TEKNIK
HATCHING DAN CROSS-HATCHING MENGGUNAKAN PENSEL WARNA
DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEWARNA
DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEWARNA
Noor Fadhilah
Binti Mat Hassan
Abstrak
Kajian ini
dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan pensel warna secara teknik hatching dan cross-hatching dalam aktiviti menggambar. Responden kajian ini terdiri 10
orang murid di Sekolah Kebangsaan Dato Klana Maamor. Tinjauan awal mendapati
murid tidak menguasai kemahiran mewarna dengan baik. Fokus kajian ini adalah
untuk meningkatkan minat murid menjalankan aktiviti menggambar, meningkatkan
penguasaan kemahiran mewarna dan membantu mengaplikasikan teknik untuk
membentuk kesan 3D. Instrumen pengumpulan data yang digunakan ialah soal
selidik,analisis dokumen dan ujian. Dapatan kajian mendapati 100 peratus murid berminat menjalankan aktiviti mewarna menggunakan teknik hatching dan cross-hatching.Selain itu, penguasaan kemahiran mewarna murid
meningkat apabila 70 peratus murid mencapai tahap baik semasa menjalani
ekplorasi teknik teknik hatching dan cross-hatching. Hasil dapatan ujian
menunjukkan sebanyak 100 peratus murid memperolehi gred A dan B. Kesimpulannya,
pendedahan tentang teknik hatching
dan cross-hatching dapat membantu
murid meningkatkan kemahiran mewarna.
1.0 REFLEKSI P&P
Sepanjang proses
P&P, penyelidik mendapati murid kurang berminat dengan aktiviti PSV.Mereka
tidak berminat menggunakan pensel warna kerana hasil kerja lambat siap. Murid
juga tidak didedahkan dengan teknik mewarna. Berdasarkan analisis terhadap Karya P&P lepas
bertajuk haiwan kesayangan saya, mendapati murid mewarna secara mendatar
dan tiada tindanan atau campuran warna, Objek
diwarna secara penuh dengan tekanan warna yang kuat untuk menghasilkan
warna yang terang. Jadi warna yang sama ditekan berulang kali sehingga
terhasilnya warna yang terang dan pekat. Jadi tidak wujud ton warna. Oleh itu
tidak wujud ton warna yang dapat mewujudkan kesan 3Dimensi pada objek yang
diwarnakan.
2.0
FOKUS KAJIAN
Penyelidik mendapati penguasaan
kemahiran mewarna menggunakan pensel warna dalam kalangan murid begitu lemah.
Sehubungan itu, satu kajian tentang meningkatkan penguasaan teknik hatching dan cross hatching menggunakan pensel warna untuk menimbulkan kesan 3
dimensi pada objek telah dijalankan. Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan
kepada minat murid untuk menjalankan aktiviti menggambar,penguasaan kemahiran
mewarna secara teknik hatching dan cross-hatching dan mengaplikasikan
teknik hatching dan cross-hatching.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
Objektif umum
Meningkatkan kemahiran
mewarna menggunakan pensel warna secara
teknik hatching dan cross-hatching bagi murid tahun 5.
Objektif
Khusus
i.
Meningkatkan minat murid untuk
menjalankan aktiviti menggambar menggunakan teknik mewarna yang betul.
ii.
Meningkatkan penguasaan kemahiran
mewarna melalui eksplorasi teknik hatching
dan cross-hatching.
iii.
Membantu murid mengaplikasikan teknik hatching dan cross-hatching
untuk menimbulkan kesan 3D pada objek menggunakan pensel warna dalam aktiviti menggambar.
Soalan
Kajian
i. Adakah
pendedahan tentang teknik hatching dan
cross-hatching dapat menarik minat
murid untuk menjalankan aktiviti menggambar?
ii. Adakah
eksplorasi teknik hatching dan cross-hatching, menunjukkan
perubahan terhadap kemahiran mewarna murid?
iii. Adakah
murid dapat mengaplikasikan teknik hatching
dan cross-hactching untuk menimbulkan kesan 3D pada objek?
4.0
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan
10 orang responden daripada kelas 5 Klana. Responden terdiri daripada 5 orang murid perempuan dan
5 orang murid lelaki. Responden dipilih berdasarkan markah pencapaian semasa
ujian sebelum intervensi. Kesemua responden ini telah memperoleh gred C semasa
ujian sebelum intervensi. Walaupun mempunyai pencapaian yang rendah,mereka
menunjukkan komitmen yang baik semasa sesi P&P dimana mereka tetap akan
membawa alat dan bahan yang diperlukan walaupun tidak berminat menjalani
aktiviti PSV.
5.0
PELAKSANAAN KAJIAN
Bagi
menambahbaik tahap penguasaan kemahiran mewarna,penyelidik memberikan pendedahan yang
maksimum teknik hatching dan cross-hatching bermula daripada aktiviti
mudah kepada susah . Responden telah menjalani intervensi
secara latih tubi selama empat minggu iaitu setiap kali sesi P&P PSV. Berikut
merupakan empat aktiviti yang dijalankan terhadap responden:
1) Aktiviti 1 – Mengenal alat dan
eksplorasi teknik mewarna.
a)
Murid diperkenalkan dengan cara memegang pensel warna dengan betul
b)
Murid
diperkenalkan dengan teknik mewarna menggunakan pensel warna.
2) Aktiviti 2 – Eksplorasi teknik hatching
dan cross-hatching
a)
Murid diterangkan tentang teknik
hatching dan cross-hatching dengan mendalam.
b)
Murid membuat latihan stroke
secara berulang kali.
3) Aktiviti 3 – Eksplorasi teknik
hatching dan cross-hatching pada objek
a)
Murid menjalankan 4 siri latihan.
b)
Murid mengaplikasikan teknik hatching
& cross hatching pada buah epal dan pir.
c)
Guru menerangkan aspek cahaya, ton untuk
membentuk kesan 3D pada objek.
4) Aktiviti 4 – Ujian Selepas
Intervensi
6.0 DAPATAN
Foto 1: Peningkatan
kemahiran mewarna murid dari latihan 1 hingga latihan 4
Berdasarkan
instrumen analisis dokumen mendapati eksplorasi teknik hatching dan cross-hatching
secara latih tubi dapat meningkatkan kemahiran mewarna murid. Hal ini jelas
apabila terdapat perubahan yang ketara terhadap pencapaian murid bermula dari
siri latihan 1 hingga ke latihan 4. Penguasaan kemahiran mewarna murid meningkat apabila 70 %
murid mencapai tahap baik semasa menjalani ekplorasi teknik hatching dan cross-hatching.Perubahan
pencapaian murid ini jelas menunjukkan
latihan secara berulang kali dapat mengingkatkan penguasaan kemahiran
murid. Hal ini disokong oleh Ezani (1999), yang mengatakan aktiviti pengulangan
melalui latih tubi dapat mencapai tahap
penguasaan kemahiran disamping menjamin pengekalannya.
Foto 2: Hasil karya murid bagi
Ujian Sebelum Intervensi dan Selepas Intervensi
Berdasarkan
ujian amali yang telah dijalankan, murid dapat mengaplikasikan teknik mewarna
secara hatching dan cross-hatching untuk menimbulkan kesan
3Dimensi dengan baik. Hal ini jelas apabila terdapat perubahan pencapaian
markah antara ujian pra dan ujian pos. Kesimpulannya, stroke hatching dan cross-hatching ditindan
antara satu sama lain dapat menimbulkan kesan terang dan gelap sekaligus
memberi kesan 3Dimensi pada objek yang diwarnakan. Hal ini disokong oleh
Valerie Colston(2008),“colored pencils
are a natural line medium but there are other ways of buiding up solid color
and tone. Traditionally used in pencil drawings, hatching, crosshatching and
shading can be used to overlay and mix colours.”
7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian
tentang meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan teknik hatching dan cross-hatching dapat dipertingkatkan dengan beberapa
penambaikkan seperti berikut:
1)
Merangka
periodisasi latihan untuk satu jangka masa yang lebih panjang iaitu 8 hingga 12
minggu.
2) Saiz responden
boleh diperbesarkan supaya dapatan kajian boleh digeneralisasikan.
Penggunaan responden yang besar memberikan dapatan kajian yang lebih tepat.
3) Mengaplikasikan teknik hatching dan cross-hatching
pada aktiviti menggambar lain seperti pemandangan.
4) Dijalankan
bagi murid tahun lain iaitu murid tahun 6 kerana mereka juga kurang pendedahan
tentang teknik mewarna.
5) Mengaplikasikan
teknik hatching dan cross-hatching menggunakan media lain seperti
pensel, pen dan marker
7.0 RUJUKAN
Noraini Omar (2008). Faktor-faktor
yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan Tun Abdul
Razak, Sarawak.
Valeria Colston
(2008), 200 Projects To Strenghthen Your
Art Skills , Singapore : Quarto Publishing.
****khas buat rujukan adik2 di ipg.....ni adalah contoh artilkel....komen tentang artikel ni dari panel penilaian ialah tambahkan 6.0 menjadi analisis dapatan. 7.0 hasil dapatan 8.0 cadangan penambah baikan. 9.0 rujukan **********