cuti aku tetap penuhi dengan baca novel....
sepanjang cuti aku berjaya menghabiskan 5 buah novel yeeeh..
ni la novel2 yang aku baca..aku masukkan sinopsisnya aja ye..malas la nak komen...
1 st novel
BANG KAMAL... Walaupun... segunung cinta yang kau hadiakan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati...
ENCIK FIRDAUZ... Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta mengapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi...
CHARMING... Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sunggu aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjad suri di hatimu...
AKU... Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagi pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini...
Ulasan...
cita ni bes..comei la..cute je..macam zaman2 lani punya stail...men ym2 bagai....
YMmenjadi perantaraan antara Adiya Fatiha @ 'Ugly Betty' bersama 'Charming'nya. Adiya Fatiha rasa bahagia berbual dengan Charming yang tak pernah diketahui nama dan rupa sebenar kawan mayanya itu. Perasaan bahagianya terganggu bila Abang Kamal hadir untuk menagih kasih darinya. Dalam masa yang sama, kelainan sikap ditunjukkan oleh bosnya, Encik Firdaus juga telah menimbulkan kekalutan di hati Adiya Fatiha. Seolah-olah lelaki itu juga ingin meraih cinta darinya. Siapakah yang akan dipilih oleh Adiya Fatiha?

hahhaa..memang lawak,...rupanya bos dia tu adalah charming hahaa...so sweet..baca la sendiri ye....
2nd | ||||||||||||||||||||||
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Tahun: 2007 (cetakan keempat)
Halaman: 621
Harga: RM19.00
Genre: Fiksyen
Pengantar: Bahasa Malaysia
Sinopsis:
Pada suatu detik itu, dirinya mewah dengan kasih sayang. Dia punya Ummi yang penyayang, seorang abang yang prihatin dan Nurul Adlynn, teman akrab yang dikenalinya sewaktu di perantauan. Dia bahagia walaupun di sebalik itu, kesabarannya seringkali teruji dengan sikap majikannya, Ezany yang tidak pernah senang dengan kehadirannya. Perlian dan bicara sinis lelaki itu menjadi halwa telinganya setiap kali mereka bertemu. Hinggakan dia adakalanya lelah dengan situasi sebegitu!
Pertemuan dengan Tengku Hadif Zafran begitu unik. Terjadi di saat tidak terduga dan tidak mampu dibayangkan. Aneh! Tapi, mungkin itulah dikatakan takdir. Pertemuan demi pertemuan akhirnya membibitkan rasa. Bayu-bayu rindu mula menggamit sekeping hatinya buat lelaki itu. Cintakah itu yang datang mengetuk pintu hatinya?
Seperti menyedari sikap keterlaluannya selama ini, Ezany berubah sikap. Tanpa angin, tanpa ribut yang membawa sebarang petanda. Tutur kata dan bicaranya sudah tidak se'panas' dahulu. Lebih lembut dan gemar bergurau. Dalam diam, dia menyenangi perubahan lelaki itu. Walau di hati dia bimbang seandainya perubahan itu cuma sementara. Mungkinkah?
Belum sempat dia berpeluan melayan perasaan yang hadir, Ummi tiba-tiba sahaja ingin menjodohkan dia dengan Hadif. Dia terima biarpun pada mulanya dia gusar dan keliru. Mampukah dia menjalin bahagia hanya dengan rasa cinta tanpa mengenal lelaki itu terlebih dahulu?
Impian dan angan-angannya untuk hidup bersama Hadif berkecai apabila dia mendapat tahu Nurul Adlynn turut menaruh perasaan pada lelaki itu. Warna-warna kelukaan dan penderitaan mula mewarnai perjalanan hidupnya. Dia sendiri buntu. Dia tersepit antara kasih seorang sahabat setia, keinginan dan harapan seorang ibu yang melahirkannya dan antara cintanya sendiri yang mula berputik.
Dalam setiap keputusan, ada akibat yang perlu dihadapi. Lantaran kerana keputusan itu, dia hilang kasih sayang daripada seorang yang amat dekat di hatinya. Dia reda walaupun kecewa. Namun dia tetap berharap, suatu hari nanti kasih sayang itu akan hadir lagi dalam hidupnya.
Dan setelah hujan berlalu pergi, ternyata ada cahaya mentari yang menanti. Sayangnya, cahaya yang diharap berpanjangan itu, hadirnya sekejap cuma. Kehilangan insan yang paling bererti buat dirinya melontarkan dia ke pelusuk duka. Sekali lagi. Benarkah sekeping hati yang perlu dicari itu bukan Hadif pemiliknya? Mampukah kasih seharum lavender itu terus dia kecapi?
3rd novel
Sinopsis
MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar.
Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.
Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu.
Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta.
Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak per nah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?

komen :
cita ni bes n menarik...aku suka cerita tentang negara yg dilawati darwina.........
4th novel
sinopsis :
RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.
Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.
Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.
Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?

komen aku:
bagiku cerita ni bes gak..mybe aku minat damya...bg aku cerita ni byk bg pengethuan tentang penyakit hilang ingatan..dendam seseorang...aku suka la..paling penting dia menceritakan seorang wanita yg mementingkan kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri...status lebih penting...disebabkan ego masing n rasa ingin balas dendam cinta tidak wujud dalam hati...
Sebenarnya masa Rian hilang ingatan tu Hanif dah mula suke kat Rian secara diam. Tapi kerana ego seorang lelaki Hanif sanggup menidakkan perasaan sukanya pada Rian.
last novel :
“Please, Minn. Bukak tingkap bilik you.”“Huh?”“I’m freezing right outside your window. On the roof.”Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.You what?”"No kidding. Please...” balas Ashraff Omar.Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni."Enough of your tricks, AO.”“Minn, I’m dead serious.”Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.“Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?”
II
“Not a step away from that spot, AO.” Keras suara Minn Edina.“Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you.”“Back. Off.”Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.“I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?”Hujan masih belum berhenti.
.Lihatlah bagaimana HLOVATE membawa watak-watak dalam Versus berubah 180 darjah. Bacalah jikalau anda juga ingin berubah menjadi lebih baik, insya-Allah!
.Lihatlah bagaimana HLOVATE membawa watak-watak dalam Versus berubah 180 darjah. Bacalah jikalau anda juga ingin berubah menjadi lebih baik, insya-Allah!
cerita memang sempoi...tp bes la...diselitkan cerita2 agama..bnyak pengajaran....
mengajar kita macam mana nak berubah kepada sesuatu yang baik.....
mengajar kita mendekatkan diri kepada agama..
sesungguhnya masa silam boleh diperbaiki dengan lebih baik..
i try to be like that..insyaallah
No comments:
Post a Comment