follow me....

Monday, January 30, 2012

3001

Hari ni hari ulang tahun hubungan kami…alhamdulillah syukur…semoga Allah memberkati hubungan kami dan memanjangkan jodoh kami sehingga menjadi ikatan yang sah….
Dah 7 tahun menjadi kekasih…masalah dalam perhubungan menjadikan kami lebih matang saling memahami dan bertolak ansur.

 Terima kasih ya allah kerana mempertemukanku dengan insan yang bergelar sahabat sehingga terputiknya rasa suka lantas terjalinnya sebuah ikatan percintaan. Ikatan yang penuh gelak ketawa,suka duka,riang mesra. Semoga ikatan ini menjadi lebih kukuh  dan terus bersimpul padu buat selama-lamanya 

love u dear!!

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Thursday, January 12, 2012

PESAN PADA HATI


kalau tak mampu mencinta , jangan pernah sentuh hati seseorang ,
kalau tak mampu setia ,jangan pernah mengukir janji ,
kalau tak mampu menggenggam hubungan , jangan pernah beri harapan ,

~> kerna hati manusia itu ~>

terlalu bernilai untuk disakiti ,
terlalu mahal untuk disia-siakan ,
dan
terlalu berharga untukdihancurkan..

Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..

Pada insan yang tak mengerti.. Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati..

Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI

Tuesday, January 10, 2012

SAHABAT

Kalau diikutkan, persahabatan seharusnya berlandaskan sesuatu yang tidak mementingkan diri sendiri. Kerana itulah persahabatan tidak akan terjalin andai kata ianya mempunyai  syarat yang berubah-berubah.

ada ke orang kawan bersyarat..ok kau mesti kawan dengan aku masa ko kaya saje...dah miskin kita putus kawan....itu bukan sahabat namanya.....ko ada masalah jangan cari aku...aku tak suka...macam tu ke sahabat.....

sahabat mesti sentiasa sudi berkongsi ......jika bukan berkongsi dari aspek harta benda biarlah sudi meminjamkan telinga menjadi tempat meluahkan rasa.. 


jadi sahabat mestilah semasa senang...susah..duka...sentiasa ada.......yang pasti hubungan persahabatan bukan mesti terjalin n kena jumpa tiap2 masa kan....zaman moden macam-macam cara boleh mengeratkan persahabatan....

jadi adakah anda sahabat yang baik kepada sahabat anda.....

INGAT!!!
Sahabat tidak mementingkan diri sendiri, sedia berkorban, dan susah senang bersama.




Friends are like ballons. If you let them go,you can’t get them back.
So I’m gonna tie you to my heart so I will never lose you

Monday, January 9, 2012

PERKAHWINAN ABANG2 SAYA


busy betul dengan persiapan perkahwinan....
untuk majlis perkahwinan ni aku ditugaskan bahagian hiasan ataupn wedding designer....
aku kena wat hantaran,meja makan,sudut gmbar dan hiasan bilik....
wah bajet hebat kan...tapi simple je aku buat...

ok meh kita tngok hantaran dulu ye...

ni hantaran abg naim


 ni plak hantaran abg jet...guna konsep kerang buka tutup...




contoh gubahan kain sembahyang.....


itu je gambar yang sempat diambil..
jom kita tengok plak gambar masa akad nikah

akad nikah abg nazir 17 November 2011





ni plak akad nikah abg naim n kak fiza


hantaran dari kak fiza



then 20 nov knduri sebelah umah kak fiza..diorang pun wat dua pasangan..majlis di bidong...

26 nov pulak kenduri umah kak nisa di bukit selambau


3 disember plak kenduri di umah kami....
ketibaan pengantin

pengantin..tengok pengapit dihujung sekali..macam kenal x...

pengantin panas..tersilap amik sepasang payung di butik


potong kek...kek sponsor 3 tingkat n choclate cake

keluarga long





dapat la jugak bergambar ramai2 walaupun xlengkap...terlalu sibuk melayan tetamu..sampai malam masih ada tetamu...

Wednesday, January 4, 2012

SALAM 2012

salam 2012...
dah lama kan tak update blog...
cuti semester yang amat busy..ada event besar dirumah..perkahwinan abang2 saya.....

wah dah tahun 2012 ye....saya dah di tahun akhir ni....tak sabar rasanya nak habis study ni...hehehe....seperti biasa setiap awal tahun kita pasti akan tetapkan bermacam-macam azam kan....yang pasti mesti la semua orang nak menjadi lebih baik..
saya ada terlihat dalam wanita hari ini yang mengatakan dalam hadis pun memang tertulis hari esok mesti lebih baik dari hari ini atau hari ini lebih baik dari semalam....malahan ada tertulis celakalah orang yang mengalami sebaliknya...

wah!!!jadi saya tetap mahu menjadi org yang terbaik....
apa paling utama saya mahu habiskan pengajian ini dengan jaya dan mahu mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Seni Visual  Pendidikan Rendah kelas pertama....wah!!tingginya angan2 saya,....tapi itulah saya....tapi sekarang  CGPA saya belum ckup lagi rasanya...baru 3.73....sedihnya........macammana pun syukur sem lepas dapat jugak 3.81....alhamdulillah

bila dah masuk 2012 kita bukan hanya memikirkan apa yg perlu berlaku tahun ni tapi dah kena stat perancangan untuk tahun 2013...

ok bye2