follow me....

Sunday, May 6, 2012

Apreseasi Karya Pelukis Malaysia Aliran Impressionisme


Peter Harris
“Rumah Rakit Sungai Pahang”(1956)
38.2 x 48.2 cm.

Karya Peter Harris ini bertajuk Rumah Rakit Sungai Pahang. Karya ini bersaiz 38.2cm x 48.2cm dan menggunakan cat guac. Karya ini bertemakan pemandangan landskap tempatan. Ini jelas kelihatan  perumahan rakit di Kuala Lipis yang diambil dari atas tebing. Karya ini telah dihasilkan pada tahun 1956 iaitu sebelum merdeka. Air sungai kelihatan mengalir tenang dengan lambaian redup pohon-pohon di tebing sungai tersebut. Catan gaya impresionis ini mempunyai gubahan seolah-olah telah dibingkaikan oleh dahan-dahan pokok di sebelah tepi kiri dan kanan. 

Apresiasi Karya Pelukis Barat Aliran Impresionisme Claude Monet – Impression Sunrise





Claude Monet
Impression Sunrise (1872)
Oil on canvas (48 cm × 63 cm)

Karya Claude Monet yang bertajuk Impression Sunsrise ini merupakan karya agung bagi aliran impresionisme. Karya ini menggambarkan pemandangan landskap sebuah lautan di Le Harve. Pemandangan lautan ini kelihatan seperti berkabus tetapi dipancarkan oleh terik matahari terbit. Kelihatan dua buah bot yang sedang di dayung. Jelas kelihatan dua orang di atas bot bahagian hadapan dan bot belakang agak kabur.  Di belakang karya ini kelihatan seperti kargo atau dermaga yang tersusun di pinggir laut tetapi dikaburi oleh kabus pagi.


          Warna  yang digunakan kelihatan suram. Namun monet tetap berpegang pada prinsip aliran ini yang mementingkan cahaya dengan memalitkan warna oren kekuningan untuk menunjukkan suasana waktu fajar. Warna oren yang mewakili matahari senja menembusi lautan lalu membiaskan cahayanya pada air laut  yang kelihatan tenang itu dan meninggalkan kesan yang romantis pada karya tersebut.  Kepekaan pelukis pada kesan cahaya yang berjaya menunjukkan realiti dan keajaiban tentang perubahan atmosphera di langit dan kesan yang terjatuh pada permukaan air . Permukaan air yang bergerak dan bersinar dengan warna merah jingga telah digunakan oleh Monet untuk menyatakan aspirasi semangat impresionisme sebagai pergerakan, perjuangan mengangkat gaya dalam seni lukis. Garisan dalam karya ini di tonjolkan melalui kesan sapuan berus terutamanya pada bahagian pergerakan air yang tenang. Manakala garis halus dilakar untuk menunjukkan objek kabur iaitu tiang-tiang kargo yang diselindungi kabus pagi. Jalinan terhasil melalui kesan sapuan berus dan warna yang tebal pada bahagian langit dan permukaan air.

              Karya ini menggambarkan mengenai kedamaian suasana lautan di waktu pagi dimana masyarkat mula mendayung sampan untuk melakukan aktiviti harian. Warna terang yang melambangkan matahari pagi menggambarkan kepada kita bahawa setiap hari disuluhkan dengan semangat baru untuk melakukan aktiviti seharian. Laut yang tenang dengan garapan warna yang lembut menunjukkan kebersihan dan ketenangan alam semulajadi dimana setiap hari manusia dapat menghirup udara yang segar.  

              Karya ini menarik perhatian dari segi pencahayaan yang terang untuk menggambarkan keindahan lautan ketika sang suria terbit.  Namun yang lebih penting, pelukis bukannya bertujuan mahu melahirkan lukisan yang indah dan cantik. Matlamatnya ialah mencipta suatu rakaman realiti yang dilihatnya sendiri. Karya ini dapat menyedarkan individu bahawa bumi kita sebenarnya indah dengan kurniaan semulajadi daripada tuhan. Dari sudut pandangan pelukis sebagai suatu semangat Impresionisme yang mahu merakamkan  kesan visual dari realiti. Ada pergerakan, cahaya dan sesuatu yang amat dekat dengan mata kita yang boleh digambarkan secara realiti.

 disediakan oleh :
 Noor Fadhilah (IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)

***free to copy***

Teori Apresiasi Edmund Burke Feldman (PSV 3110)

Pengenalan
Menurut Edmund Burke Feldman 1994, kita mesti mengelak dari konflik sewaktu membuat kritikan. Antaranya, elakkan membuat kritikan pada kerja-kerja sendiri atau rakan yang terdekat atau sahabat karib. Ini tidaklah bermaksud kritikan tidak boleh dilakukan kepada seseorang artis atau kawan sesama artis. Yang sepatutnya merapatkan perhubungan di mana dapat melahirkan kritikan yang adil dan saksama.

Selain itu Edmund menghuraikan bahawa pengkritik tidak boleh menggunakan komen yang boleh merosakkan reputasi seseorang atau sesuatu kumpulan. Semua hasil karya seni boleh menjadi senjata kepada seseorang atau kumpulan tertentu untuk melemahkan semangat kumpulan lain yang merupakan suatu tindakan yang kurang sihat.

 terdapat 4 langkah dalam proses kritikan seni iaitu :

TEORI APRESIASI (PSV 3113)


TEORI APRESIASI 


 Pengenalan

Apresiasi merupakan salah satu aktiviti melihat dan menghargai serta menilai sesuatu karya seni. Menurut Zakaria Ali (1989), apresiasi seni merupakan satu latihan yang melibatkan deria pandang dan deria sentuh kita. Beliau juga memberikan contoh bahawa objek-objek seni seperti seni catan dan cetakan cuma boleh dipandang manakala objek-objek seni yang berupa arca dan binaan boleh disentuh. Kritikan seni perlu direalisasikan agar masyarakat dapat menerima kritikan dan apresiasi seni.

Menurut T.S.Elliot (terjemahan Wong Seng Tong (1991) ) . Kritikan ialah mengupas dan menghuraikan karya-karya seni dengan menggunakan tulisan atau tujuan dasarnya adalah menjelaskan karya-karya seni sementara mengawal selera pembaca.

Menurut Encyclopaedia Britannica, kritikan seni ialah satu perbincangan ilmiah yang beralasan dan bersistem untuk menghuraikan atau menilai gaya, teknik dan cara penghasilan karya seni itu. Manakala Pepper, Stephen C. (1996) pula menyatakan bahawa kritikan seni merupakan satu bidang ilmu yang perlu diketengahkan.

Apresiasi seni adalah hubungjalin dalam bentuk penghargaan di antara pengkritik dan seniman. Karya atau objek seni pula merupakan pernyataan seniman. Pengkritik seni perlu memberi ulasan dengan jujurMenghayati dan mengkritik sesuatu karya seni memerlukan satu disiplin yang khusus. Untuk menilai, kita perlu mempunyai kriteria-kriteria tertentu.

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa tokoh yang telah mengemukakan beberapa teori seni. Y Antaranya adalah Edmund Burke Feldman, Harry S.Broudy , Erwinn Panofsky dan Katherine Waiker. Namun dalam penghasilan tugasan ini penumpuan lebih diberikan kepada teori apresiasi yang dikemukakan oleh Edmund Burke Feldman.


 disediakan oleh :
 Fadhilah (IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)

***free to copy***

Thursday, May 3, 2012

KESEMPURNAAN

image from google search
Jika kita mencari kecantikan, sampai ke hujung dunia pun kita tidak akan jumpa yang abadi.Hari ini cantik , esok mungkin tidak lagi...

Itulah lumrah dunia...carilah kebahagiaan mengikut acuan cinta kita. bagaimana diri kita, begitulah pasangan yang Allah berikan untuk kita.

Kesempurnaan adalah milik Allah.Kesempurnaan pada manusia ada jika mereka tahu bahawa setiap pasangan itu perlu saling melengkapi.

(from novel pelukan cinta by Amisha Dania)

Wednesday, May 2, 2012

dari student

pada 27 april 2012 dengan rasminya tamatlah praktikum fasaIII saya...biasalah hari terakhir mestilah murid akan serbu guru praktikum untuk bersalam, beri hadiah , surat dan pelbagai lagi..untuk praktikum ni leh tahan banyak jugak hadiah yang diterima daripada students saya...

jom kita tengok...


hadiah yang telah dibuka..


dalam banyak-banyak hadiah tu aku sangat suka dengan hadiah di bawah ni...so sweet!!

anak murid aku bagi couple mug...aku memang suka...sangat comel n  simple...


dalam banyak2 hadiah n jugak ada satu yang pelik..jeng!!jeng!!

cuba baca nama di atas"CIKGU HALIZA"..hahaa pelik aku dengan budak yang bagi ni..budak darjah 1...anyway aku menghargainya sebab aku tak ajar pun darjah 1 tp tetap bg hadiah......

praktikum III memang terbaik la...pihak sekolah juga ada buatkan jamuan perpisahan untuk kami...guru pembimbing aku jugak ada bagi hadiah...dah guru pengakap pun kasi hadiah tudung....

TQ sangat2 warga SK Dato Klana Maamor...baik guru mahupun student memang seronok....miss u all