follow me....

Friday, September 9, 2011

JANGAN BERSELIMUT!!

hoi2...
hari ni x pegi kelas...puncanya aku telah dilanda "DEMAM" semalam dan berlanjutan ke pagi...tapi lepas bangun ni dah rasa sihat dah...cuma kepala ni masing memusing..badan dah xpanas pun....semua ni gara2 aku batuk yang teruk....
google search

menurut  sumber http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Demam.pdf  yang aku baca demam ni berpunca daripada jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga,cirit birit, denggi, dan HIV. Juga Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)...

hurmmm ini lah yang terjadi padaku...

dalam info ni jugak aku ada terbaca pasal macam mana rawatan demam di rumah : 
  1. Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
  2. Minum air atau cecair dengan kerap utk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  3. Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  4. Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
  5. Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  6. Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam

kalau tengok info ni memang kebiasaannya kita buat di rumah..cuma ada info ke-5 tu aku dah tersalah konsep la ye...info ni cakap jangan berselimut....tapi aku memang berselimut bukan main..sebab masa aku kecik mak aku kata berbungkus dalam selimut biar sampai keluar peluh...so aku pun buat benda yang sama...rupanya dengan berselimut dia akan meningkatkan suhu badan..patut la semalam lepas berselimut aku rasa sangat panas...bahang gile seluruh badan..bila aku buang selimut sejuk pulak..adoyai.....


ini la terjadi kepaku....kejap panas kejap sejuk..batuk sampai muntah...aduss....so aku doakan semoga aku sihat..

No comments:

Post a Comment