Alhamdulillah syukur genap 4 tahun perhubungan percintaan aku dan dia…
Terima kasih tuhan kerana masih memanjangkan jodoh kami untuk bercinta….
Semoga jodoh ini dipanjangkan sehingga ke akhir hayat…….
Kepada mu allah yang maha esa…
Aku bermohon semoga engkau berkatilah perhubungan ini….
Jauhi lah kami dari godaan syaitan yang mampu melalaikan kami….godaan yang mampu melekakan kami sehingga melanggar batas kehidupan kami sebagai insan yang bergelar islam….
Aminnnnnnnnn…..
To my love….
I love u so much…..
Ampun dan maaf andai kata sepanjang perhubungan ini ada kata yang mengguris hati , ada perbuatan yang melukakan n everything….
Semoga kita Berjaya mengekalkan hubungan ini forever n ever….
Karya ‘Bersilat III’ diatas dihasilkan oleh salah seorang pelukis figura yang terpenting di Malaysia iaitu Amron Omar. Pelukis yang gemar membawa tema figurative ini , melukis karya berdasarkan tema kesenian seni Silat Melayu. Karya ini dihasilkan menggunakan cat minyak dengan menonjolkan objek melalui sudut pandangan dari atas. Disini jelas menunjukkan pelukis mempunyai kemahiran melihat Sudut foreshortening kepada objek yang hendak di paparkan. Pelukis ini hanya menggambarkan dua imej lelaki yang sedang bersilat . Gambaran imej begitu ringkas tetapi begitu realistik di mana wujudnya unsur pergerakan yang sangat jelas.
Bila kita memerhatikan karya ‘Bersilat III’ , (1980) ini, pemerhati seolah-olah berada pada suatu tempat yang tinggi seperti di atas sebuah rumah ataupun beranda. Dengan pengamatan yang mendalam kita dapat merasai sendiri semua pergerakan seni silat yang dipersembahkan. Pelukis seperti membiarkan imej manusia itu bergerak dengan sebebas-bebasnya. Ruang kanvas tidak di kawal langsung. Imej manusia dibiarkan dan kelihatan tidak kaku pada satu-satu sudut. Ini jelas kelihatan pada tubuh manusia pada bahagian kanvas itu. Walaupun gambaran ini hanya dilukis diatas kanvas namun kita masih dapat merasai keindahan langkah demi langkah dan bunga-bunga silat yang dipersembahkan itu. Selain itu, beliau berjaya mencungkil anatomi pada tubuh figura dengan menggambarkan dua imej lelaki tidak berbaju sehingga menampakkan dengan jelas otot-otot tubuh yang sasa serta cengkaman jari-jari tangan. Warna latar dipalitkan dengan warna coklat kekuningan untuk menggambarkan cahaya yang tertumpu pada dua lelaki yang sedang beraksi.
Imej lelaki di dalam karya ini di biarkan tidak berbaju bertujuan untuk menunjukkan tubuh lelaki yang sasa sebagai lambang kekuatan bangsa Melayu. Otot –otot yang sasa melambangkan kejantanan dan kegagahan seorang lelaki sebagai wira. Palitan warna-warna coklat kekuningan seperti warna senja ataupun warna alam dari cat minyak begitu menarik dan sesuai dengan tema yang di bawa iaitu kesenian silat melayu dimana warna ini melambangkan kekuatan dan semangat yang berkobar-kobar untuk mencapai sinar kemenangan dalam pertarungan menentang pihak lawan.
Kesimpulannya, karya tersebut merupakan satu olahan yang mampu mencuri mata kita untuk tidak leka melihat setiap langkah pergerakan itu. Ia di hasilkan setelah menyedari seni persilatan akan terkubur, maka Amron berusaha merakamkan kembali dalam bentuk seni visual. Sesungguhnya karya ini mampu untuk menyedarkan bahawa kesenian dalam alam melayu penuh dengan keindahan walaupun hanya diatas sekeping kertas. Oleh itu, semangat patriotisme perlu dipupuk agar warisan pusaka tinggalan nenek moyang kita yang semakin tenggalam di hanyut arus zaman terus terpelihara .
***adaptasi dan pengubahsuaian dari buku falsafah dan kritikan seni ****
Keja seni satu hal..belambak2..dah betimbun…menggambar 12 teknik belum agi buat….
Keja en nik…3 corak terancang, x terancang, 3 menggambar…baru wat 3….lagi 6…..
Ditamabah lak en yak bagi 4 apreseasi karya tokoh tempatan..dah siap 1…….
Keja BM pun sama….mesti ada…
EDU pun sama….folder x buat lg…
PJ….pembentangan urinary n endokrin x sentuh pun lg…….
Pandu puteri…buku log belum wat lagi……………….
Waaaaaaaaaaaaaaaaaa………….
Tension……………
Saat macam ni sepatutnya ak ballik umah mencari sinar kebahagian di sana………
ak rindu sume org………..
mis my mom so much………………also my dad……..i didn’t feel he was died…..sometime I feel he with me…….
Wargggghh mau balik kg…lg 3 minggu g…
Ataupun jumaat ni ak akn balik……..
Lam bank aku masih ada duit……..lebih pada cukup…..thanks to my mom masukkan duit ye..walaupun ak minta ckit je tp banyak plak yg di masukkan..love u mom……
Adam………ala rindu gak kat syg sorang ni…..mis u so much dear………………
So pa2 hal……..ak x sabar nak balik mencari ketenangan…………..
menggunakan pen...harga pen 1.50...beli kat kedai depan maktab
motif butterfly...sebabnya banyak jalinan pada bulu..so nmpak la kesan garisan
ni plak lukisan pensel...
menggunakan mechanical pensel...walaupun lecture saya selalu marah tp sya tetap nak guna juga...
media : pensel
tajuk : rosku sayang
dalam proses
hasil akhir
note mengenai lukisan :
LUKISAN
Lukisan adalah proses melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dan gosokan menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan media ialah pensel, arang, pensel warna, kertas dan kanvas
Pada zaman pra sejarah manusia menggunakan darah untuk menghasilkan warna merah, manakala warna hitam diperolehi daripada manganam oksid, jelaga lemak atau arang. Warna coklat atau jingga diperolehi daripada biji-bijian yang dihancurkan dgn batu dan dicampurkan dgn darah haiwan, madu tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan.
Warna-warna yang digunakan pd zaman ini kebanyakkannya drp kategori ‘earth colours’ seperti perang, kuning, merah, hitam dan sebagainya yg dicampurkan dgn lemak binatang. Warna ungu dan hitam diperolehi drp oksid manganam yang terdspat dalam tanah liat. Manakala warna putih diperolehi daripada batu kapur.
Lukisan boleh dihasilkan:
1.Lukisan tanpa warna
2. Lukisan berwarna
Teknik melukis
Teknik garisan silang
himpunan garisa-garisan yang bersilang menghasilkan kesan ton
Teknik titik-
hanya titik2 sahaja yang digunakan untuk menghasilkan bentuk dan ton
Teknik lorekan
teknik yang biasa digunakan dengan melorek kawasan objek gelap untuk menunjukkan ton
Teknik gosokan
meletakkan kertas lukisan diatas permukaan yang mempunyai jalinan yang diinginidan menggosokannya menggunakan alat melukis
Teknik campuran
lukisan dihasilkan dengan menggunakan campuran alat/media melukis dan teknik-teknik yang berlainan.
untuk tugasan PSV3106, en yakob suruh wat kajian guna media...so dia suh la pilih satu gambar n wat menggunakan 4 media yg berbeza...
ni karya asal..ntah karya sapa...aku amik dr internet....
karya ni guna krayon rasanye...
guna watercolor
so ni la hasil imitasi gambar n olahan warna aku...ni baru satu media yang aku siap...menggunakan watercolor...memang x cantik..besa la x reti sgt guna color....
ari ni aku bangun awal... semua gara2 pikah...awal kejut aku kononnya nak g joging... sebabnya pagi semalam kami joging tinggal dia ....hehehhee padan muka kau...........
sedang aku berunding dengan dia sempat aku snap gambar... pemandangan indah di waktu pagi di kala indah yang rajin bangun awal...hehhehe...
ni pemandangan dari aras 3..sebelah bilik tv... guna n70 je.... kamera tak bawak dong!!!
ni lak gambar aku snap masa gerhana matahari... ni masa dah nak habis pun tak clear sgt cos hset terlalu canggih...zoom terlalu tinggi..hahahahaa... lagi pun gerhana ni x clear cos suasana suram je....
05. Sahabat-sahabat baik saya : enam sekawan(grah, dayah, huda, put, wani n yg ke 6 tu aku la)....kawan matrik aku ain,huda n fatin n tak kan lupa psv group sume my bes frenz...
06. Saya tak paham : kenapa saya kena belajar anatomy n phisiology...arggghhh dah x amik bio...adakah ini zaman kejatuhan pointer aku....
07. Saya kehilangan : my dad....
08. Ramai yang berkata : di saat ini...di sekeliling aku ramai yg berkata " bila elaun nak masuk ar??
09. Makna nama saya : noor fadhilah meant??? noor sama ke ngan nur..klu sama cahaya..fadhilah bermaksud kedudukan yang tinggi dan terpuji...
10. Cinta itu adalah : ketawa, suka , duka, menjerit, menangis, marah, manja, cemburu, benci, geram, sakit.....
11. Di suatu tempat seseorang: sedang tidur...itula roomate ku yg sedang membuta namanya JAJA
12. Saya akan cuba : be best student n sambung pelajaran aku lagi...nak jd lec...
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : hingga akhir hayat...sampai bilanya ..tiada penghujungnya
14. Telefon bimbit saya : kale itam..n70...bila ye mau tukar???
15. Bila saya terjaga dari tidur :' sambung sikit g arr....klu jaga sebelum alarm" lagi alarm x bunyi xnak bangun"
16. Saya paling meluat apabila : saya berjumpa dengan seorang guru kaunseling sekolah saya....
17. Pesta/Parti adalah : ntah la...jarang pegi..or my be x penah kot...stakat majlis ari jadi...reunion je...
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : macam sume x comei je...
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : 24 n sebelum kawin kot...tau sebab pa...masa umur 24 saya dah dapat posting..so dah da duit..saya leh beli keta umah n leh kawin....
20. Hari ini : 15 jan 2010..kul 3.30 da gerhana matahari...
21. Malam ini saya akan : ajak jaja, tasya, im , pika g makan...enjoy...
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : macam hitam je atas idung,....hehhehe
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : aku suka g shoping...g market pun bes gak..leh bli ikan
26. Makanan Barat atau Jepun : barat tu leh la tahan...jepun ntah penah makan sushi je..tp sushi x lalu le
27. Bilik yang terang atau gelap : x terlalu terang n x terlalu gelap...klu gelap x nampak apa....yg pasti jgn bau hapak...
28. Makanan segera adalah : makan apa ye???yg pantas??macam tak je ..kadang2 g mcD lama je tunggu,...
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? : ayah ok x???
30. Tag ini datang dari : roain..kawan masa sekolah dari dajah 4 smpai f2 kami skola skali......skang dah kawin..baru taun lepas mula contact balik....
Tag ni dipanjangkang istimewa untuk : Semua orang!!! sudi-sudilah menjawab yer..
ha mesti sume pelik kan.. aku x update blog ku ni selama sebulan cuti.. sebab utama adalah latop terchentaku rosak... so aku xda mood nak update blog guna latop org len cos xde la gambar menarik... actually aku bnyk nak cita.. pasal mee udang...aidil adha....aktvitiku masa cuti n others........
cam na pun mood aku semakin menghilang kerana ayahda terchinta ku....allahyarham Tn Hj Mat Hassan Bin Junus telah pulang ke rahmatullah pada 21 disember 2009...jam 6.45petang... untuk kisah pemergian ayahda ini aku tak dapat nak ceritakan lagi wat masa ni... masih dalam kesedihan...walaupun aku tak da la meraung menangis meratap pemergiannya..sebagai anak2 yg soleh n solehah kami dapat menerimanya dengan redha....kami tidak meratapinya...biar rohnya di sana aman........
biar kami di dunia ini teruskan kebaikan yang di lakukan oleh ayah....supaya dia disana tetap berbangga dengan anak2nya.... sekarang kami baru habis kenduri arwah dan tahlil untuk ayah..kami wat selama 7 hari berturut...minggu depan untuk hari yg ke 14 then hari ke 40 n hari ke 100....... walaupun kami penat n beribu wang telah di habiskan tapi kami puas.......menu yg dihidangkan sumenya ikut apa yg ayah suka...alhamdullillah...
ok la nanti kita sambung lagi... takut2 la tertumpah air mata yg membuatkan allahyarham tidak tenteram.....
di kesempatan ini nak ucapakan jutaan terima kasih kepas ADAM n DUAN...datang pada hari kebumikan ...turut sama sehingga ke kwasan perkuburan..
akhir kata...aku sebagai anaknya akan cuba menjaga pebampilan, akhlakku n segala perlakuanku kerana aku masih dibawah tanggunganya walaupun "mati seseorang itu maka terputuslah dia dengan dunia"...tetapi masih ada 3 perkara dan salah satunya doa anak2 yg soleh...
jadi perlakuan dan amalanku di dunia ini dapat menerangkan kehidupannya di alam sana....