yg patut..
ni la skola saya yg cantik n besar tu...
hari2 disekolah saya dapat ganti kelas...1 waktu je...budak2 exam kan...budak2 ni dah masa ke 2 exam diorang dah siap...so mula la nak bising n melakukan pelbagai kegiatan seperti main bingo, pasing kertas n wat mesej, main kapur, then melukis...so aku sempat snap gmbar budak2 sedang melukis sementara habis waktu exam...

ok....budak2 kan ini la minatnya..

yg ni cantik..dia lukis ala2 manga
zoooooooooooommm
budak ni plak dia suka tiru real picture..bagi aku sgt ok hasilnya..sesuai dengan umur darjah 3 la..
itu je kisah aku minggu ni..belum mengajar lagi..g skola gosip2..buat buku RPH...ganti kelas....then balik n tido..minggu depan baru mengajar

ni cg ilah!!

Sunday, March 20, 2011

KUCING!!

ha!!sapa suka kucing angkat kaki tangan!!!suka sangat angkat hidung n mulut...kikiki...kat dunia ni ada yang suka kucing n ada gak yang geli...tapi jangan tak tahu membela kucing atau berbuat baik pada binatang ini banyak manfaatnya...ada sedikit input yang aku dapat dari internet....

1. Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.

 2. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletakkannya dalam baju besar beliau.Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

ha tengok mulianya kan membela or berbuat baik pada haiwan ni...jadi dalam family aku ada la jugak yang berminat pada haiwan ni..betapa minatnya mereka tengok sampai sediakan satu rumah khas buat kucing tersayang....

cantik kan "rumah kucing" ni...macam dalam taman gitu
ni la pemilik kucing2 ni...abangnya yang buatkan "rumah kucing"(anak sedara aku)
 mari kita "close up" ckit kucing-kucing ni
bersama ibunya


sebenarnya banyak family dalam sangkar ni..rasanya ada 5 ekor..
bersantai
pandang kamera!!

gila posing!!
comelnyer!!
garangnya mak!!

aik!!perasan tak aku post entry pasal kucing.......hahahhaa...sebenarnya aku tak suka kucing......adakah aku sudah menyukai kucing...hurmmmmmmmmmm...........

Saturday, March 19, 2011

HADIAH DARI CIKGU!!

cak!!!
tengok tajuk entry "HADIAH DARI CIKGU"agak-agak apa ye??saya dapat hadiah dari guru...oh tidak....kali ni saya akan beri hadiah kepada anak murid..bukan anak murid bg kat cg masa hari guru tau..hehheeee

sempena praktikum 1st ni CG ILAH dengan berbesar hati dah pun beli sedikit cendrahati untuk anak-anak cikgu...wah geli plak anak-anak cikgu!!kikiki...sebenanya praktikum belum bermula..stat 21 mac ni..saya bersemangat!!bukan semangat k...saya sedang mencuba untuk menanam minat yang mendalam pda bidang ini...saya kurang minat kepada kanak-kanak terutamanya dak sekolah rendah..tapi saya nak ubah persepsi ni..jadi saya akan cuba curi hati anak didik saya..saya suka mereka..mereka suka saya...yeaaaaa!!itu harapan saya!!aminn


nak tengok apa cikgu beli untuk awak semua.....
ni dia barang-barangnya...hampir 60 tau habis!!
pensel comel....36 batang
pembaris pun adoo...72 batang

pemadam...beli 5 set tapi dikebas 1 oleh anak buah..

pensel..ada 100 batang

pensel...mickey mouse..ada 72btg

teacher print ...ni harga 10.90....nanti leh men cop2 kat hasil kerja student

bye2..doakan saya menjadi guru terbaik!!

Thursday, March 17, 2011

CHAR KETEOW

ha jangan xtau na...cek ni qheti wat char keteow..wah2...saya suka kan makan benda ni..dulu setiap malam kat asrama makan..cg an selalu bungkuskan..so sekarang wat sendiri..x pernah belajar dari mana nak buat...x tengok apa2 resepi..ni sendiri punya..wat ikut pakai logik akal sendiri ja..alhamdulillah manusia kat umah memuji je keenakannya.....
ni masakan masa malas..tengah malam..wat keja punya pasai n lapar hentam ja barang dalam peti...kikiki
bahan-bahan :
  • sebungkus keteow 
  • telur
  • udang 
  • sayur sawi
  • cili kisar
  • garam secukup rasa
  • kicap sehitam yang mungkin
  • air secukup mungkin.
  • cili hijau 
  • nak masuk kerang lagi bess!!
cara-cara nak buat sama ja macam masak mee or keteow goreng semua tu..cumanya masukkan air banyakk bior berkuah ye..

Tuesday, March 15, 2011

HAPPY HOLIDAY!!

Happy holiday!!

Wah gembira hatiku saat ini..mau nyanyi sikit… “lalalalaa”…itu je…
Disebabkan mood tengah gembira n mau habiskan sepenuh hati dengan kenikmatan cuti so jarang la update blog ye..Nanti mungkin dah sampai maktab macam-macam mau update ni…banyak story mau cite..cecite..cecite…

So now nak cite la perjalanan balik ke kampung…perjalanan ku bermula dari maktab dalam 2.15 then g JJ makan pizza n tengok hikayat merong mahawangsa n jalan2 cari pasal..cite tu ok..suka benau ngan grafik n segala efek dia…around 11 lebih bergerak dari seremban..sampai la SP dalam 5 lebih…dah sampai SP tido di Bandar perdana..then petang g kenduri di pendang..balik singgah bukit selambau n hampeir kul 7 baru sampai rumah..ha ambik kau..punya la jauh nak sampai rumah..dah merantau segala umah kak2 aku baru la dapat balik jumpak mak…ishhh2…

So hari2  sekarang aku masih menghabiskan kemanisan cuti sekolah bersama assignment KOMIK yang “sangat aku suka” …hasilnya nantikan ye…

masalah utama bila balik rumah ni adalah perasaan mau tido sangatlah kuat..biar la tido 12 malam bangun kul 12 tengah hari sekali pun keesokannya  aku tetap akan tidur awal ..angin sepoi2 matematik kat rumah ni memang tak tahan..baru ja buka keja mula la malas n segala benda...siang plak bosan asik nak keluar ngan kakak aku..padahal bukan ada apa kat kola ketil ni..tapi wajib la keluar..jab nak bli nu..nak blik ni..nak makan nu..nak makan ni...haishhhh!!! harap2 aku berjaya la tangani semua ni..
aminnnnnn

Friday, March 11, 2011

PENAT!!

malam ni sangat PENAT!!
petang tadi ada sukantara rumah kuning..aku buat 100meter, lompat jauh n lontar peluru...alhamdulillah dapat sumbangkan mata utk 100m 2 mata...lompat jauh lepas tapi batal...huhhh!!lontar peluru atas line dah nak masuk pun .ckit lagi ja.......balik terus bersiap antar im balik kampung...
hurmmmmmmmmmm!!! PENAT sangat..
ni sibuk print asignment BM...dah siap print...ALHAMDULILLAH...
so rasanya aku terpaksala tidur kejap....
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz................

pagi bangun awal nak buat komik...SELAMAT MALAM

Thursday, March 10, 2011

gembira tapi serabut

esok saya dah nak balik kampung!!
hati gembira tak terkata..rindu pada semua..
tapi kepala sangat serabut memikirkan kerja...
assignment komik masih belum menunjukkan hasil yg memberansangkan....saya akan cuba malam...
balik dari cuti dah masuk sekolah..
bermula lembaran baru dalam hidup...
saya akan menjadi guru!!

Tuesday, March 8, 2011

dah nampak!!

hai!!
hari ni mata saya macam baru kot...nak tau naik kete saya dah leh baca no plate..slalunya kalau jarak kereta tu melebihi 20 meter kompem la kabur no plate tu....jadi hari ni saya dah dapat contact lens baru...yeaa!! so dengan bangganya aku memekak dalam kereta membaca segala papan tanda n no plat keta...bessssss oooo!!!kesian sangat kat mangsa-mangsa pendegar suaraku yang lunak merdu ini...kakakakaka

ni la kan rupanya orang jakun..1st time pakai kanta lekap ni...yang besnya tergagap-gagap nak sumbat dalam mata ni...akhirnya berjaya...kepada yang memerhati saya x perlu tenung mata saya sebab saya paakai natural xda kale2 ni....saya pakai dengan niat murni kan...nak bagi nampak anak murid saya di bahagian belakang..kalau pakai spek rimas..jab pakai jab buang,...pastu tudung x cantik!!tu yang penting...

jadi aku wat research sikit pasal kata lekap ni...sumber wikipedia...

Kanta lekap (Bahasa inggeris: contact) merupakan alat pembetulan, kosmetik, atau kanta terapeutik biasanya diletakkan pada kornea mata. Kanta lekap lembut moden telah direka oleh seorang ahli kimia dari Republik Czech Otto Wichterle dan pembantunya Drahoslav Lím, yang juga pencipta gel pertama digunakan untuk pengeluaran mereka.

risiko kanta lekap

  1. iritasi(kegatalan)
  2. pengurangan oksigen
  3. mata merah
 
  ni plak sumber dari   http://www.mahsuri.com.my.. terima kasih sangat page ni banyak memberi input kepadaku...

 

KOMPLIKASI PEMAKAIAN KANTA LEKAP

 
1      SUPERFICIAL PUNCTATE KERATITIS (SPK)
 
Permukaan kornea mata menjadi rosak biasanya disebabkan oleh pemakaian yang kanta yang terlalu ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi, atau keracunan. 
 Gejala: Pemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (photophobia), dan hadirnya bintik-bintik di kornea mata.
 Rawatan: Mengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.
  
2        ALAHAN
 
Radang atau iritasi terjadi kerana mata dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.
 Gejala: Rasa gatal, mata menjadi merah dan kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.
 Rawatan: Hindari penyebab alahan. Hilangkan bengkak di mata dengan kompresi air dingin. Mengambil ubat  antiradang apabila terjadi keradangan dan alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamines.
  

3     KERATOCONJUNCTIVITIS SICCA / SINDROM MATA KERING

Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah. Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.
 Gejala: Mata rasa seperti terbakar, air mata sering keluar dan cairan di mata berlebihan.
 Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.
  
4      KORNEAL EDEMA
 Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.
 Gejala: Photophobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah dan tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan. Pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul superficial punctate keratitis.
 Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

 
5       INFILTRATES
Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.
 Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, photophobia dan timbul bintik putih di mata.
 Rawatan: Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap, kerap menggantikan kanta lekap, mengambil antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.
  
6   JANGKITAN
 Jangkitan terjadi akibat kontaminasi organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.
 Gejala: Mata menjadi merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.
 Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.
  
7      MICROBIAL KERATITIS
 Microbial keratitis terjadi apabila organisme berbahaya seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus masuk ke dalam kornea mata hingga mengakibatkan pembengkakkan.
 Gejala: Sakit pada mata, photophobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.
 Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.
  
8              VASKULARISASI KORNEA
 Vaskularisasi kornea adalah pembentukan pembuluh darah dalam jaringan avaskular (kornea). Seringkali disebabkan oleh kekurangan oksigen oleh pemakaian kanta lekap yang terlampau ketat.
 Gejala: Kurang penglihatan serta timbul pembuluh darah di kornea.
 Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta lekap atau menggantikannya dengan kanta lensa yang menyokong oksigen sepenuhnya.
   
9      GIANT PAPILLARY CONJUNCTIVITIS (GPC)
GPC adalah keradangan papilari pada kelopak atas mata. Penyebabnya masih belum diketahui hingga kini walau ada yang mengaitkannya dengan pemakaian kanta yang berpanjangan.
 Gejala: Gatal-gatal, penglihatan berkurang, kanta lebih banyak bergerak-gerak, tidak boleh memakai kanta biasa dan kelopak mata membengkak.
 Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta, menjaram air dingin, berjumpa doktor mata dengan segera.

Monday, March 7, 2011

ada aku kesah???

kakak aku  kak ida wat enrty aku yang tak kesah..so aku pun nak jugak la entry 
ada aku kesah...
apa yang aku kesah???
kisah kau dan aku??
yes!!that right....

ko pe hal??
hal pa??
hal hati dan perasaan!!
perasaan??
sakit hati!!

hati??
terguris teruk!!

KOMIK!!TRYING!!

malam ni aku xda idea nak wat rumusan n refleksi bm disebabkan kepala aku sangat ting tong...nak tidur macam melampau sangat kan..so aku mencuba la buat komik..lakaran dah siap..jadi aku try la melukis menggunakan software...pertama aku scan guna printer kesayangan MP145..then masukkan kedalam Adobe Flash CS3 untuk proses tekap..bila outline dah siap pindahkan plak masuk ke Adobe Photoshop untuk masukkan warna n guna still picture...lepas dah siap n jadikan JPEG...pindahkan plak ke dalam ComicLife...
so inilah hasilnya....

baru kotak 1st page1......
aku mengambil masa yang amat lama sebab dah lama x guna software jadi kena asah semula ilmu tu so benda ni aku siapkan dalam masa 1 jam..gila lama kan...mungkin sebab keterhegesan aku buat kerja...

ok da...jumpa lagi dalam entry KOMIK!!

Sunday, March 6, 2011

grrrrrrrrrrr!!

tau x apa yang saya rasa sekarang???
saya sedang mengalami ini ................

  

lepas penyakit diatas berturutan plak dengan ni.............



grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....macammana nasib asignment saya!!!

xdapat lagi!!!!!!11

hari ni dengan semangat aku g tengok kasut kat Seremban Prade..inilah satu2nya tempat yang aku belum servey lagi kasutnya..so masuk dengan semangatnya n jumpa satu kasut...jenama JESS...harga 119.90...after less 30% tinggal RM81.50...aku pun nak beli......

MALANGNYA!!!!!!!!!!


saiz tak da...yg display ja paking kecik saiz 5...
MELUAT aku!!!

KECEWA teruk ni!!!

Saturday, March 5, 2011

Alkisah Laksam..bangun awal...pasar pagi....

yeahhh!!hari ni dapat makan laksam...pagi-pagi aku n the geng dah ke pasar pagi kat ampangan semata-mata nak beli laksam..kami bangun awal di hujung minggu..kredit to elianto....
PERGGGHHHHHH!!!!

sebenarnya laksam ni ada kisah disebaliknya...kami mula terpaut dengan rasanya pada minggu lepas..pensyarah dan staf adakan bacaan yasin di Kompleks Teknopen..kami sepatutnya kelas multimedia Creative ngan En Manan..disebabkan aktiviti ni kelas pun xda n kami g makan..then en manan call suh p makan..katanya kelas pada hari ini "makan-makan"..rasanya masa tu dalam hati semua orang mesti terdetik "yes" yang membawa dua maksud iaitu xda kelas dan boleh makan..tapi kenyang perut masing kenyang dah melantak di kafe...

aku plak tak terasa nak makan dan sekadar ambik hati pensyarah pegi la tempat makanan...aku cari je la benda yang berbungkus so ternampak nasi lemak..lam hati pikir grab je la sebab aku xmakan berat pagi ni so leh simpan tengahhari..skali terpandang laksam yg siap dibungkus..so apa lagi aku n pika pun terus grab..then suhaib nampak n dia pun grab balance lagi satu..bila masuk je tempat makan semua dah tertarik dengan laksam yang kami pegang..aku ngan pika memeluk la laksam takut dicuri..kikikiki...

yang paling bes, im nampak ja terus berlari nak g amik tapi kami sempat jerit.."dah habis!!"..muka dia kecewa giler...so suhaib yang kesian bagi la kat dia....bila balik bilik makan..perrrrrrrrggggggghhhhhhh!!cayalah sedap kot...aku sebenarnya kureng cikit laksam tapi yang ni sumpah aku tak tipu memang sedap...aku makan segulung demi segulung..niat nak simpan kat roomet yang sedag tidur hancur berkecai bila aku kusyuk makan sampai habis....bila g kelas petang tu im n pika pun memberi reaksi..PERRRRRRRGHHHHHH!!sedap gila..memang xdapat lupa la rasasnya..budak2 lain mula la teringin...ni la antara laksam terbaik yang aku pernah makan,...nak plak jumpa kat seremban yang agak susah mencari makanan menarik...

jadi kami pun g la tanya en manan next weeknya kat  mana beli..then dia pun mencari jawapan pada kawan2nya n rupanya di Pasar Pagi Ampangan ada...

inilah alkisahnya..aku..laksam..bangun awal..pasar pagi...


JEMU & LESU...

JEMU??
LESU??
katakan tidak!!

wah!!!sebenarnya aku tertarik dengan 2 perkataan ni semasa menghadiri "Ceramah Karisma Guru" semalam...dalam majlis tu pengacara dan kaunselor byk sebut "Pergi sekolah tak JEMU, Masuk kelas tak LESU"...serius aku tertarik dengan kata-kata tu..macam tersemat dalam sanubari ni..walaupun simple word tapi meninggalkan motivasi/kesan yang mendalam pada aku..bagi aku kata-kata yang seakan-akan penyedap dalam majlis itu berjaya menarik perhatian aku untuk berfikir sejenak walaupun masa tu aku sangat mengantuk...betul kan sebagai cikgu x leh jemu untuk ke sekolah..kalau cikgu jemu macam mana plak murid...cikgu jangan lesu kalau tak macam mana murid nak tertarik dengan P&P..jadi aku akan jadi guru yang x JEMU dan x LESU...DO THE BEST ILAH.......

Friday, March 4, 2011

SAPA KATA X BES???

aku nak tanya satu soalan..sapa kata tido tak bes??angkat tangan??
apa pun korang kata aku nak gak kata tido tu besss...
nak plak tido macam ni...
sleeping beuty...lalalallala


apa yang penting kita perlu dapatkan tidur yang berkualiti,,bukan tidur yang panjang...tidur panjang/lama tak beerti berkualiti tau...jadi nak dapatkan tidur yang berkualiti tidur awal pada waktu malam antara pukul 10...pagi anda lebih fresh..berbanding anda tidur lewat n bangun lewat..contohnya tidur kul 4 n bangun kul 12...anda still rasa ngantuk n pening kan..ni sebabnya waktu tidur kita x betul...orang kata waktu terbaik untuk tidur adalah 10-2pg..ini kerana masa ni proses perbaikan dan detoksifikasi (mengeluarkan racun)...lecture aku kata masa ni "WAKTU CANTIK"....

jadi melalui pembacaan aku...aku dapat coretkan serba sedikit proses yang berlaku pada diri kita sepanjang malam/waktu tidur...

1.9-11pm  - masa ni menyinkirkan toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam sistem antibodi badan kita.jadi masa ni kalau dengar lagu slow atau ayat al-quran bagus.

11pm-1am - Proses membuang toksin dalam hati,biasanya dia akan start proses masa kita tidur.

1am-3am -
Proses membuang toksin dalam bahagian empedu kita.Proses ni jugak berlaku masa kita tidur.

3am-5am - Proses membuang toksin dalam bahagian usus besar.

7-9am -
Penyerapan nutrien dalam badan berlaku. sebab tu pentingnya breakfast n eloknya pukul 6.30 pagi..tapi kita ni bangun pun belum.. ..


Jadi perasan tak proses-proses ni memang berlaku pada waktu tidur..jadi kalau masa pukul 4 pagi kita belum tidur, maka proses ni memang x sempurna la..

ini peringatan untuk aku juga..tapi lumrah pelajar yang suka wat keja las minit menyebabkan tidur tak teratur..

Thursday, March 3, 2011

THANKS MY SIS

pernah dengar x product AG2000 . produk ni keluaran House of Healin... nak tau sekarang ni aku sedang berjinak-jinak dengan produk..dalam proses percubaan..baru seminggu try pakai.blum ada efek.mybe lambat ckit sebab dia terpaksa pulihkan kulit aku yang agak kusam n ada bijik2 sebab dah lama tak pakai apa..dalam 3 bulan rasanya...dulu pakai tia amelia..tp lepas krim jerawat dia ada racun terus stop..ni aku berganjak lebih advance pakai yang mahal cikit...AG 2000...WOW!!!produk ni memang sangat terkenal n agak mahal pada aku.....walaupun camna pun aku test la pakai.....tak beli satu set sebab tery set  normal skin RM270++, dry skin 100 keatas n oil skin 79...fuh set percubaan ni cuma 12ml je dalam dia ada 3 benda...disebab sayang duit aku cuba dua benda je yg 12ml je aku beli...ini dia!!!

pencuci
Facial Cleansing Foam (12g RM15.50 / 60ml RM59.00 / 100ml RM89.00) **google search
Buih pembersih yang lembut, dirumus khas bagi menghilangkan secara berkesan sel-sel mati, minyak berlebihan, habuk dan kotoran tanpa menjejaskan kelembapan kulit semulajadi kulit wajah anda. Dirumus menggunakan ekstrak marin serta tumbuhan saripati bagi menyuburkan permukaan kulit, menjadikannya bersih, segar dan licin


tinted sunscreen
Tinted Sunscreen SPF30/RM68.00 (30ml ) /RM28.00 (12ml) **google search
Diformulasikan dengan menggunakan teknologi farmaseutik terkini, tidak berminyak, halus dan lembut apabila disapukan. Sesuai digunakan untuk aktiviti luaran dan negara yang beriklim panas dan kering. Ia memberi perlindungan sebanyak 99% kepada kulit daripada sinaran UVA dan UVB.
Membantu mencegah pembentukan tompok hitam dan kedut halus dan mencerahkan kulit.


ni dua benda yang aku guna RM43 untuk 2 benda ni......

tiba-tiba ari ni dapat panggilan dari sis aniza...dia tnya nak pakai AG x..aku cakap la dah beli 2 benda tu..then dia kata nak x yang satu set..harganya rm349...WOW.....giloooo ke hapa...then aku xmau xda duit..dia kata lagi xpa bayar dua kali..then aku kata macam xcukup je duit ..dia kata xpa ada duit bayar..sebenarnya dia beli set ni dapat compact powder AG2000 free..fuhh memang untung la..bedak dia pun memang mahal..set ni  plak miraclear pa ntah klu satu yg 30ml harganya 160...

so disebabkan kak aku beria-ia aku pun ok..lepas letak fon aku macam berfikir mana nak amik duit..then aku mesej balik..harga set tu brpa? aku macam tak cukup duit ja..so dia balas lagi .."RM345 selepas tolak baucer..xpa bayar ckit2 kat ku..lagi pun aku nak bayar zakat kat mu"

kakakkakakakaka...ayat las bes..bayar zakat kat aku..aku kat fisabilillah..so zakat harta they all leh ja bagi kat aku...bes kot...so aku terima la tawaran memakai benda ni....pakej barangan kosmetik la kiranya..THANKS MY SIS....skali skala kan....klu x sesuai bagi balik kat dia..dia memang guna AG..mak tau memang kena merepek la...


sekarang aku terpikir aku ni kulit jenis mana eh...kulit aku kering n kadang-kadang agak berminyak..tapi aku xda jerawat..nak kata normal macam hebat sangat plak kan..so kering la kot kan...normal pun ada..entah la..so bila aku tengok cadangan produk untuk jenis kulit oleh AG xda masalah..kering atau normal sama ja produk dia...beza kat firming eye cream ja..so xda masalah la kan nak pillih...

ni adalah input yang aku dapat daripada http://hseofhealin.blogspot.com/


KULIT KERING
Kulit kering berlaku disebabkan oleh kekurangan sebum dan kelembapan 
pada kulit. Dapat dikenali dengan mudah. Mempunyai garis halus 
di sekeliling mata dan mulut. Kebiasaannya individu bermasalah 
kulit kering bebas dari jerawat. Namun apabila makin meningkat usia, 
kesannya dapat dilihat dengan munculnya kedutan yang lebih ketara 
dan keanjalan semulajadi turut terjejas.

Cadangan produk :
Siang –
Facial Cleansing Foam / One Touch Puff
Skin Revitalizing Essence
Sunscreen Protection

Malam –
Facial Cleansing Milk
Facial Cleansing Foam / One Touch Puff
Multi Active Night Cream / Moisturizing Essence / Moisturuzing & Firming Serum

KULIT NORMAL
Kulit yang jarang ditemui. Kulit jenis ini adalah kategori antara sedikit kulit kering dan sedikit kulit berminyak namun berisiko untuk menjadi lebih kering. Kulit jenis normal adalah kulit yang baik, lembut dan warna kulit yang sihat.

Cadangan produk :
Siang –
Facial Cleansing Foam / One Touch Puff
Skin Revitalizing Essence
Sunscreen Protection

Malam –
Facial Cleansing Milk
Facial Cleansing Foam / One Touch Puff
Multi Active Night Cream
Firming Eye Cream