follow me....

Monday, April 8, 2013

SPP OH SPP - apa itu penilaian khas...

 ok masih bersambung tentang spp....
Tahun 2013 ada sedikit kelainan....sistem pelantikan tetap jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan pelajaran (SPP) dijalankan melalui 2 cara iaitu:
  1. interview konvensional - sama seperti tahun sebelum ini. semua akan ditemuduga oleh panel SPP...
  2. Penilaian Khas - program untuk graduan cemerlang...
ok apa ciri-ciri graduan cemerlang???
  1. Memperoleh keputusan Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas;
  2. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya A- dalam latihan praktikum
  3. diperakui oleh IPGM...
bagi  calon-calon yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah diyatakan ini akan melalui penilaian khas...
 
Bagaimana proses Penilaian Khas ini diadakan? 
 
disini saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri menjalani sesi penilaian khas pada 4 April 2013 di Bayview Hotel,Georgtown Pulau Pinang. 
sebelum 
  1. Nama calon akan disiarkan dalam portal spp. Calon akan diagihkan kepada beberapa kumpulan dengan kapasiti sepuluh orang calon bagi setiap kumpulan. ***jadi dah ada nama siap kat situ boleh la cari geng siap-siap...
  2. Calon perlulah menyediakan dokumen mengikut senarai semak yang diberikan. 
  3. Pastikan anda membuat persediaan dari aspek pakaian,penampilan yang menunjukkan anda seorang guru.
semasa
  1. Sesi pendaftaran akan diadakan oleh urus setia bagi setiap kumpulan akan menyemak semua dokumen yang telah dinyatakan dalam senarai semak. Macam di penang di bahagi kumpulan 1-3  seorang urusetia.  Dokumen mesti lengkap dengan dokumen asal dan salinan yang telah disahkan.
  2. Selesai pendaftaran, semua duduk dimeja masing-masing....sementara menunggu tetamu kehormat dan selesai pendaftaran semua calon perlu tulis "azam guru cemerlang" di atas kertas yang disediakan...***rasanya sekadar pengisian je sementara menunggu.....
  3. Kemudian, satu sesi taklimat oleh pihak SPP akan diadakan. Isi taklimat ni berkisarkan "Fungsi dan Peranan SPP."
  4. Setesunsya ada sesi perbincangan dalam kumpulan selama 1jam. Setiap kumpulan akan diberikan satu tajuk yang sama dan hasil perbincangan perlu dicatatkan di atas kertas yang telah disediakan.Bagi calon zon utara tajuknya adalah "aktiviti kokurikulum meningkatkan jati diri dan membangunkan modal insan.bincangkan "
  5. Sambil-sambil berbincang tu akan ada pemerhatian dari panel spp...setiap kumpulan juga diminta untuk menyanyikan lagu patriotik atau lagu rakyat...ada juga diajukan dengan soalan atau pendapat...ada jugak kumpulan yang kena nyanyi di atas pentas. 
  6. Jamuan ringan. masa ni disediakan maggie goreng,popia,kek coklat dan minuman panas.
  7. Masuk semula dan akan ada sesi soal jawab antara calon dan pihak SPP.
  8. Akhir Sekali ialah penyerahan surat lantikan.
  9. Bersurai.
ha..begitu la perjalanan program penilaian khas...tak ada apa yang perlu dibimbangkan..ringkas...sediakan diri dengan penampilan yang baik. pengetahuan sedia ada dah cukup untuk perbincangan...

sekian terima kasih.....

Monday, April 1, 2013

SPP OH SPP membuatku resah

ok dah lama rasanya tak update blog...
saya masih lagi belum posting...sekarang dah jadi cg ganti...
nak cerita pasal SPP...spp sudah mula menjalankan temuduga bermula 21 februari hinggalah penghujung mac...dah lupa hehhee...

alkisahnya...aku xtersenarai untuk interview (iv) di zon utara...serius aku memang kecewa bila semua rakan2 area utara dapat iv....aku berfikiran positif mungkin rezeki iv di seremban sebab belajar kat sana...bila nama keluar sekali lagi kecewa apabila baki budak kelas aku semua iv di putrajaya....seorang sabah n seorang sarawak...makanya 15 orang dipanggil iv dan lagi 5 org tidak berstatus....
katanya kami kategori penilaian khas...

apa itu penilaian khas???
penilaian khas ni merupakan program untuk graduan  cemerlang yang mempunyai cgpa 3.5 ke atas dan praktikum sekurang-kurang A-...

so aku pun menggagahkan diri cal spp n aku tersenarai sebagai calon penilaian khas...cuma tempatnya belum tahu lagi...satu persatu nama dikeluarkan...program dijalankan menikut zon iaitu di sawarak,putrajaya,johor,ipoh,penang,kelantan,kuantan dan sabah...

budak kelasku berempat kena di putrajaya...maka aku seorang sahaja di utara....alhamdulillah dah dapat tarikh....penilaian khas aku pada 4/4 bertempat di Bayview Hotel, Georgtown Pulau Pinang....

ok la...bersambung lagi dalam entry berikutnya...nak cerita sikit apa tu penilaian khas.....jumpa lagi....