Tahun 2013 ada sedikit kelainan....sistem pelantikan tetap
jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 oleh pihak
Suruhanjaya Perkhidmatan pelajaran (SPP) dijalankan melalui 2 cara iaitu:
interview konvensional - sama seperti tahun sebelum ini. semua akan ditemuduga oleh panel SPP...
Penilaian Khas - program untuk graduan cemerlang...
ok apa ciri-ciri graduan cemerlang???
Memperoleh keputusan Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas;
Mendapat keputusan sekurang-kurangnya A- dalam latihan praktikum
diperakui oleh IPGM...
bagi calon-calon yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah diyatakan ini akan melalui penilaian khas...
Bagaimana proses Penilaian Khas ini diadakan?
disini saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri menjalani sesi penilaian khas pada 4 April 2013 di Bayview Hotel,Georgtown Pulau Pinang.
sebelum
Nama calon akan disiarkan dalam portal spp. Calon akan diagihkan kepada beberapa kumpulan dengan kapasiti sepuluh orang calon bagi setiap kumpulan. ***jadi dah ada nama siap kat situ boleh la cari geng siap-siap...
Calon perlulah menyediakan dokumen mengikut senarai semak yang diberikan.
Pastikan anda membuat persediaan dari aspek pakaian,penampilan yang menunjukkan anda seorang guru.
semasa
Sesi pendaftaran akan diadakan oleh urus setia bagi
setiap kumpulan akan menyemak semua dokumen yang telah dinyatakan dalam senarai semak. Macam di penang di bahagi kumpulan 1-3 seorang urusetia. Dokumen mesti lengkap dengan dokumen asal dan salinan yang telah disahkan.
Selesai pendaftaran, semua duduk dimeja masing-masing....sementara menunggu tetamu kehormat dan selesai pendaftaran semua calon perlu tulis "azam guru cemerlang" di atas kertas yang disediakan...***rasanya sekadar pengisian je sementara menunggu.....
Kemudian, satu sesi taklimat oleh pihak SPP akan
diadakan. Isi taklimat ni berkisarkan "Fungsi dan Peranan SPP."
Setesunsya ada sesi perbincangan dalam kumpulan selama 1jam. Setiap kumpulan akan diberikan satu
tajuk yang sama dan hasil perbincangan perlu dicatatkan di atas kertas
yang telah disediakan.Bagi calon zon utara tajuknya adalah "aktiviti kokurikulum meningkatkan jati diri dan membangunkan modal insan.bincangkan "
Sambil-sambil berbincang tu akan ada pemerhatian dari panel spp...setiap kumpulan juga diminta untuk menyanyikan lagu patriotik atau lagu rakyat...ada juga diajukan dengan soalan atau pendapat...ada jugak kumpulan yang kena nyanyi di atas pentas.
Jamuan ringan. masa ni disediakan maggie goreng,popia,kek coklat dan minuman panas.
Masuk semula dan akan ada sesi soal jawab antara calon dan pihak SPP.
Akhir Sekali ialah penyerahan surat lantikan.
Bersurai.
ha..begitu la perjalanan program penilaian khas...tak ada apa yang perlu dibimbangkan..ringkas...sediakan diri dengan penampilan yang baik. pengetahuan sedia ada dah cukup untuk perbincangan...
ok dah lama rasanya tak update blog...
saya masih lagi belum posting...sekarang dah jadi cg ganti...
nak cerita pasal SPP...spp sudah mula menjalankan temuduga bermula 21 februari hinggalah penghujung mac...dah lupa hehhee...
alkisahnya...aku xtersenarai untuk interview (iv) di zon utara...serius aku memang kecewa bila semua rakan2 area utara dapat iv....aku berfikiran positif mungkin rezeki iv di seremban sebab belajar kat sana...bila nama keluar sekali lagi kecewa apabila baki budak kelas aku semua iv di putrajaya....seorang sabah n seorang sarawak...makanya 15 orang dipanggil iv dan lagi 5 org tidak berstatus....
katanya kami kategori penilaian khas...
apa itu penilaian khas???
penilaian khas ni merupakan program untuk graduan cemerlang yang mempunyai cgpa 3.5 ke atas dan praktikum sekurang-kurang A-...
so aku pun menggagahkan diri cal spp n aku tersenarai sebagai calon penilaian khas...cuma tempatnya belum tahu lagi...satu persatu nama dikeluarkan...program dijalankan menikut zon iaitu di sawarak,putrajaya,johor,ipoh,penang,kelantan,kuantan dan sabah...
budak kelasku berempat kena di putrajaya...maka aku seorang sahaja di utara....alhamdulillah dah dapat tarikh....penilaian khas aku pada 4/4 bertempat di Bayview Hotel, Georgtown Pulau Pinang....
ok la...bersambung lagi dalam entry berikutnya...nak cerita sikit apa tu penilaian khas.....jumpa lagi....
UWAAAA...
saya masih confuse ni mau pakai kereta apa...
minggu lepas dah g survey dah dekat suzuki,mitsubhsi,hyundai,volkswagen n honda.....
swift...ok ni masa aku p tengok baru launch seminggu....memang smart
la...design belakang dia lain...semakin smart rasa dari yg lama....buat
masa sekarang limited edition fully import from japan..hanya 900 buah
saja....
dulu x berapa minat tapi tengok yg ni rasa syok pulak....
ni honda jazz....actually aku ni peminat tegar jazz..tapi sejak akhir2 ni kureng ckit...xtau sebab pa....
mitsubishi mirage..ni pun launch bulan dec x silap...harga dia murah ckit pada swift...TAPIIII macam x je...
ni volkswagen polo....kalau kat showroom cun sebab berpancar cahaya sana sini...kalau usha kat jalan macam xsmart...tapi jenama dia yang mewah....
huhuhu..dari kesemua tu rasanya swift or jazz....swift murah pada jazz....masih servey lagi kelebihan n kekurangan.....kena amik kira pendapat org2....dah la ramai dalam fmily ni...sorang kata nu sorang kata ni....hoh pening.....rasanya ford fiesta macam tolak tepi kot....ok kena cepat fikir ni jangan tangguh2...
sekali pikir punya pikir kan satu pun yang duk senarai aku x amik....hahhahaha...ada kereta pa lagi ar yg ok....kalau minggu depan dapat panggilan interim mmg terus book...hahhahhaha...tamak.......
owner blog ni actually dah tamat pun pengajian di IPG selama 5 tahun setengah...
kiranya pada tahun 2013 ni dah nak jadi guru...
agak malang bagi guru pelatih yang menamatkan pengajian pada november 2012 kerana tidak diberikan pnempatan lagi...pada saat aku menulis post ni aku masih berstatus penganggur...hope bulan 2 ni ada la penempatan...
actually sebilangan daripada pelajar IPG PISMP ambilan 2009 telah diberi penempatan interim di SJK n SJKC...pelajar berbangsa melayu tidak terkecuali ditempat di sekolah SJK ni...tarikh lantikan mereka bermula pada 16 Januari...TAPI cg ilah bukan golongan teripilih untuk mengajar di SJK...saya berfikiran positif bagi merawat luka posting lambat ini dengan menanggap rezeki saya mungkin di SK...mungkin murid-murid di SK memerlukan saya...
" Ya Allah ya tuhanku yang maha pemurah, engkau bukakanlah pintu rezeki kepadaku...berikanlah petunjuk dalam setiap apa pekerjaan yang dilakukan di dunia ini..aku tahu setiap yang apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...jika ia baik untukku berikanlah padaku...jika ia buruk buatku jauhkanlah dariku....jika semua ini ujian dari mu Ya Allah aku terima dengan redha kerana aku yakin dengan segala suratan ini...aku yakin jika aku ikhlas dalam apa yang aku lakukan insyaallah balasannya akan datang samaada lambat mahupun cepat....amin......
TEKNIK
HATCHING DAN CROSS-HATCHING MENGGUNAKAN PENSEL WARNA
DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEWARNA
Noor Fadhilah
Binti Mat Hassan
Abstrak
Kajian ini
dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan pensel warna secara teknik hatching dan cross-hatching dalam aktiviti menggambar. Responden kajian ini terdiri 10
orang murid di Sekolah Kebangsaan Dato Klana Maamor. Tinjauan awal mendapati
murid tidak menguasai kemahiran mewarna dengan baik. Fokus kajian ini adalah
untuk meningkatkan minat murid menjalankan aktiviti menggambar, meningkatkan
penguasaan kemahiran mewarna dan membantu mengaplikasikan teknik untuk
membentuk kesan 3D. Instrumen pengumpulan data yang digunakan ialah soal
selidik,analisis dokumen dan ujian. Dapatan kajian mendapati 100 peratus murid berminat menjalankan aktiviti mewarna menggunakan teknik hatching dan cross-hatching.Selain itu, penguasaan kemahiran mewarna murid
meningkat apabila 70 peratus murid mencapai tahap baik semasa menjalani
ekplorasi teknik teknik hatching dan cross-hatching. Hasil dapatan ujian
menunjukkan sebanyak 100 peratus murid memperolehi gred A dan B. Kesimpulannya,
pendedahan tentang teknik hatching
dan cross-hatching dapat membantu
murid meningkatkan kemahiran mewarna.
1.0 REFLEKSI P&P
Sepanjang proses
P&P, penyelidik mendapati murid kurang berminat dengan aktiviti PSV.Mereka
tidak berminat menggunakan pensel warna kerana hasil kerja lambat siap. Murid
juga tidak didedahkan dengan teknik mewarna. Berdasarkan analisis terhadap Karya P&P lepas
bertajuk haiwan kesayangan saya, mendapati murid mewarna secara mendatar
dan tiada tindanan atau campuran warna, Objek
diwarna secara penuh dengan tekanan warna yang kuat untuk menghasilkan
warna yang terang. Jadi warna yang sama ditekan berulang kali sehingga
terhasilnya warna yang terang dan pekat. Jadi tidak wujud ton warna. Oleh itu
tidak wujud ton warna yang dapat mewujudkan kesan 3Dimensi pada objek yang
diwarnakan.
2.0
FOKUS KAJIAN
Penyelidik mendapati penguasaan
kemahiran mewarna menggunakan pensel warna dalam kalangan murid begitu lemah.
Sehubungan itu, satu kajian tentang meningkatkan penguasaan teknik hatching dan cross hatching menggunakan pensel warna untuk menimbulkan kesan 3
dimensi pada objek telah dijalankan. Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan
kepada minat murid untuk menjalankan aktiviti menggambar,penguasaan kemahiran
mewarna secara teknik hatching dan cross-hatching dan mengaplikasikan
teknik hatching dan cross-hatching.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
Objektif umum
Meningkatkan kemahiran
mewarna menggunakan pensel warna secara
teknik hatching dan cross-hatching bagi murid tahun 5.
Objektif
Khusus
i.Meningkatkan minat murid untuk
menjalankan aktiviti menggambar menggunakan teknik mewarna yang betul.
ii.Meningkatkan penguasaan kemahiran
mewarna melalui eksplorasi teknik hatching
dan cross-hatching.
iii.Membantu murid mengaplikasikan teknik hatching dan cross-hatching
untuk menimbulkan kesan 3D pada objek menggunakan pensel warna dalam aktiviti menggambar.
Soalan
Kajian
i.Adakah
pendedahan tentang teknik hatching dan
cross-hatching dapat menarik minat
murid untuk menjalankan aktiviti menggambar?
ii.Adakah
eksplorasi teknik hatching dan cross-hatching, menunjukkan
perubahan terhadap kemahiran mewarna murid?
iii.Adakah
murid dapat mengaplikasikan teknik hatching
dan cross-hactching untuk menimbulkan kesan 3D pada objek?
4.0
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan
10 orang responden daripada kelas 5 Klana. Responden terdiri daripada 5 orang murid perempuan dan
5 orang murid lelaki. Responden dipilih berdasarkan markah pencapaian semasa
ujian sebelum intervensi. Kesemua responden ini telah memperoleh gred C semasa
ujian sebelum intervensi. Walaupun mempunyai pencapaian yang rendah,mereka
menunjukkan komitmen yang baik semasa sesi P&P dimana mereka tetap akan
membawa alat dan bahan yang diperlukan walaupun tidak berminat menjalani
aktiviti PSV.
5.0
PELAKSANAAN KAJIAN
Bagi
menambahbaik tahap penguasaan kemahiran mewarna,penyelidik memberikan pendedahan yang
maksimum teknik hatching dan cross-hatchingbermula daripada aktiviti
mudah kepada susah . Responden telah menjalani intervensi
secara latih tubi selama empat minggu iaitu setiap kali sesi P&P PSV. Berikut
merupakan empat aktiviti yang dijalankan terhadap responden:
1) Aktiviti 1 – Mengenal alat dan
eksplorasi teknik mewarna.
a)Murid diperkenalkan dengan cara memegang pensel warna dengan betul
b)Murid
diperkenalkan dengan teknik mewarna menggunakan pensel warna.
2) Aktiviti 2 – Eksplorasi teknik hatching
dan cross-hatching
a)Murid diterangkan tentang teknik
hatching dan cross-hatching dengan mendalam.
b)Murid membuat latihan stroke
secara berulang kali.
3) Aktiviti 3 – Eksplorasi teknik
hatching dan cross-hatching pada objek
a)Murid menjalankan 4 siri latihan.
b)Murid mengaplikasikan teknik hatching
& cross hatching pada buah epal dan pir.
c)Guru menerangkan aspek cahaya, ton untuk
membentuk kesan 3D pada objek.
4) Aktiviti 4 – Ujian Selepas
Intervensi
6.0 DAPATAN
Dapatan
dari soal selidik menunjukkan bahawa minat responden telah bertambah. Selepas
menjalani intervensi, penyelidik mendapati 100% murid
berminat menjalankan aktiviti mewarna menggunakan teknik hatching dan cross-hatching.
Ini menunjukkan tindakan yang dirancang berjaya meransang dan mengekalkan
minat murid terhadap teknik yang diperkenalkan oleh guru semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.Hal ini disokong
oleh Kenworthy (dalam Noraini 2008) yang
mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam
kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah
menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Apabila
seseorang meminati sesuatu maka ia akan bersikap positif terhadap perkara
tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan.
Foto 1: Peningkatan
kemahiran mewarna murid dari latihan 1 hingga latihan 4
Berdasarkan
instrumen analisis dokumen mendapati eksplorasi teknik hatching dan cross-hatching
secara latih tubi dapat meningkatkan kemahiran mewarna murid. Hal ini jelas
apabila terdapat perubahan yang ketara terhadap pencapaian murid bermula dari
siri latihan 1 hingga ke latihan 4. Penguasaan kemahiran mewarna murid meningkat apabila 70 %
murid mencapai tahap baik semasa menjalani ekplorasi teknik hatching dan cross-hatching.Perubahan
pencapaian murid ini jelas menunjukkan
latihan secara berulang kali dapat mengingkatkan penguasaan kemahiran
murid. Hal ini disokong oleh Ezani (1999), yang mengatakan aktiviti pengulangan
melalui latih tubi dapat mencapai tahap
penguasaan kemahiran disamping menjamin pengekalannya.
Foto 2: Hasil karya murid bagi
Ujian Sebelum Intervensi dan Selepas Intervensi
Berdasarkan
ujian amali yang telah dijalankan, murid dapat mengaplikasikan teknik mewarna
secara hatching dan cross-hatching untuk menimbulkan kesan
3Dimensi dengan baik. Hal ini jelas apabila terdapat perubahan pencapaian
markah antara ujian pra dan ujian pos. Kesimpulannya, stroke hatching dan cross-hatching ditindan
antara satu sama lain dapat menimbulkan kesan terang dan gelap sekaligus
memberi kesan 3Dimensi pada objek yang diwarnakan. Hal ini disokong oleh
Valerie Colston(2008),“colored pencils
are a natural line medium but there are other ways of buiding up solid color
and tone. Traditionally used in pencil drawings, hatching, crosshatching and
shading can be used to overlay and mix colours.”
7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian
tentang meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan teknik hatching dan cross-hatching dapat dipertingkatkan dengan beberapa
penambaikkan seperti berikut:
1)Merangka
periodisasi latihan untuk satu jangka masa yang lebih panjang iaitu 8 hingga 12
minggu.
2)Saiz responden
boleh diperbesarkan supaya dapatan kajian boleh digeneralisasikan.
Penggunaan responden yang besar memberikan dapatan kajian yang lebih tepat.
3)Mengaplikasikan teknik hatching dan cross-hatching
pada aktiviti menggambar lain seperti pemandangan.
4)Dijalankan
bagi murid tahun lain iaitu murid tahun 6 kerana mereka juga kurang pendedahan
tentang teknik mewarna.
5)Mengaplikasikan
teknik hatching dan cross-hatching menggunakan media lain seperti
pensel, pen dan marker
7.0 RUJUKAN
Noraini Omar (2008). Faktor-faktor
yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, InstitutPerguruan Tun Abdul
Razak, Sarawak.
Valeria Colston
(2008), 200 Projects To Strenghthen Your
Art Skills , Singapore : Quarto Publishing.
****khas buat rujukan adik2 di ipg.....ni adalah contoh artilkel....komen tentang artikel ni dari panel penilaian ialah tambahkan 6.0 menjadi analisis dapatan. 7.0 hasil dapatan 8.0 cadangan penambah baikan. 9.0 rujukan **********