follow me....

Wednesday, May 12, 2010

SISTEM ENDOKRIN


PENGENALAN 

Sistem endokrin merupakan himpunan kelenjar yang merembes bahan kimia perutusan yang dikenali sebagai hormon. Kelenjar endokrin manusia menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan hormon Hormon ini bergerak melalui saluran darah kepada organ sasaran dan menghasilkan pertukaran kimia dalam badan. Kelenjar endokrin manusia tidak mempunyai duktus. Oleh itu, ia merembeskan hormonsecara terus ke dalam aliran darah. Darah akan mengangkut hormon tersebut ke organ sasaran.

Fungsi hormon

Fungsi hormone adalah
1.    Mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isipadunya di dalam tubuh badan .
2.    Membantu tubuh badan ketika dalam keadaan tertekan
3.    Membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia
4.    Berperanan dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus.

Kelenjar Endokrin
Hormon Yang Dirembeskan
Fungsi
Pituitari (Pituitary)
Hormon tumbesaran (Growth Hormone-GH)

Mengawal proses tumbesaran.
 
 
Hormon ADH
(Antidiuresis Hormone)
 
Mengawal tekanan osmosis darah. 
 
Hormon perangsang tiroid
(Tyroid Stimulating Hormone-TSH)
 
Merangsangkan kelenjar tiroid untuk merembeskan hormon tiroksina.
 
 
Hormon perangsang Ovari dan testis.
(Follicle Stimulating Hormone-FSH)
Merangsangkan gonad iaitu ovari dan testis untuk menghasilkan hormon-hormonnya.
 
Tiroid (Tyroid)
Tiroksina
(Thyroxine))
Mengawal kadar metabolisme,pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental.
 
Adrenal Medulla (Adrenal Medulla)
Adrenalin
(Adrenaline)
 
 
Meningkatkan kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung bagi membantu badan menghadapi situasi kecemasan.


 Adrenal korteks
(Adrenal Cortex)
Aldosteron (Aldosterone)
Membantu dalam pengawalan tekanan osmosis darah.
 
Cortisol
(Cortisol)
Meninggikan kandungan gula dalam darah untuk membekalkan tenaga yang mencukupi bagi menghadapi situasi kecemasan.
Pankreas (Pancreas)
 
Merendahkan kandungan gula dalam darah dengan merangsangkan pertukaran glukosa kepada glikogen dalam hati.
 
 
Insulin
(Insulin)
Meninggikan kandungan gula dalam darah dengan merangsangkan pertukaran glikogen kepada glukosa.
 
Ovari (Ovary)
Glukagon
(Glucagon)
Mengawal ciri-ciri seksual sekunder perempuan seperti perkembangan kelenjar susu dan pengumpulan lemak pada bahagian-bahagian tertentu badan.
 
 
Estrogen (Estrogen)
Mengawal kitar haid.
 
Testis (Testes)
Testosteron (Testosterone)
Mengawal ciri-ciri seksual sekunder lelaki seperti pertumbuhan misai dan perubahan suara.
 


 ANATOMI DAN PSIKOLOGI (PISMP SEM 3)








No comments:

Post a Comment