follow me....

Friday, April 27, 2012

Terima Kasih

awal tahun baru ni seluruh warga negara Malaysia yang mempunyai pendapatan kurang daripada 1500(seisi rumah)  layak menerima BR1M dan bagi murid sekolah menerima wang 100 dan murid IPTA n IPTS menerima baucer buku...Malangnya budak IPG je x menerimanya...namun di hujung bulan februari berita gembira mengatakan student IPG pun diberi dan tempoh dilanjutkan sampai 30 April...

dah busy sana busy sini orang dah habis aku baru g beli minggu terakhir ni....xtau nak beli apa...las2 aku g sinaran and grab je apa yang patut...

 ni la apa yang aku beli...menggunakan baucer bernilai 150..
  1. Buku - "Indahnya HIDUP BERSYARIAT oleh Ustaz ismail Kamus
  2. Buku  Origami 
  3. Koleksi Cerita Riang Ria (utk syifa-my anak sedara)
  4. Album gambar
  5. Buncho Poster Color
  6. Soft Pastel (2 Set- nak bagi nadia satu sebab sem lepas pinjam yang dia)
  7. Craft Punch

dalam banyak2 yang aku beli ni sebenarnya dua ja yang memang aku nak beli n tertarik masa kat kedai buku tu iaitu no1 n no 2...

WHY???
 Indahnya HIDUP BERSYARIAT oleh Ustaz ismail Kamus -diterbitkan oleh Telaga Biru...

memang tertarik dengan buku ini..dah masa belek-belek memang menarik isinya..dengan colorful...
buku ni merupakan paduan untuk diri tentang fardhu ain dan fadhu kifayah....yang besnya buku ni merangkumi syariat bermula dari kelahiran , kanak-kanak, alam perkahwinan, sampai la kembali kerahmatullah....ada jugak disertakan amalan zikir, doa dan adab...kiranya buku ni lengkap dan padat...
harganya murah ja RM55.00....

100 pages self- Adhesive Album....

album ni plak aku nak gunakan tuk masukkan semua gambar2 sepanjang pengajian degree ni...baru stat nak buat..gamabr 5 tahun punya..huhuhu.rasanya tak cukup satu walaupun 100 pages....tak pa buat yang ni dulu...hope dapat buat satu album yang comel n kreatif sebelum graduation ni....cuti ni kita start...

ok tu je...lagi RM50 nak beli tafsir al-quran hujung minggu ni...

Tuesday, April 24, 2012

MENCERIAKAN KELAS

hasil kerja seni murid yang berlambak tu aku xdak la simpan buat sepahkan meja guru aku...jadi apa lagi aku hias je kelas tahun 3..nak plak budak2 tahun 3 ni jenis suka siapkan semua hasil kerja masa P&P..klu diorang  tak siap pun keesokkannya pasti ada ja atas meja guru tanda diorang hantar kerja diberi... sebab tu aku sayang kelas tahun 3 ni.....kalau tahun 5 hampeh...klu x kutip masa kelas memang liat la nak hantar....

jom kita usha sikit kelas tahun 3 yang dah jadi macam kelas seni je...aku dah curi semua dinding dia..

hehhehe....

sebelum tu jom tengok dulu pembantu yang selalu teman aku tampal n lekat ni...
selalunya rabiatul n melisa yang akan tolong aku...tapi x da gmbar mereka untuk pos ni...nanti aku akan update pasal dua orang pembantu tetap aku yang selalu akan siapkan kerja aku lepas kelas sampai siap baru diorang akan balik...gigih kan anak murid aku....

dah jom tengok gambar....



tiga orang diatas adalah wafiey, amar n nabil.....diorang tolong aku hari tu sebab aku gantung baju kurung kat tingkap..tinggi so bila aku memanjat kerusi diorang la yang duk kat bawah hulurkan untuk aku...

wafiey memang pendiam orangnya...amar n nabil ni mulutnya bising jugak..tapi aku perasan sejak akhir-khir ni amar dah berubah jadi lebih baik dan fokus kepada kerja..nabil pun dah ok dah....


jom tengok suasana belakang kelas tahun 3 ni...


kasi clear ckit!!!,,,nampak x ada gantung2 kat tingkap tu...seni punya jugak tu



ok nantikan update seterusnya pasal keceriaan n hasil kerja anak muridku  ni ya!!

Sunday, April 22, 2012

KOLAJ-BIRI-BIRI

Bidang : Menggambar
Tahun : 3 
Tajuk : Si Biri-biri 
Aktiviti : Menghasilkan Kolaj Biri-biri menggunakan kapas

ok ni adalah aktiviti murid tahun 3..aku buat kolaj biri-biri..simple je..guna kapas saja...
aku dah siap potostat gambar seekor biri-biri.then murid diminta untuk menampal kapas pada biri-biri dan mewarnakan latar belakang gambar tersebut...

jom tengok kerja budak!!













ok bye2

MENJADI GURU PENDIDIKAN MORAL

Praktikum di SK Dato Klana Maamor memberikan aku pengalaman baru...selain mengajar subjek Major-PSV dan minor-BM, aku ditugaskan untuk mengambilalih tugas mengajar pendidikan moral tahun 6..ha..HEBAT X?
HEBAT SANGAT!!

macam mana aku mendapat bebanan tugas ni bermula apabila seorang guru di sekolah ni diarahkan menjalani kursus 14 minggu..oleh kerana kekurangan guru maka, cg BI n Mate terpaksa mengganti guru ini dan ada lebihan subjek...jadi kami plak ada masa tu jadi beralih la tugas tu kepada kami bertiga...

kami dah tolak secara baik dengan menyatakan kami tak dibenarkan mengajar subjek lain..tapi kami boleh tolong dengan syarat berikan kami slip kelas ganti..jadi kami xdala menanggung tanggungjawab yang berat klu ada slip ganti or relief class ni...lecture pun xtau pasal kami amik tugas ni..malas nak panjangkan cerita....lagipun cikgu2 kat skolah ni ok..apa salahnya membantu....kami redha ja dari kami kena relief kelas bertimbun baik relief kelas secara tetap...lagipun moral tak da la susah sangat...jadi seminggu aku ada 10 waktu tetap..8 waktu wajib tulis rph la.. ( 4masa seni n 4 masa bm) + 2 masa moral...

bila mengajar Pend Moral aku n partner ikut je buku teks.muridnya 8 orang ja...tapi masalahnya budak2 india ni kebanyakkannya lemah dalam bahasa melayu.. 2 orang kembar langsung tidak boleh memabaca tapi boleh menulis...yang lagi 6 orang tu sederhana..tapi penggunaan bahasa melayu dan kosa kata amat rendah.
jadi aktiviti yang dijalankan mestilah menitik berat kebolehan mereka ni...

jadi aku plak cg seni jadi setiap kali kelas aku, pasti aktiviti melukis menjadi perkara wajib..biasanya aku akan mulakan dengan perbincangan dan aku akan panggil murid yang cekap untuk baca...then aku terangkan dan minta pendapat murid..bila masuk part tugasan aku bagi yang simple ja..selalunya macam melukis poster, peta minda dan sebagainya..

ni contoh aktiviti n hasil yang murid dah buat ...mula aku buat perbincangan tentang berkongsi...then suruh mereka lukiskan poster 'Berkongsi Amalan Mulia'


jom kita tengok anak-anak murid moral aku...tapi semua lelaki yang ni sebab geng perempuan tak hadir..






ni la akibatnya bagi saya ajar moral...mesti la saya aplikasikan seni dalam setiap P&P

Saturday, April 21, 2012

mengimbau kenangan berlakon!!


ok di atas ni adalah video Contoh P& P Cemerlang  Pendidikan Islam oleh Tn Hj Samsudin Bin Mat Nor...tujuan aku share kan video ni bukan saja2 tau...actually aku merupakan salah seorang pelakon yang terlibat dalam pembikinan video ni...malangnya ni bukan full video..baru seminit lebih..full video adalah 60 minit tp xda publish plak...

lakonan ni berlaku masa Form 4- tahun 2005...wah dah lama tu....kami jadi pelakon pembantu kepada ustaz yang nak rakamkan P&P..masa ni dia guru cemerlang..sekarang dah JUSA C...kami dipilih secara rawak oleh ustaz dari 2  kelas f4 masa tu...20 orang semuanya..skrip telah disediakan dah rehearsel dijalankan dalam masa 2 minggu jugak la...kami mengafal skrip dan melatih untuk mewujudkan suasana P&P yang menarik selama satu jam...

lakonan kami ni bertajuk "Cara Mengerjakan Haji"....aku dapat 2 part...yang pertama bercakap dan yang kedua aku kena keluar dan melontar di jamratul aqobah....malu kot masa ni...ustaz ajar macam mana nak melontar dengan betul agar aku x nampak kekok masa pengambaran...latih-belatih sampai la pada hari pengambaran....hari shooting tu kelas kami ditutup dengan kain tebal keliling kelas dari luar....tujuannya adalah untuk mencegah bunyi2 dari luar...shooting dikendalikan oleh krew dari BTP iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan.....shooting dari pagi  dalam kul 10 lebih sampai la petang dalam kul 3-4 gak la...banyak kali rest n cut jugak....cut bukan sebab kami salah tapi sebab bunyi enjin motor n kereta yang menderum di luar...so kena la cut....

habis ja blakon kami tandatangan kontrak untuk mendapatkan bayaran...kalau x salah sorang dapat 50 ke or lebih gak la...dah lupa...beberapa bulan lepas tu kami dapat bayarannya..masa tu rasa banyak sangat duit yang dapat tu...seronok tak terkata la...

bila terjumpa balik video ni memang mengimbau kenangan...pertama kenangan dengan kawan2..seronoknya...muda2 nampak kawan2..hahhaa...yang paling best dalam video ni adalah gambar orang terakhir tu adalah my love...ha kurus kan dia....

actually masa ni la kami mula2 duk berkenan-kenan...aku duk kena ngorat ngan dia..masa ni la...main pas2 tisu n tulis2...sebab kami duk sebelah2...gatai!!!dia hujung skali n aku pun hjung skali pakai baju putih...aku tak pakai baju pengawas masa ni...ntah kenapa ntah...jadi lakonan ni around bulan 10 la rasanya sebab after sign kontrak aku ingat pasal besday gift dari dia...hehhehe.....

ok la malas nak publish kisah cinta banyak2 sebab masa tu belum matang pun...

Friday, April 20, 2012

Andai lelaki tahu.......

aku ada baca satu artikle yang orang share dekat FB...aku amat tertarik dengan setiap kata-kata di dalamnya,...mungkin orang akan cakap jiwang bagai...tapi ada aku kesah..yang penting setiap yang ditulis oleh penulis ini aku suka dan aku rasa menusuk apabila membacanya...perasaan penulis ni sama macam apa yang aku rasa cumanya dia lebih bijak dalam berpuitis....


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

aku tertarik dengan rangkap ke2- ke3 ....

betul bila diriku  mengalirkan air mata aku sentiasa mohon kekuatan agar aku terus dapat bersamanya walaupun kadangkala sesuatu itu sakit..aku akan mencari kekuatan untuk memaafkan kesalahannya..bila aku marah bukan aku marah saja2 tapi aku nak sesuatu yang terbaik utk hubungan ni..aku tak suka orang mencanang kisah kami..memburukkan namanya...


tetapi bagi rangkap 16...aku tidak sesekali akan menggungkapkan perkataan tinggalka aku sebab nak membayangkannya aku boleh mengalirkan air mata laju2 apatah lagi kalau aku yang memintanya....alhamdulillah sepanjang 7 tahun bercinta belum sekali ungkapan tinggalkan aku atau KITA PUTUS keluar dari mulut kami secara rasmi yang menandakan berakhirnya hubungan...nak kata tak sebut perkataan putus langsung susah lak kan..dah kalau nak sebut putus tali...putus ekor cam na lak kan...hahhaha...lawak!!!

dia selalu kata jangan biasakan diri dengan perkataan tu...tengok kawan2 dia mudah ja putus sambung putus sambung....ish apa tu kan..kalau dah kawin takkan nak cerai rujuk cerai rujuk...so jangan amalkan ye...

ok la malas nak kupas banyak2 la...sebab semuanya berkaitan dengan apa yang aku rasa..TQ kepada penulis asal....
yes!! i know that.. i love u so much!!

Ya Allah andai dia jodohku...engkau kuatkan hati dan kukuhkan perasaan kami agar dapat bersatu dalam sebuah ijab kabul.. engkau kukuhkan iman kami agar kami dapat terus mentaatiMu pada jalan yang benar..agar kepatuhan kami dalam mentaati suruhanMu membawa kami kearah sebuah keredhaan dan disinari kebahagian dalam kehidupan agar kami terus mentaatiMu...amin!!

Thursday, April 19, 2012

QUILLING

ok pernah dengar tak QUILLING...actually aku pernah dengar tapi aku tak tau apa dia..sekali hari tu aku kekeringan idea nak buat apa mencorak tahun 5...dari malam aku tak jumpa..sampai di sekolah aku searh guna wireless sekolah yang laju..macma2 ditaip..sekali terjumpa pasal quilling...

so aku pun dengan pantas mencubanya...aku jumpa satu website mula-mula terus buat..so aku susun-susun then jadilah corak terancang sususan bebas....

tengok hasilnya....


Bidang : Membuat rekaan dan corak 
Tahun : 5
tajuk : corak gulung (quiling shape)
Aktiviti : Menghasilkan corak susunan bebas menggunakan teknik gulungan kertas a.k.a Qulling shape...

bila nak buat RPH aku search lagi pasal Qulling ni sebab nak tau apa sebenarnya konsep dia..sekali terjumpa la "BASIC QUILLING SHAPE"
sumber  : http://poorvacrafts.blogspot.com/2010/04/quilling.html
jadi masa dalam kelas aku perkenalkan la basic shape ni melalui satu gambarajah yang aku buat...so hasilnya cantik-cantik juga budak2 buat...kebanyakkan sangat suka buat bentuk love

jom layan gambar my cute students









telengkan kepala anda

That all...TQ

Monday, April 16, 2012

PASU UNTUK IBU....

dah lama tak update....aktiviti seni lagi kali ni membentuk dan membuat binaan lak...

bidang  : membentuk dan membuat binaan
tajuk    : pasu untuk ibu


sebenarnya tajuk ni bidang kraf pun boleh..asalnya RPH kraf tapi tiba2 jadi membentuk sebab aku malas nak ajar cara mengukir corak dengan betul...jadi hasilnya nampak lebih kepada membentuk la...kira ada gabungan kraf ckit...

langkah buat senang je...


1. sediakan  botol plastik dan plastesin dalam 2-3 kotak...

2. mulakan dengan melenyek plastesin dan balutkan pada plastik.
 
 3. kemudian tampalkan pada botol.

 4. Picit dan tekan untuk memastikan plastesin memenuhi botol

 5. tambahkan warna lain jika tak cukup..buat mulut pasu...then buat hiasan pada pasu mengikut kreativiti.


sekarang jom usha plak anak-anak didikku punya kerja..




dan inilah hasilnya yang dapat dipamerkan...ada 20 orang je ari tu..tapi kat sini ada 17 /20...yang lain xsempat siap pada masa yang ditetapkan