Bersambung dari entry PERCUTIANKU :LANGKAWI PART I
Kami bangun awl pg ni..sekitar 9 pagi dah keluar dari rumah
terus ke galeri perdana…melawat galeri ni dalam sejam lebih….semakin x seronok
keadaan galeri ni berbanding 4 tahun lalu masa aku pergi..econ pun sedang
dibaiki so x seronok la round2 dalam ni…tapi kagum dngan koleksi Tun Dr
Mahathir …
di hadapan galeri perdana
Lepas tu bergegas plak ke underwater World…kononnya nak
tengok penguin tapi dah terlepas show pkul 11 sebab kami sampai dah 11.15….so
jalan2 la…dapat tengok penguin berak..sebab dia dah kenyang….pusing sampai dua
kali dalam ni…harga tiket RM28.00
Underwater World
uniknya masa kat sini pekerja tengah siapkan pentas sempena sambutan hari jadi peguin
hahaha comelll
Then , g makan plak dekat restoran ikan bakar depan chenang
ni…harganya agak mahal ckit la…tapi dapat mengisi perut kami..lepas makan terus
solat sebba pukul 2 dah nak kena g pantai..
Dalam pkul 2 abang Din kami punya owner untuk Island Hopping
datang jemput kat depan underwater World…so kami gerak ke pantai…sampai awal
daripada sepatutnya kul 2.30 stat ber”island Hopping”..so terus mula…
mula2 naik
memang bes la…abang superman ni bawa kami ke tasik dayang bunting…tinggal kami
selama sejam kat situ..so kami memanjat tangga n bermandi manda di situ…kagum
dengan keanehan tasik ini….air dia langsung x rasa masin walaupun sebenarnya dia berada di laut..memang bes...airnya sejuk..semua mandi kecuali intan n akim...im n jaja naik bot kayuh2 tu...
Lepas selesai kat cni, abg ni bawa pula kami ke pulau singa
besar tuk lihat helang…abang tu campakkan kulit ayam maka turunlah helang2
mengutipnya….berada kat area ctu antara 10-15 minit kami sambung lagi
perjalanan…
Berhenti pulak dekat Pulau Beras Basah..kat cni kami mandi
laut pulak….
Dalam kul 5 kami balik dari pulau tu….kira dalam 5.30 setel
la island hopping ni..kira 3 jam la
masanya...
Balik dari Island Hopping singgah jab pasar malam beli
makanan bergoreng kononnya nak makan kat kolam renang kat umah sewa…balik terum
g swimming pool..baru semangat nak terjun rupanya kena berswimming suit plak…so
kami x dapat la..geng laki je..so kami menonton saja…
Dah bosan tngok diorang kami balik n bersiap tuk keluar
sebelah malamnya….makanya kami pun keluar sekali lagi ke pecan kuah membeli
coklat dan pelbagai lagi…pastu pergi lagi sekali uptown beli apa yg patut…then
pergi makan area lubuk buaya tp kat restoran mangga…sempat kami berborak
bersukaria sambil main teka teki..dalam pukul 12 baru gerak balik rumah sewa…rehat
n tidur…
<<<<<<<<<< ok..bye2 sambung lagi dalam PART akan datang >>>>>>>>>>>>>>>>>>>
No comments:
Post a Comment