follow me....

Sunday, May 30, 2010

hobiku diteruskan lagi

disebabkan kebosanan melanda aku berjaya menghabiskan 2 buah novel...
novel pertama tu nipis je....around 5 jam kot abis...tajuknya "AKU KAN NOVELIS"...tp novel ni aku xbaca deret kejap benti...
tp novel kedua ni walaupun page dia 610 aku habiskan araoun 7 jam gitu la...mean sehari aku duk ngadap je novel...aku stat baca "KEMILAU CINTA RAUDHAH "kul 12 lebih smpai kul 9...tp smbil2 tu...aku ada benti on9 dalam sejam...sidai baju n makan...so kira2 mungkin 7 jam la aku habiskan...so aku masukkan sinopsis tentang kedua2 cerita ni ye....

ni la sinopsis cita ni....
biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki, kerana cinta itu letaknya di hati seorang abdi
Kerana pasir, terbentuknya mutiara. Kerana tanah, lahirnya manusia.

Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan. Kembara hati dalam jiwa hamba. Kembara daripada hina kepada mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.
Kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya.

Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami
Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?
* * * *
Sebuah kisah cinta indah titipan daripada-Nya, tersusun tertib dalam Kemilau Mutiara Raudhah hasil kreatif seorang pelajar perubatan SAIDATUL SAFFAA.



so ni komen aku pasal cita ni.....

bg aku cita ni bes...
dia berbeza la dari kebanyakkan cita len..
ada unsur agama,percintaan,kekeluargaan..
cerita ni begiru menekankan keagamaan itu penting..yg aku suka walaupun raudhah seorang yang sgt menitikberatkan agama kerana all the family memang dididik begitu....tp watak dia tetap macam gila2 dengan kawan2 tp still pada batasnya....
sangat2 penuh dengan pengisian Islamik. Bacalah. Tak rugi kalau baca.
Antara yang ditekankan dalam novel ni; Jihad fi sabilillah, love after marriage is better, cara menutup aurat dengan sempurna dan mengikut syari'at, semua orang boleh berubah ke arah yang lebih baik, jangan terlalu kecewa jika pernah membuat silap pada masa silam, kerana peluang untuk menjadi hamba Allah yang baik masih terbuka telah ditekankan dalam novel KMR ni dan banyak lagi aspek2 lain2 yang turut ditekankan. Saya suka dengan watak Raudhah. Teruskan usaha kpd penulis novel ni..! Novel adalah satu medan menyampaikan dakwah islamiyah..suka jugak watak izzat..berterus trang bila suka pompuan n sanggup bersabar walaupun cintanya yg mendalam tidak diterima oleh bidadarinya....

i love this novel...tidaklah terlalu menghanyutkan aku dengan lelehan air mata....tp aku still sedih bab dia hampir nak kena rogol ..then laki dia g berjuang lak..dia ingat dia dah pregnent anak orang...rupanya doktor sahkan dia tak kena rogol pun...family dia tau pasal tu cuma xsempat nak bagi tau dia....

i never touch you doesnt mean i'll allow anybody to touch you dear.......ni la ayt izzat sebelum g palestin...


          seterusnya...



Sinopsis:

Buat Iza, cintanya pada Hisham hanya akan menjadi indah jika si pemuda melafazkan kata-kata itu terdahulu kepadanya. Seorang perempuan tidak patut memulakannya. Tetapi apakah Hisham juga menyimpan perasaan yang sama?

Buat Helmi, Jia Huey adalah segala-galanya yang dimahukan dalam seorang wanita dan gadis itu jelas seperti menyimpan perasaan yang sama. Cuma dia mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan wanita Tionghoa itu darinya.

Buat Safiah, menyelesaikan masalah percintaan sahabat-sahabatnya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sebagai seorang novelis kisah cinta, dia tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dalam bentuk seorang pemuda dengan rambut yang lebih merah dari api.


komen aku...
cita ni pun not bad...
sweet la jugak...
si safiah ni sempoi je...
aku suka cita ni sebab menceritakan pasal novelis n pelukis...
aku suka baca novel n i am the artist also...guru seni k...
aku suka lukis...aku harap sgt one day aku dapat lukis potret yg cantik utk org yg tersayang...yeyeee....
lawaknya dalam cita ni heronya ROUL..hentam kromo je cakap..byngkan hari 1st jumpe..dia trus cakap gua nak lu..wah klu aku jd safiah pun pa kes ingat ak apa ka..men lu gua la..bila safiah xsuka dia panggil lu dia tukar lak panggil LULU...hahah....sweet2...cita ni paling sedih bab kisah safiah ngn kekasih lama dia fakri...bayangkan dia xpernah jejak kwsan kelab malam tu sebab ex dia meninggal kat kawasan tu disebankan elak org mabuk...masa meninggal tu dia baru je balik dari restiran dekat kelab tu n bru je melamar safi jadi GF dia..n safia da kat blakang keta masa dia meninggal....aduh sedih....

so klu nak tau macamna safi ni leh bek ngn ROUL ni kena la baca sendiri...aku dah baca....sapa yg berminta klu terbaca aku punya komen ni bek p kedai cepat...hehee

Friday, May 28, 2010

yesss!!!

Lalalaa…
Hati ku gumbira xterkata…
Exam dah abis…lepas je setel exam td trus g meraikan kejayaan menjawab exam di restoran lelaki ini…hahaha…eh nama kedai tu megaway tomyam la…hahaaa….
So ada sedikit refleksi mengenai exam week ni…
Untuk subjek EDU,PSV 3105 n PSV 3106 rasanya tak da masalah untk dpat A ke A-
BM tu mybe leh kot dapat A-….tp anatomi seriously aku xkan dapat A…aku rasa nasib aku paling bek akan dapat B..aku skang taket C…
So keputusan UPSR aku di maktab ni (sebab subjek aku amik sma ngn UPSR 5 subjek kan) bakal dapat 4A- 1C kot…hahahaa…..
So makaceh kepada rakan2 ku tersayang jaja,im,tasya,pika n intan yg sma2 datang study n menggilakan diri bersama hehee….ati gak makaceh sama study kat bilik tv..rafhan n rina gak…
Makaceh kepada my love gak yg study BM bersama dalam fon je..tolong bg semangat masa takut exam anatomy n yr everyday wish me good luck…
Thanks to my mother always pray for me…
Las2 kali thanks pada sume la kawan2 sekelas aku yg bagi nota key g bincang2 kat luar kelas sebelum exam tu….
Sayang kamu sume….

Sunday, May 23, 2010

cuba rasa,,,,,

ha ni la nasi goreng DI...cuba la rasa...leh tahan la yg ni namanya NASI GORENG DI ++ sebab ada telur..harganya rm4...klu tnpa tlur nama NASI GORENG DI je harganya 3.50....

rasanya not bad..tapi aku spesis makan ckit ni cepat kenyang so muak la ckit...
anyway sapa yg makan banyak memang sesuai la....

Saturday, May 22, 2010

                               MISS U BABY...............

4 more.....

ada lg 4 paper lg ni yg bakal ak hadapi...
ari tu subjek pengurusan bilik darjah n tingkahlaku...
bg aku soalan x susah..so leh la score A for this subject..ak arap leh kekalkan sebba sepanjang ak amik ppaer EDU ak xpenah xdapat A- or A....

ari isnin ni stat exam n berdereten lak sume exam selasa,rabu n kamis...
apa la result yg bakal dapt..
apakah cukup persediaan aku....

minggu ni ak xbapa leh study..sakit pala...terutamnya arini kerana mengalami tanda2 awal masalah wanita...hehee..so aku merehatkan diri aje...

walauppun exam seni aku lebih tumpu anatomi n fisiologi...bukan apa..aku ni dah la  amik BIo memang xla tau sgt..cuma yg respirasi,darah,kelenjar sume tu memang belajar la dalam sains cuma x mendalam sgt...so aku hope can do better...walaupun ak tau ak lemah ak arap ak still leh dapat paling kurang B..
tinggal lagi 5 bab yg aku x tumpu iaitu intergumtari, sistem darah, limafatik, penghadaman dan setem pemakanan.ak akan habiskan gak..bukan apa yg lama...untuk satu2 bab ak amik masa yg lam cos ak paham secara detail..tp ak memang xleh nak ajar org bab ni macam edu xpa la leh bg pendapat...hehee...anyway ak bersedia....

skarang aku ngah baca SENI balik setelah td ak rehatkan diri,,ngah baca teknik menggambar..lagi 8 teknik xbaca...membuat corak dan rekaan belum pun sentuh..RPH tu aku dah study dah la...

SO BYE NAK TERUSKAN STUDY....ak nak naikkan pointer ni..sem lepad jatuh ckit ka 3.6 something je..ish2...terkumpul pun 3.67..xdapat capai target ku itu...bila la ni????

Thursday, May 20, 2010

lapo....

teringin lak nak makan laksa lg.........
ummmmm sedapnya..balik ni wat lagi la.....ak paling xtahan g balakng umah tengok bunga kantan yang sugar bugar mengembang....esoknya kompem ak trus wat laksa.....

ni laksa aku wat ritu...
 


ni lak bahan2 yg taruk atas...

Tuesday, May 18, 2010

EXAM WEEK

dah lama x pos blog kan....
hahaa....besa la ari tu sibuk gila ngan amali seni smpai xsempat al sume benda ni..
skarang ak layan FB lak...
bnyk sgt aktivti yg ak wa sepanjang ak x apdate blog...
salah satunya,,ak g ganu..amali n potluck sume tu...
ingt lepas exam bru nak upload kot...hehehee....

minggu lepas aku balik kg..ahad bru smpai maktab...mean ak balik kg sminggu tuk study week....
hahaa...sebenarnya x leh balik tp besala..ni dah sem ke2 ak bercuri sminggu setelah penat lelah wat keja...sem lepas sebab SIPMA..camna pon kat umah ak study k....ak dapat khatam la satu buku pengurusan bilik darjah dan tingkah laku tu...alhamdulillah..........

skarang ak ngah study ckit2 anatomi n seni...bm ak malas la lak...baca sikit je....

rindunya nak update blog..byk la kisah yg berlaku.......ada org yg cuba nak robohkan benteng percintaan kami dengan buat cerita ntah apa2 then cerita kat ak...nasib la ak n dia dapat setelkan...then klu sume org tau pasal benda ni memang plik..org tu sememangnya xda motif kot cita sume bnda karut tu kat ak...then ckap ak yg yg nak tau sgt n korek dari dia...hello mereng ka sewel dah ko yg carik aku then stat story ak mestila nak tau selanjutnya....bodo la ak tau cita sekerat jalan ....ish sewel kot.....tp dah malas pikir la...semoga org yg wat ak tu insaf la...thnks cos cita sume tu....macam ang  kata abaikan cita ang klu ak xnak...aku x abaikan cita ang tp ak mencari kebenaran di sebalik crita ang tp apa yg ak dapat ang cuba wat cita...n ang sendri pn dah ngaku....so pas ni ak dah xkan berbaik ngan ang dah la beb...sori la...ak sebenaqnya macam mau maki je that boy...tp xpala biarlah adam n dia yg setel.....

anyway skarang aku nak tumpukan study ak...lepas exam ak akan update blog sepuas2nya.....

wish me good luck......ak arap sgt dapat wat yg terbaik n tingkatkan ak punya ponter tu...bila la ak nak rasa dapat 3.8 ni haahaa...ak akan pastikan impianku tercapai sepanjang idupku bergelar guru pelatih di IPG ni...ye...ilah boleh.......

Wednesday, May 12, 2010

SISTEM ENDOKRIN


PENGENALAN 

Sistem endokrin merupakan himpunan kelenjar yang merembes bahan kimia perutusan yang dikenali sebagai hormon. Kelenjar endokrin manusia menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan hormon Hormon ini bergerak melalui saluran darah kepada organ sasaran dan menghasilkan pertukaran kimia dalam badan. Kelenjar endokrin manusia tidak mempunyai duktus. Oleh itu, ia merembeskan hormonsecara terus ke dalam aliran darah. Darah akan mengangkut hormon tersebut ke organ sasaran.

Fungsi hormon

Fungsi hormone adalah
1.    Mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isipadunya di dalam tubuh badan .
2.    Membantu tubuh badan ketika dalam keadaan tertekan
3.    Membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia
4.    Berperanan dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus.

Kelenjar Endokrin
Hormon Yang Dirembeskan
Fungsi
Pituitari (Pituitary)
Hormon tumbesaran (Growth Hormone-GH)

Mengawal proses tumbesaran.
 
 
Hormon ADH
(Antidiuresis Hormone)
 
Mengawal tekanan osmosis darah. 
 
Hormon perangsang tiroid
(Tyroid Stimulating Hormone-TSH)
 
Merangsangkan kelenjar tiroid untuk merembeskan hormon tiroksina.
 
 
Hormon perangsang Ovari dan testis.
(Follicle Stimulating Hormone-FSH)
Merangsangkan gonad iaitu ovari dan testis untuk menghasilkan hormon-hormonnya.
 
Tiroid (Tyroid)
Tiroksina
(Thyroxine))
Mengawal kadar metabolisme,pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental.
 
Adrenal Medulla (Adrenal Medulla)
Adrenalin
(Adrenaline)
 
 
Meningkatkan kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung bagi membantu badan menghadapi situasi kecemasan.


 Adrenal korteks
(Adrenal Cortex)
Aldosteron (Aldosterone)
Membantu dalam pengawalan tekanan osmosis darah.
 
Cortisol
(Cortisol)
Meninggikan kandungan gula dalam darah untuk membekalkan tenaga yang mencukupi bagi menghadapi situasi kecemasan.
Pankreas (Pancreas)
 
Merendahkan kandungan gula dalam darah dengan merangsangkan pertukaran glukosa kepada glikogen dalam hati.
 
 
Insulin
(Insulin)
Meninggikan kandungan gula dalam darah dengan merangsangkan pertukaran glikogen kepada glukosa.
 
Ovari (Ovary)
Glukagon
(Glucagon)
Mengawal ciri-ciri seksual sekunder perempuan seperti perkembangan kelenjar susu dan pengumpulan lemak pada bahagian-bahagian tertentu badan.
 
 
Estrogen (Estrogen)
Mengawal kitar haid.
 
Testis (Testes)
Testosteron (Testosterone)
Mengawal ciri-ciri seksual sekunder lelaki seperti pertumbuhan misai dan perubahan suara.
 


 ANATOMI DAN PSIKOLOGI (PISMP SEM 3)