Praktikum di SK Dato Klana Maamor memberikan aku pengalaman baru...selain mengajar subjek Major-PSV dan minor-BM, aku ditugaskan untuk mengambilalih tugas mengajar pendidikan moral tahun 6..ha..HEBAT X?
HEBAT SANGAT!!
macam mana aku mendapat bebanan tugas ni bermula apabila seorang guru di sekolah ni diarahkan menjalani kursus 14 minggu..oleh kerana kekurangan guru maka, cg BI n Mate terpaksa mengganti guru ini dan ada lebihan subjek...jadi kami plak ada masa tu jadi beralih la tugas tu kepada kami bertiga...
kami dah tolak secara baik dengan menyatakan kami tak dibenarkan mengajar subjek lain..tapi kami boleh tolong dengan syarat berikan kami slip kelas ganti..jadi kami xdala menanggung tanggungjawab yang berat klu ada slip ganti or relief class ni...lecture pun xtau pasal kami amik tugas ni..malas nak panjangkan cerita....lagipun cikgu2 kat skolah ni ok..apa salahnya membantu....kami redha ja dari kami kena relief kelas bertimbun baik relief kelas secara tetap...lagipun moral tak da la susah sangat...jadi seminggu aku ada 10 waktu tetap..8 waktu wajib tulis rph la.. ( 4masa seni n 4 masa bm) + 2 masa moral...
bila mengajar Pend Moral aku n partner ikut je buku teks.muridnya 8 orang ja...tapi masalahnya budak2 india ni kebanyakkannya lemah dalam bahasa melayu.. 2 orang kembar langsung tidak boleh memabaca tapi boleh menulis...yang lagi 6 orang tu sederhana..tapi penggunaan bahasa melayu dan kosa kata amat rendah.
jadi aktiviti yang dijalankan mestilah menitik berat kebolehan mereka ni...
jadi aku plak cg seni jadi setiap kali kelas aku, pasti aktiviti melukis menjadi perkara wajib..biasanya aku akan mulakan dengan perbincangan dan aku akan panggil murid yang cekap untuk baca...then aku terangkan dan minta pendapat murid..bila masuk part tugasan aku bagi yang simple ja..selalunya macam melukis poster, peta minda dan sebagainya..
ni contoh aktiviti n hasil yang murid dah buat ...mula aku buat perbincangan tentang berkongsi...then suruh mereka lukiskan poster 'Berkongsi Amalan Mulia'
jom kita tengok anak-anak murid moral aku...tapi semua lelaki yang ni sebab geng perempuan tak hadir..
ni la akibatnya bagi saya ajar moral...mesti la saya aplikasikan seni dalam setiap P&P
No comments:
Post a Comment