follow me....

Wednesday, December 12, 2012

ARTIKEL BUKU PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN....

-->
TEKNIK HATCHING DAN CROSS-HATCHING MENGGUNAKAN PENSEL WARNA
DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEWARNA
Noor Fadhilah Binti Mat Hassan
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan pensel warna  secara teknik hatching  dan cross-hatching  dalam aktiviti  menggambar. Responden kajian ini terdiri 10 orang murid di Sekolah Kebangsaan Dato Klana Maamor. Tinjauan awal mendapati murid tidak menguasai kemahiran mewarna dengan baik. Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan minat murid menjalankan aktiviti menggambar, meningkatkan penguasaan kemahiran mewarna dan membantu mengaplikasikan teknik untuk membentuk kesan 3D. Instrumen pengumpulan data yang digunakan ialah soal selidik,analisis dokumen dan ujian. Dapatan kajian mendapati 100 peratus murid berminat menjalankan aktiviti mewarna menggunakan teknik hatching dan cross-hatching.Selain itu, penguasaan kemahiran mewarna murid meningkat apabila 70 peratus murid mencapai tahap baik semasa menjalani ekplorasi teknik teknik hatching dan cross-hatching. Hasil dapatan ujian menunjukkan sebanyak 100 peratus murid memperolehi gred A dan B. Kesimpulannya, pendedahan tentang teknik hatching dan cross-hatching dapat membantu murid meningkatkan kemahiran mewarna.

1.0 REFLEKSI P&P
Sepanjang proses P&P, penyelidik mendapati murid kurang berminat dengan aktiviti PSV.Mereka tidak berminat menggunakan pensel warna kerana hasil kerja lambat siap. Murid juga tidak didedahkan dengan teknik mewarna. Berdasarkan analisis terhadap Karya P&P lepas bertajuk haiwan kesayangan saya, mendapati murid mewarna secara mendatar dan tiada tindanan atau campuran warna, Objek  diwarna secara penuh dengan tekanan warna yang kuat untuk menghasilkan warna yang terang. Jadi warna yang sama ditekan berulang kali sehingga terhasilnya warna yang terang dan pekat. Jadi tidak wujud ton warna. Oleh itu tidak wujud ton warna yang dapat mewujudkan kesan 3Dimensi pada objek yang diwarnakan.

2.0 FOKUS KAJIAN
Penyelidik mendapati penguasaan kemahiran mewarna menggunakan pensel warna dalam kalangan murid begitu lemah. Sehubungan itu, satu kajian tentang meningkatkan penguasaan teknik hatching dan cross hatching menggunakan pensel warna untuk menimbulkan kesan 3 dimensi pada objek telah dijalankan. Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan kepada minat murid untuk menjalankan aktiviti menggambar,penguasaan kemahiran mewarna secara teknik hatching dan cross-hatching dan mengaplikasikan teknik hatching dan cross-hatching.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
Objektif  umum
Meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan pensel warna secara  teknik hatching dan cross-hatching bagi murid tahun 5.
Objektif Khusus
     i.      Meningkatkan minat murid untuk menjalankan aktiviti menggambar menggunakan teknik mewarna yang betul.  
   ii.      Meningkatkan penguasaan kemahiran mewarna melalui eksplorasi teknik hatching dan cross-hatching.
 iii.      Membantu murid mengaplikasikan  teknik hatching dan cross-hatching untuk menimbulkan  kesan  3D pada objek menggunakan pensel warna  dalam aktiviti menggambar.

Soalan Kajian
     i.      Adakah pendedahan tentang teknik hatching dan cross-hatching dapat menarik minat murid untuk menjalankan aktiviti menggambar?
   ii.      Adakah eksplorasi teknik hatching dan cross-hatching, menunjukkan perubahan terhadap kemahiran mewarna murid?
 iii.      Adakah murid dapat  mengaplikasikan teknik hatching dan cross-hactching untuk menimbulkan kesan 3D pada objek?

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 10 orang responden daripada kelas 5 Klana. Responden  terdiri daripada 5 orang murid perempuan dan 5 orang murid lelaki. Responden dipilih berdasarkan markah pencapaian semasa ujian sebelum intervensi. Kesemua responden ini telah memperoleh gred C semasa ujian sebelum intervensi. Walaupun mempunyai pencapaian yang rendah,mereka menunjukkan komitmen yang baik semasa sesi P&P dimana mereka tetap akan membawa alat dan bahan yang diperlukan walaupun tidak berminat menjalani aktiviti PSV. 

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Bagi menambahbaik tahap penguasaan kemahiran mewarna,penyelidik memberikan pendedahan yang maksimum teknik hatching dan cross-hatching bermula daripada aktiviti mudah kepada susah . Responden telah menjalani intervensi secara latih tubi selama empat minggu iaitu setiap kali  sesi P&P PSV. Berikut merupakan empat aktiviti yang dijalankan terhadap responden:
1) Aktiviti 1 – Mengenal alat dan eksplorasi teknik mewarna.
a)      Murid diperkenalkan dengan cara   memegang pensel warna dengan betul
b)      Murid  diperkenalkan dengan teknik mewarna menggunakan pensel warna.
2) Aktiviti 2 – Eksplorasi teknik hatching dan cross-hatching
a)      Murid diterangkan tentang teknik hatching dan cross-hatching dengan mendalam.
b)      Murid membuat latihan stroke secara berulang kali.
3) Aktiviti 3 – Eksplorasi teknik hatching dan cross-hatching pada objek
a)      Murid menjalankan 4 siri latihan.
b)      Murid mengaplikasikan teknik hatching & cross hatching pada buah epal dan pir.
c)      Guru menerangkan aspek cahaya, ton untuk membentuk kesan 3D pada objek.
4) Aktiviti 4 – Ujian Selepas Intervensi

6.0 DAPATAN
Dapatan dari soal selidik menunjukkan bahawa minat responden telah bertambah. Selepas menjalani intervensi, penyelidik mendapati 100% murid berminat menjalankan aktiviti mewarna menggunakan teknik hatching dan cross-hatching. Ini menunjukkan tindakan yang dirancang berjaya meransang dan mengekalkan minat murid terhadap teknik yang diperkenalkan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Hal ini disokong oleh  Kenworthy (dalam Noraini 2008) yang mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Apabila seseorang meminati sesuatu maka ia akan bersikap positif terhadap perkara tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan.






Foto 1: Peningkatan kemahiran mewarna murid dari latihan 1 hingga latihan 4

Berdasarkan instrumen analisis dokumen mendapati eksplorasi teknik hatching dan cross-hatching secara latih tubi dapat meningkatkan kemahiran mewarna murid. Hal ini jelas apabila terdapat perubahan yang ketara terhadap pencapaian murid bermula dari siri latihan 1 hingga ke latihan 4.  Penguasaan kemahiran mewarna murid meningkat apabila 70 % murid mencapai tahap baik semasa menjalani ekplorasi teknik hatching dan cross-hatching.Perubahan pencapaian murid ini jelas menunjukkan  latihan secara berulang kali dapat mengingkatkan penguasaan kemahiran murid. Hal ini disokong oleh Ezani (1999), yang mengatakan aktiviti pengulangan melalui latih tubi dapat  mencapai tahap penguasaan kemahiran disamping menjamin pengekalannya. 



Foto 2: Hasil karya murid bagi Ujian Sebelum Intervensi dan Selepas Intervensi

Berdasarkan ujian amali yang telah dijalankan, murid dapat mengaplikasikan teknik mewarna secara hatching dan cross-hatching untuk menimbulkan kesan 3Dimensi dengan baik. Hal ini jelas apabila terdapat perubahan pencapaian markah antara ujian pra dan ujian pos. Kesimpulannya,  stroke hatching dan cross-hatching ditindan antara satu sama lain dapat menimbulkan kesan terang dan gelap sekaligus memberi kesan 3Dimensi pada objek yang diwarnakan. Hal ini disokong oleh Valerie Colston(2008),“colored pencils are a natural line medium but there are other ways of buiding up solid color and tone. Traditionally used in pencil drawings, hatching, crosshatching and shading can be used to overlay and mix colours.”

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian tentang meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan teknik hatching dan cross-hatching  dapat dipertingkatkan dengan beberapa penambaikkan seperti berikut:
1)      Merangka periodisasi latihan untuk satu jangka masa yang lebih panjang iaitu 8 hingga 12 minggu.
2)      Saiz responden  boleh diperbesarkan supaya dapatan kajian boleh digeneralisasikan. Penggunaan responden yang besar memberikan dapatan kajian yang lebih tepat.
3)      Mengaplikasikan teknik hatching dan cross-hatching pada aktiviti menggambar lain seperti pemandangan.
4)      Dijalankan bagi murid tahun lain iaitu murid tahun 6 kerana mereka juga kurang pendedahan tentang teknik mewarna.
5)      Mengaplikasikan teknik hatching dan cross-hatching menggunakan media lain seperti pensel, pen dan marker
7.0 RUJUKAN
Noraini Omar (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Sarawak.

Valeria Colston (2008), 200 Projects To Strenghthen Your Art Skills , Singapore : Quarto Publishing.


****khas buat rujukan adik2 di ipg.....ni adalah contoh artilkel....komen tentang artikel ni dari panel penilaian ialah tambahkan 6.0 menjadi analisis dapatan. 7.0 hasil dapatan  8.0 cadangan penambah baikan. 9.0 rujukan **********

Thursday, August 2, 2012

RAMADHAN..

SALAM RAMADHAN...

semoga ramadhan tahun ini membawa keberkatan....


rasanya dah lama menyepi dari dunia blog...actually masih rajin tuk mencurahkan idea tapi masa membataskan semua...cumanya sekarang dah kurang berminat sangat nak publish pasal diri sendiri maksudnya personal punya cerita..rasanya lebih berminat kepada publish cerita2 yg melibatkan kerjayaku sebagai seorang guru kot...maksudnya pasal aktiviti di sekolah.idea2 dalam psv....lebih kurang gitu la....


ok la jumpa di lain masa...

Sunday, July 1, 2012

WHAT SHOULD I DO


 Sem baru sudah bermula so semakin banyak kerja yang menanti...jom!!my checklist

1) ACTION RESEARCH (AR) / PENYELIDIKAN TINDAKAN

·         Aku kena bertungkus-lumus kat sekolah…aku baru berada di peringkat pra intervensi…segala lembaran kerja n pelbagai masih belum disediakan lagi…harap dapat setelkan dalam tempoh 4 minggu disekolah
·         Balik akan sediakan full report

2) PROJEK INTERNSHIP – 3 PROJEK
  • Kertas kerja
  •   Pelaksanaan
  •   Laporan
  •    Folder internship

***semua ni siapkan dalam tmpoh 4 minggu kat sekolah


3) PENGERUSI SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
·         Huh aku dah diberi kepercayaan untuk menjadi pengerusi seminar penyelidikan yang dijangka pada bulan oktober..aduhh hope aku dapat jalankan tugas dengan amanah dan dedikasi….
Banyak prosedur dan perkara yg kena uruskan ni….

4) PROJEK PSV 3114 – SENI DAN PENGURUSAN
·         Disebabkan subjek pengurusan, maka lec nak adakan satu pameran yg perlu diuruskan oleh kami

5) GRAND NIGHT DINNER –PISMP SEM 8 
·         Kelas kami di bawah kendalian tasya n ijad perlu uruskan perhiasan ball room Alson Klana Hotel tuk Grand Night Dinner sem 8..macam glamour ja dengar perancangan majlis ni…hope mampu meninggalkan sejuta kenangan di akhir pengajian ni

6) PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PSV 3114 –SENI DAN PENGURUSAN
·         Masih di bawah Dato’, kami dibahagikan kumpulan dan perlu sediakan kertas kerja bagi projek seni yang berlainan dan laksanakannya…group aku bersama intan n jaja dapat aktiviti tayangan dan apresiasi….nak kena anjurkan lawatan 

7) PEMBENTANGAN TUTORIAL EDU 3108

8)PEMBENTANGAN FORUM EDU 3109

Monday, June 25, 2012

ayuh kembali ke sekolah!!

25 Jun 2012...dah kena kembali ke sekolah...buat apa??internship....aduhhh malasnya...
nasib sebulan je...kami kena siapkan 3 projek 

ok bye2 gud luck!!!

Saturday, June 23, 2012

Love cannot live without friendship.

We love each other because love cannot live without friendship.
he is my bestfriend n my love

 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Friendship is a quiet walk in the park with the one you trust.
    
Love is when you feel like you are the only two around.
 
Friendship is when they gaze into your eyes and you know they care.
    
Love is when they gaze into your eyes and it warms your heart.

Friendship is being close even when you are far apart.
    
Love is when you can still feel their hand on your heart when they are not near.

Friendship is hoping that they experience the very best.
    
Love is when you bring them the very best.

Friendship occupies your mind.
    
Love occupies your soul.

Friendship is knowing that you will always try to be there
     when in need.
    
Love is when you will give up everything to be at their side.

Friendship is a warm smile in the winter.
    
Love is a warming touch that sends a pulse through your heart.

Love is a beautiful smile to which nothing compares:
     A tender laugh, which opens your heart,
     A single touch that melts away your fears,
     A smell that reminds you of the tenderness of heaven,
     A voice that reminds you of the innocence of youth.

Friendship can survive without love.
    
Love cannot live without friendship.

copy from :  http://www.appleseeds.org/friendship_love.htm

Thursday, June 21, 2012

PERCUTIANKU : LANGKAWI PART II

Bersambung dari entry  PERCUTIANKU :LANGKAWI PART I


Kami bangun awl pg ni..sekitar 9 pagi dah keluar dari rumah terus ke galeri perdana…melawat galeri ni dalam sejam lebih….semakin x seronok keadaan galeri ni berbanding 4 tahun lalu masa aku pergi..econ pun sedang dibaiki so x seronok la round2 dalam ni…tapi kagum dngan koleksi Tun Dr Mahathir …


di hadapan galeri perdana

Lepas tu bergegas plak ke underwater World…kononnya nak tengok penguin tapi dah terlepas show pkul 11 sebab kami sampai dah 11.15….so jalan2 la…dapat tengok penguin berak..sebab dia dah kenyang….pusing sampai dua kali dalam ni…harga tiket RM28.00





  Underwater World


uniknya masa kat sini pekerja tengah siapkan pentas sempena sambutan hari jadi peguin
hahaha comelll

 
Then , g makan plak dekat restoran ikan bakar depan chenang ni…harganya agak mahal ckit la…tapi dapat mengisi perut kami..lepas makan terus solat sebba pukul 2 dah nak kena g pantai..

Dalam pkul 2 abang Din kami punya owner untuk Island Hopping datang jemput kat depan underwater World…so kami gerak ke pantai…sampai awal daripada sepatutnya kul 2.30 stat ber”island Hopping”..so terus mula…



mula2 naik memang bes la…abang superman ni bawa kami ke tasik dayang bunting…tinggal kami selama sejam kat situ..so kami memanjat tangga n bermandi manda di situ…kagum dengan keanehan tasik ini….air dia langsung x rasa masin walaupun sebenarnya dia berada di laut..memang bes...airnya sejuk..semua mandi kecuali intan n akim...im n jaja naik bot kayuh2 tu...




 
Lepas selesai kat cni, abg ni bawa pula kami ke pulau singa besar tuk lihat helang…abang tu campakkan kulit ayam maka turunlah helang2 mengutipnya….berada kat area ctu antara 10-15 minit kami sambung lagi perjalanan…


Berhenti pulak dekat Pulau Beras Basah..kat cni kami mandi laut pulak….




Dalam kul 5 kami balik dari pulau tu….kira dalam 5.30 setel la island hopping ni..kira 3 jam  la masanya...

 
Balik dari Island Hopping singgah jab pasar malam beli makanan bergoreng kononnya nak makan kat kolam renang kat umah sewa…balik terum g swimming pool..baru semangat nak terjun rupanya kena berswimming suit plak…so kami x dapat la..geng laki je..so kami menonton saja…

Dah bosan tngok diorang kami balik n bersiap tuk keluar sebelah malamnya….makanya kami pun keluar sekali lagi ke pecan kuah membeli coklat dan pelbagai lagi…pastu pergi lagi sekali uptown beli apa yg patut…then pergi makan area lubuk buaya tp kat restoran mangga…sempat kami berborak bersukaria sambil main teka teki..dalam pukul 12 baru gerak balik rumah sewa…rehat n tidur…


<<<<<<<<<< ok..bye2 sambung lagi dalam PART akan datang >>>>>>>>>>>>>>>>>>>