follow me....

Saturday, February 22, 2014

flashback - my 1st posting....

hai2...
lepas ja pertengahan 2013 memang x berupdate blog ni..apatah lagi saya di postingkan di sarawak....

SARAWAK?????

yuppp....saya dipostingkan di SARAWAK 

meh nak ceritakan pengalaman..

kali pertama dapat semak penempatan dengan lajunya saya check di portal kpm....

terus terpapar TAHNIAH anda ditempatkan di SARAWAK....berkali-kali tengok n memang comfirm sy di sarawak....terus semak plak kesayangan saya....tau apa yang terpapar...sama seperti saya...

TAHNIAH anda ditempatkan di SARAWAK....

saat ni xtau nak cakap apa...tapi at least lega..kami berdua di Sarawak...

terus cakap kat mak,kakak,abg n semua...semua terkejut tapi masih bersyukur atleast adam juga Sarawak...bila mesej ja ...."aku dapat sarawak"...terus depa tanya balik...."adam dapat mana??"...bila tau dua2 sarawak depa macam lega sikit.....

walaupun dapat Sarawak kami masih belum tau daerah mana, ppd mana...bersabar je la..dengan pengurusan KPM yang agak mengecewakan...surat pun lambat pulak dikeluarkan....sampailah KPM keluarkan surat secara online kami perlu berkumpul di Sepang dulu pada 1 Julai 2013..

sebelum tu dekat page pismp ada yg dah gigih cal seluruh ppd Sarawak untuk cek nama...aku x sempat pun nak cal...smpai lah pada hari rabu..3 hari sebelum ak dftar di sepang..sepupu adam yang kat Sarawak ada pegi PPD ni kebetulan ppd tengah arrange nama guru baru..dia minta tolong ppd checkkan nama kami...keputusannya NOOR FADHILAH ditempatkan di PPD DARO...manakala MUHAMAD ADAM di PPD MIRI.....

alamak......namanya satu sarawak tapi jarak kami antara 5-6 jam perjalanan.....masing2 dah runsing...cousin adam minta cepat2 cal jpn n minta tukar...dalam masa yang sama terus ja aku post dalam page PISMP...,"perhatian kepada sesiapa yang berminat untuk pertukaran suka sama suka dengan tunang saya....dia nak tukar dari PPD MIRI ke PPD DARO",,,,lepas tu bertalu2 la org pm ak..sampai la ada sorang sahabat pismp ni yang mmg berminat dan dia ada kawan di ppd daro n dia akan cuba sedaya upaya untuk pertukaran ni..alhamdulillah...........

kami berdua ke sepang cuma dihantar oleh kakak n abg iparku...masa kami di Sepang, aku dapat tahu nama sekolahku n adam...aku di SK BAKERKONG,DARO....adam pulak di SK SUNGAI BAKAS, MIRI.....kami masih memikir cara perpindahan...menurut sepupu adam sekolah aku memang P2 tapi xperlu melalui jalan sungai bagai..alhamdulillah lega...pada 11 pagi  1/7/13 adam dah mula meninggalkan aku kesorangan di Sepang..buat kali pertama untuk posting aku mengalirkan air mata...sebak yang tak tertahan...kami dua2 menangis...sedih....flight adam pukul 3 ke kuching n aku pkul 7.30....adam cakap dia akan cuba sedaya upaya di KUching nnti untuk jumpa dgn JPN SARAWAK...

Adam sampai Kuching pukul 5..setel segala urusan dia terus jumpa JPN...aku pulak dah naik flight off phone...smpai ja kuching hampir pukul 10....terus on phone...masa tu depan imegresen..tengah beratur....dapat mesej " Sayang abg dapat tukar dekat masuk Daro..alhamdulillah"..terus aku call dia dalam keadaan percaya dan tidak...gembira terkata...aku senyum tanpa henti...sampai je Grand Magarita Hotel terus adam datang angkat bagasi....masuk je hotel geng2 JPN yg berselisih banyak tegur adam "oh ini tunang awak"...aku senyum ja....

then terus Adam bawaku berjumpa dengan En Hashim, Pegawai JPN Sarawak bahagian penempatan...dia pandang muka aku...."awak tengok apa dia buat kat sini...bersungguh dia merayu kat saya.." aku senyum je...."betul ni awak nak dekat ngan dia"..ya encik.....akhirnya dia angguk....."ok saya luluskan"...nanti awak sampai sana pergi je lapor diri di PPD Daro.nanti diorang uruskan...syukur........rupanya sampai ja Adam di hotel dia terus uruskan pertukaran,buat surat n contact dengan budak yang nak wat pertukaran suka sama suka tu n macam2 la....
terima kasih sayang atas pengorbananmu.....

malamnya berehat n beli tiket untuk Adam...dia terpaksa tanggung sendiri kos perjalanan...ok kami sanggup..dia beli tiket bisnes class..sebab itu ja yg tinggal supaya dia dapat satu flight dengan aku...kami amik jugak...so kami gerak sma2 dari
 Kuching > Sibu > PPD DARO.....


dah lapor diri di PPD, aku n kawan aku masih still kna bermalam di daro...adam plak gb dia dah amik n balik ke SK SOK,Matu....keesokannya GB aku pun datang amik..so kami pun bertolak ke SK Bakerkong Daro....


 nak cerita pasal sekolah bakerkong ni ye...masa ak masuk sini pada 3 julai jumlah guru adalah 110rang dan muridnya hanya 10 orang....
terlalu kurang muridnya...
status skolah Pedalaman 2....dah xguna jalan air..ada jalan darat....nak masuk ke sekolah jalan batu2....terletak di kawasan perkampungan iban yang dipanggil Rumah Panjang Bekakong...

OK..skarang jom layan gambar...
 
 ini adalah rumah yg aku n kawan baru aku iaitu nur duduk....sedih sgt...
berlantaikan kayu berlubang....semuanya gara2 ada seorang guru perempuan yang tidak sudi menumpangkan kami sementara waktu dirumahnya...xpe kami terima...mujur kami masih ada senior a.k.a rakan guru lain yang masih baik hati..sudi berikan bantal...tolong pakukan lantai berlubang...berikan tikar getah....ada jugak kerani sekolah yang baik hati yg menyambut kami...bagi kami makan pada hari kami baru smpai...alhamdulillah..
jadi di rumah ini kami mulakan hidup kami sebagai perantau...


ini pula kawasan sekolah SK BAKERKONG...
bangunan belakang skali tu ada pejabat,bilik sains,bilik guru,perpustakaan,bilik komputer, kelas tahun 4,kelas tahun 1,bilik spbt

bangunan tengah yg cantik tu kelas thn6,5,3 dan 2...

yang depan skali bangunan RMT...yg kosong tu padang sekolah...

ini adalah sungai di hadapan sekolah kami...luaskan...pondok ini dipanggil wharf..slalu datang lepak sini..tenangkan fikiran...
budak2 siap mandi tau...jom tengok...
kami selalu ditemani murid2 pada waktu petang...






ok tu la la serba sedikit tentang postingku...

ini semua murid SK bakerkong....10 org.sorang terlindung muka...
yg tudung pink tu bestfren ku di Sarawak ni...NUR HIDAYAH...aku panggil nor...

Monday, April 8, 2013

SPP OH SPP - apa itu penilaian khas...

 ok masih bersambung tentang spp....
Tahun 2013 ada sedikit kelainan....sistem pelantikan tetap jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan pelajaran (SPP) dijalankan melalui 2 cara iaitu:
  1. interview konvensional - sama seperti tahun sebelum ini. semua akan ditemuduga oleh panel SPP...
  2. Penilaian Khas - program untuk graduan cemerlang...
ok apa ciri-ciri graduan cemerlang???
  1. Memperoleh keputusan Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas;
  2. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya A- dalam latihan praktikum
  3. diperakui oleh IPGM...
bagi  calon-calon yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah diyatakan ini akan melalui penilaian khas...
 
Bagaimana proses Penilaian Khas ini diadakan? 
 
disini saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri menjalani sesi penilaian khas pada 4 April 2013 di Bayview Hotel,Georgtown Pulau Pinang. 
sebelum 
  1. Nama calon akan disiarkan dalam portal spp. Calon akan diagihkan kepada beberapa kumpulan dengan kapasiti sepuluh orang calon bagi setiap kumpulan. ***jadi dah ada nama siap kat situ boleh la cari geng siap-siap...
  2. Calon perlulah menyediakan dokumen mengikut senarai semak yang diberikan. 
  3. Pastikan anda membuat persediaan dari aspek pakaian,penampilan yang menunjukkan anda seorang guru.
semasa
  1. Sesi pendaftaran akan diadakan oleh urus setia bagi setiap kumpulan akan menyemak semua dokumen yang telah dinyatakan dalam senarai semak. Macam di penang di bahagi kumpulan 1-3  seorang urusetia.  Dokumen mesti lengkap dengan dokumen asal dan salinan yang telah disahkan.
  2. Selesai pendaftaran, semua duduk dimeja masing-masing....sementara menunggu tetamu kehormat dan selesai pendaftaran semua calon perlu tulis "azam guru cemerlang" di atas kertas yang disediakan...***rasanya sekadar pengisian je sementara menunggu.....
  3. Kemudian, satu sesi taklimat oleh pihak SPP akan diadakan. Isi taklimat ni berkisarkan "Fungsi dan Peranan SPP."
  4. Setesunsya ada sesi perbincangan dalam kumpulan selama 1jam. Setiap kumpulan akan diberikan satu tajuk yang sama dan hasil perbincangan perlu dicatatkan di atas kertas yang telah disediakan.Bagi calon zon utara tajuknya adalah "aktiviti kokurikulum meningkatkan jati diri dan membangunkan modal insan.bincangkan "
  5. Sambil-sambil berbincang tu akan ada pemerhatian dari panel spp...setiap kumpulan juga diminta untuk menyanyikan lagu patriotik atau lagu rakyat...ada juga diajukan dengan soalan atau pendapat...ada jugak kumpulan yang kena nyanyi di atas pentas. 
  6. Jamuan ringan. masa ni disediakan maggie goreng,popia,kek coklat dan minuman panas.
  7. Masuk semula dan akan ada sesi soal jawab antara calon dan pihak SPP.
  8. Akhir Sekali ialah penyerahan surat lantikan.
  9. Bersurai.
ha..begitu la perjalanan program penilaian khas...tak ada apa yang perlu dibimbangkan..ringkas...sediakan diri dengan penampilan yang baik. pengetahuan sedia ada dah cukup untuk perbincangan...

sekian terima kasih.....

Monday, April 1, 2013

SPP OH SPP membuatku resah

ok dah lama rasanya tak update blog...
saya masih lagi belum posting...sekarang dah jadi cg ganti...
nak cerita pasal SPP...spp sudah mula menjalankan temuduga bermula 21 februari hinggalah penghujung mac...dah lupa hehhee...

alkisahnya...aku xtersenarai untuk interview (iv) di zon utara...serius aku memang kecewa bila semua rakan2 area utara dapat iv....aku berfikiran positif mungkin rezeki iv di seremban sebab belajar kat sana...bila nama keluar sekali lagi kecewa apabila baki budak kelas aku semua iv di putrajaya....seorang sabah n seorang sarawak...makanya 15 orang dipanggil iv dan lagi 5 org tidak berstatus....
katanya kami kategori penilaian khas...

apa itu penilaian khas???
penilaian khas ni merupakan program untuk graduan  cemerlang yang mempunyai cgpa 3.5 ke atas dan praktikum sekurang-kurang A-...

so aku pun menggagahkan diri cal spp n aku tersenarai sebagai calon penilaian khas...cuma tempatnya belum tahu lagi...satu persatu nama dikeluarkan...program dijalankan menikut zon iaitu di sawarak,putrajaya,johor,ipoh,penang,kelantan,kuantan dan sabah...

budak kelasku berempat kena di putrajaya...maka aku seorang sahaja di utara....alhamdulillah dah dapat tarikh....penilaian khas aku pada 4/4 bertempat di Bayview Hotel, Georgtown Pulau Pinang....

ok la...bersambung lagi dalam entry berikutnya...nak cerita sikit apa tu penilaian khas.....jumpa lagi....

Saturday, January 26, 2013

REZEKI.....

Sumber : google image

FIKIR...SURVEY...BINCANG....RESULT

UWAAAA...
saya masih confuse ni mau pakai kereta apa...
minggu lepas dah g survey dah dekat suzuki,mitsubhsi,hyundai,volkswagen n honda.....

swift...ok ni masa aku p tengok baru launch seminggu....memang smart la...design belakang dia lain...semakin smart rasa dari yg lama....buat masa sekarang limited edition fully import from japan..hanya 900 buah saja....
dulu x berapa minat tapi tengok yg ni rasa syok pulak....

 ni honda jazz....actually aku ni peminat tegar jazz..tapi sejak akhir2 ni kureng ckit...xtau sebab pa....


mitsubishi mirage..ni pun launch bulan dec x silap...harga dia murah ckit pada swift...TAPIIII macam x je...



ni volkswagen polo....kalau kat showroom cun sebab berpancar cahaya sana sini...kalau usha kat jalan macam xsmart...tapi jenama dia yang mewah....



huhuhu..dari kesemua tu rasanya swift or jazz....swift murah pada jazz....masih servey lagi kelebihan n kekurangan.....kena amik kira pendapat org2....dah la ramai dalam fmily ni...sorang kata nu sorang kata ni....hoh pening.....rasanya ford fiesta macam tolak tepi kot....ok kena cepat fikir ni jangan tangguh2...
sekali pikir punya pikir kan satu pun yang duk senarai aku x amik....hahhahaha...ada kereta pa lagi ar yg ok....kalau minggu depan dapat panggilan interim mmg terus book...hahhahhaha...tamak.......


Friday, January 25, 2013

TAMAT DAN PERMULAAN

hai2 dah lama rasanya tak update blog....
owner blog ni actually dah tamat pun pengajian di IPG selama 5 tahun setengah...
kiranya pada tahun 2013 ni dah nak jadi guru...
agak malang bagi guru pelatih yang menamatkan pengajian pada november 2012 kerana tidak diberikan pnempatan lagi...pada saat aku menulis post ni aku masih berstatus penganggur...hope bulan 2 ni ada la penempatan...
actually sebilangan daripada pelajar IPG PISMP ambilan 2009 telah diberi penempatan interim di SJK n SJKC...pelajar berbangsa melayu tidak terkecuali ditempat di sekolah SJK ni...tarikh lantikan mereka bermula pada 16 Januari...TAPI cg ilah bukan golongan teripilih untuk mengajar di SJK...saya berfikiran positif bagi merawat luka posting lambat ini dengan menanggap rezeki saya mungkin di SK...mungkin murid-murid di SK memerlukan saya...

" Ya Allah ya tuhanku yang maha pemurah, engkau bukakanlah pintu rezeki kepadaku...berikanlah petunjuk dalam setiap apa pekerjaan yang dilakukan di dunia ini..aku tahu setiap yang apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...jika ia baik untukku berikanlah padaku...jika ia buruk buatku jauhkanlah dariku....jika semua ini ujian dari mu Ya Allah aku terima dengan redha kerana aku yakin dengan segala suratan ini...aku yakin jika aku ikhlas dalam apa yang aku lakukan insyaallah balasannya akan datang samaada lambat mahupun cepat....amin......