google search.. |
hai kaki novel muncul lagi....walaupun masih mood raya aku tetap nak baca novel...balik umah terjumpa plak novel ni kat bilik adik..so apa lagi kebas la...
cerita ni memang bes la...
so kat sini aku masukkan sinopsis cerita ni ye...
ANEHNYA cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagia sudah di depan mata?
Sayang sekali... gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka.
Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki!
cerita ni mengisahkan sepasang kekasih yang mengharungi pelbagai dugaan sepanjang bercinta..dan akhirnya bersatu...rasa cinta yang kuat antara mereka menyebabkan masing-masing menderita...melalui cerita ni aku dapat rasakan betapa setianya seorang lelaki yang bernama reeza....setelah 2 kali ditinggalkan dia merana hingga sakit yang teruk....semuanya kerasa si rasya yang meragui kesetiaan kekasihnya itu...akhirnya keputusan yang diambil meragut kebahagiaan yang dicipta...
sedih jugak cerita ni....mungkin orang len baca kurang sedih kot...aku mendalami cerita ni kerana sikap dia ni ada kalanya ada sedikit persamaan dengan aku dalam membina perhubungan cinta aku dengan sidia..walaupun aku selalu membuat keputusan terburu-terburu untuk masalah kami sidia tetap cool...malah berusaha memulihkan keadaan..aduh kesian dia..namun alhamdulillah kami masih kekal bersama....jadi aku harap masalah kami tak da la seberat kisah SEHARUM KASIH ni....aku harap kasihku padanya dan kasihnya pada ku sentiasa harum hingga akhirnya....
No comments:
Post a Comment