follow me....

Sunday, February 19, 2012

BINTANG UNTUK AWAK

Sem ni aku bukan sahaja menjadi guru PSV tapi juga menjadi juga menjadi guru BM...

mengajar BM menjadi satu kerunsingan kepadaku...aku sentiasa mencari idea untuk mengajar dengan baik...nak pulak aku menggalas beban untuk mengajar KSSR untuk murid tahun 2.....hurmmmmm mula2 rasa berat tp setelah dibimbing ok...rph pun senang je....masalahnya kepada aku adalah tahap murid dalam kelas aku.....ada 5 orang budak LINUS....seorang murid yang mengalami masalah silau yang melampau..bila tngah hari bercucuran air mata dia sebab panas.....seorang lagi masalah khas (katanya family problem...kadang2 dia akn koyak kertas yg diberi..suka conteng buku kawan....tapi lukisan dia cantik)..dalam kelas aku dia tak buat hal plak......

mengajar BM KSSR ni xda la masalah kepadaku nak gabungkan kemahiran sebab dia dah ada pemetaannya yang tersendiri iaitu
isnin - kemahiran mendegar dan bertutur
selasa - kemahiran membaca
rabu - kemahiran menulis
khamis - seni bahasa
jumaat - tatabahasa...

so aku dapat rabu n jumaat...so no hal la....masalahnya ada jugak yang lambat menulis....budak yan dianggap normal pun masih ada yg tahap membaca agak lemah....jadi amatlah bermasalah kalau bagi latihan..murid pintar cerdas ni dah siap...yang lembam ckit ni baru duk merangkak-rangkak.....
 jadi kalau nak menulis ni memang x siap la...aku mmg bagi lembaran kerja...
masalah lagi dengan lembaran kerja ni murid tak lekat n terhegeh2 nak lekat...so aku perkenalkan KAEDAH SAMPUL........

ni la sampulnya.....

 sampul ni aku bahagikan ikut warna...warna ni berdasarkan kumpulan dalam kelas..so senang nak bagi n kumpul....
 dekat sampul bahagian depan aku letak nama n ala2 isi kandungan ...senang aku nak rujuk...
 zoommmmm......

selain tu aku juga menggunakan kaedah ekonomi token....tapi aku gunakan BINTANG....ni bahagian blakang sampul...
bintang berwarna kuning aku bagi kepada murid yang berkelakuan baik,siap kerja n yang baik2 la..bintang merah plak kepada murid nakal..malas dan seangkatannya...
ruangan bintang
ni bahagian isi kandungan...aku akan tandangan n buat sedikit catatan..

 tu contoh bintang aku dah bagi

ni la semua sampul terkumpul...

kaedah yang aku gunakan ni agak berkesan...pada hari pertama aku perkenalkan murid paling nakal memang agak senyap la...buat kerja dengan baik sebab takut kena bintang merah....

dah seminggu aku jalankan benda ni agak bagus la...

murid2 lebih berdisiplin n semangat nak siapkan kerja...bila aku edarkan sampul ni semua akan tengok berapa bintang dah dikumpul....klu kawan lebih banyak mereka akan cepat2 n semangat sebab nak dapat jugak bintang...

jadi akan bunyi la..."cikgu nak bintang  jugak"....

klu nak bintang awak kena siapkan kerja...duduk diam2..buat kerja guna tangan bukan guna mulut...baik cikgu...

bila dah siap kerja....cikgu dah siap...nak bintang....

ok lah nah BINTANG UNTUK AWAK....

p/s : tapi ingat jangan asik bagi je bintang..aku kedekut bintang..budak yang datang cakap dah siap akan ku semak dulu..klau ada salah aku akn suruh betulkan baru dapat bintang...bukan apa tak nak kerana bintang kualiti kerja menurun sebab berlumba2 nak bintang banyak......

GOOD LUCK ILAH!!!

2 comments: