follow me....

Wednesday, April 13, 2011

menunggu!!menunggu!!dan menunggu

ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu,

ha tau tak di atas ni lagu apa??ha ni la lagu rossa tajuknya "ku menunggu"
apa plak kena mengena ngan entry aku ye...
begini kisah nya...kalau rosa menunggu kekasihnya..tetapi aku menunggu pensyarahku...

nak tau aku ni sampai minggu ke-3 praktikum, pensyararah masih belum datang...dah la dia stail datang mengejut...jadi setiap hari aku akan sediakan pelbagai ABM yang cantik, menarik, tertarik kau memang daboommm.....sampai la pada minggu ke-3 bersamaan hari rabu muncul la pemantau unit praktikum secara tiba-tiba...yg datang en zulkifli (KU unit kokurikulum)....haduss dah la aku kebetulan tak pakai baju gerko...hurrmmm ingat dia pantau gerko..rupanya dia ketua jabatan n merupakan pemantau yang ditugaskan oleh unit pratikum..so kami pun diarahkan tunjukkan folder..alhamdulliah aku dah setelkan serba sedikit....
dalam masa yang sama muncul plak pensyarah kesayangan....malangnya aku plak xda kelas..so hanya kelas rakan praktium aku la di observe...then dia janji datang jumaat...

so observe pertama hari jumaat berjalan ngan lancar...budak2 memang memberi kerjasama yang sepenuhnya..walaupun budak hyper pun dah ikut cakap aku..alhamdulillah..so pensyaarah cuma suruh tingatkan lagi apa yang patut untuk penyeliaan bersama....

jadi semasa penyeliaan bersama aku pun melakukan dengan sepenuh hati aku..tido malam lewat semata-mata nak buat semua tu..aku ajar tembikar..syukur pada Allah penat lelaku berbaloi....bila jumpa ja pensyarah dia cakap "BAGUS!!WELL PREPARED"...nampak usaha awak....kawalan kelas ok..tunjuk cara bagus (aku bawak budak duduk bersila atas lantai).....saat itu hilang lelah dalam diri ni...

jadi saat ni aku ada sedikit kelapangan untuk update blog sambil menghabiskan sisa-sisa terakhir di sekolah.....

Tuesday, April 12, 2011

comel macam singa

hohoho....ok saya mau tanya..jika sebut singa apa yang terlintas di fikiran anda....hurmmm mesti garang kan...saya pun memikiran benda yang sama...tapi jangan tak tau ada jugak tau orang cakap singa ni comel..situasi ni berlaku kat diriku sendiri..

alkisah bermula.....

aku menggantikan kelas tahun 6...aku masuk diorang seperti biasa bising la kan..sebagai cikgu beribawa suruh la diorang diam...aku muka mantain tegas la...so ada gak yang main..aku merepek la cakap dah la nak exam main-main lagi..so diorang buka la akhbar berita harian then buat latihan matematik..ada seorang budak ni asyik pegang ja akhbar..so aku cakap buat..ada masalah tanya..jadi dia pun ikut aku ke meja guru..aku bantu dia selesaikan masalah matematik..sambil tu aku sempat berbual-bual la dengan budak2 tahun 6 ni...disebabkan kelas ganti aku malas la nak formal sangat kan..so santai aje...bila bising je baru aku jerit..."HAI!!SENYAP"...mereka pun senyap sebentar then bising lagi....aku jerit la lagi..tu la rutin...

dalam semangat aku ajar mate + sembang ada la budak cakap "CIKGU NI COMEL MACAM SINGA"......ha??apa awak cakap???? ulang sekali lagi..."eh xda la cikgu xda cakap apa-apa pun"..kawan dia pun cakap dia kata cikgu comel macam singa,....huhhhh!!dalam hati berkata perumpaan apakah itu??
ini la binatang yang dikatakan sama macam aku..SINGA...
 then aku pun memikirkan maksud tersirat budak ni..."COMEL MACAM SINGA"..aku rasa dia nak kata garang la kan....kawan-kawan aku pun cakap" budak tu nak kata ko garang tapi cute" maksudnya walaupun comel tapi garang bukannya lemah lembut...
alalalaaa......aku pun rasa tu la maksudnya kan...sebabnya perumpaan singa ni sesuai untuk garang je...yg pelik dia x kata plak "cikgu ni garang macam singa" kan...???
entah la kan..inilah pemikiran budak2...

anyway terima kasih la memuji cikgu ye budak-budak...tu pun kalau memang memuji..kalau mengata..ikut awak la..cigku garang n marah bila awak buat salah..kalau awak x buat masalah cikgu pun tak ingin pun nak tinggikan suara..sakit tau tekak ni
mungkin ni la kot rupanya bila "COMEL MACAM SINGA"

Saturday, April 2, 2011

buat baju sukan!!

tahun 4 mengajar bidang membuat corak dan rekaan..so aku pilih menghasilkan corak garisan pada baju sukan sekolah menggunakan teknik resis.... aku berjaya la settlekan aktiviti ni dari set induksi hinggalah ke penutup...syukur alhamdulillah...kak zuraini observe masa ni...budak2 sangat memberi kerjasama walaupun aku ajar 4Kristal kelas paling las...budak2 senang dikawal..aku xperlu pun menjerit untuk dapatkan perhatian mereka...bila bebaskan mereka buat aktiviti memang buat secara bersungguh-sungguh...alhamdulillah...jadi x leh la kata kelas akhir ni bermasalah sangat dalam seni ni..mereka berbakat dan berminat pada aktiviti yang melibatkan kemahiran.....


kemas kan budak ni buat

ketua kelas....biasa je..tapi semangat tu yg penting

budak perempuan..5 orang ja dalam kelas ni

ni seorang lagi budak yang sangat baik dalam warna..kemas dan teliti..budaknya senyap je duk belakang kelas..duk pun sorang-sorang

semangat

ok ni la students saya.....

mereka membuat doh!!


 hurmmm!!aku dah stat ngajar..minggu ni aku kena ajar bidang membuat bentuk dan binaan untuk tahun 2...bila discuss ngan cg aishah iaitu cg seni tahun 2 dia kata minggu ni buat bentuk guna plastesin...dalam buku tu kata buat labu sayung...so aku ubah cikit...sebab bagi aku labu satung tu lebih kepada mengenal kraf tradisional...
jadi aku pun buatlah tajuk "makanan di kantin sekolah saya"...so budak2 buat la pelbagai kuih muih...
mari kita tengok gelagat mereka yang sangat bersemangat tu juga kita tengok hasil mereka....

mari uli

uli jgn x uli

comel kan mereka

syok la masuk gambar

bersemangat..awal siap

girls...memang slalu tolong mak wat kuih ni

ni plak kita tengok hasilnya...6 kumpulan semuanya







Saturday, March 26, 2011

SEMINGGU MENJADI GURU...

hai semua!!dah seminggu saya menjadi guru di SK Seramban Jaya...semuanya ok...GB ok..guru ok..guru pembimbing ok..students ok..minggu ni belum pun masuk kelas sebab exam..hari 1st daftar diri terkejut cg2..mana x nya...kami guru praktikum 10 org dari ipg raja melewar...tub2..mai plak budak PBS dari ipg lain smpai 8 orang..hah amik kau..KPLI yg tengah praktikum 2 org...2 org dari ipg..nasib budak2 PBS 1minggu je...so minggu depan tinggal la cg2 yang bajet comel ja..hahahahhaa...

ok hari 1st kami siap perkenal diri kat atas pentas...hurmmmm.....rileks suda...cakap la apa yg patut..
ni la skola saya yg cantik n besar tu...
hari2 disekolah saya dapat ganti kelas...1 waktu je...budak2 exam kan...budak2 ni dah masa ke 2 exam diorang dah siap...so mula la nak bising n melakukan pelbagai kegiatan seperti main bingo, pasing kertas n wat mesej, main kapur, then melukis...so aku sempat snap gmbar budak2 sedang melukis sementara habis waktu exam...

ok....budak2 kan ini la minatnya..

yg ni cantik..dia lukis ala2 manga
zoooooooooooommm
budak ni plak dia suka tiru real picture..bagi aku sgt ok hasilnya..sesuai dengan umur darjah 3 la..
itu je kisah aku minggu ni..belum mengajar lagi..g skola gosip2..buat buku RPH...ganti kelas....then balik n tido..minggu depan baru mengajar

ni cg ilah!!

Sunday, March 20, 2011

KUCING!!

ha!!sapa suka kucing angkat kaki tangan!!!suka sangat angkat hidung n mulut...kikiki...kat dunia ni ada yang suka kucing n ada gak yang geli...tapi jangan tak tahu membela kucing atau berbuat baik pada binatang ini banyak manfaatnya...ada sedikit input yang aku dapat dari internet....

1. Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.

 2. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletakkannya dalam baju besar beliau.Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

ha tengok mulianya kan membela or berbuat baik pada haiwan ni...jadi dalam family aku ada la jugak yang berminat pada haiwan ni..betapa minatnya mereka tengok sampai sediakan satu rumah khas buat kucing tersayang....

cantik kan "rumah kucing" ni...macam dalam taman gitu
ni la pemilik kucing2 ni...abangnya yang buatkan "rumah kucing"(anak sedara aku)
 mari kita "close up" ckit kucing-kucing ni
bersama ibunya


sebenarnya banyak family dalam sangkar ni..rasanya ada 5 ekor..
bersantai
pandang kamera!!

gila posing!!
comelnyer!!
garangnya mak!!

aik!!perasan tak aku post entry pasal kucing.......hahahhaa...sebenarnya aku tak suka kucing......adakah aku sudah menyukai kucing...hurmmmmmmmmmm...........