Berdasarkan
kedua-kedua karya aliran post Impresionisme diatas, jelas menunjukkan beberapa
persamaan dan perbezaan. Persamaan di lihat melalui jenis bahan yang digunakan.
Tema jelas menunjukkan perbezaan iaitu Karya 1
mengenai kesengsaraan manakala Karya 2 mengenai kedamaian. Gaya
persembahan catan menunjukkan perbezaan yang begitu ketara, apabila karya 1
kelihatan begitu agresif dengan teknik sapuan impasti berbanding Karya 2 yang
begitu halus dengan teknik Glazing
Jika
dinilai, karya 1 iaitu “Starry Night” lebih memenuhi ciri-ciri post
impresionisme kerana menekankan penggunaan sapuan berus yang agresif disamping
penggunaan warna yang tidak di campur. Kebanyakan sapuan warna yang asli serta
bertindih antara satu sama lain. Selain itu juga warna yang pekat digunakan
bagi mewujudkan kesan tekstur pada permukaan.
Bagi
karya 2 “Waktu Pagi Di Kampung” agak kurang menonjol aliran impresionisme
kerana pelukis telah menggabungkan pengaruh post impresionis dan struktur
gambar cina dalam karyanya.
Walaubagaimanapun,
kedua-dua pelukis tidak membuat peniruan tetapi mencipta bentuk. Mereka
memenuhi ciri post impresionisme dengan memilih subjek utama yang berkaitan landskap dan aktiviti seharian masyarakat setempat.
disediakan oleh :
Noor Fadhilah (IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)
Noor Fadhilah (IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)
***free to copy***





