follow me....

Monday, April 8, 2013

SPP OH SPP - apa itu penilaian khas...

 ok masih bersambung tentang spp....
Tahun 2013 ada sedikit kelainan....sistem pelantikan tetap jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan pelajaran (SPP) dijalankan melalui 2 cara iaitu:
  1. interview konvensional - sama seperti tahun sebelum ini. semua akan ditemuduga oleh panel SPP...
  2. Penilaian Khas - program untuk graduan cemerlang...
ok apa ciri-ciri graduan cemerlang???
  1. Memperoleh keputusan Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas;
  2. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya A- dalam latihan praktikum
  3. diperakui oleh IPGM...
bagi  calon-calon yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah diyatakan ini akan melalui penilaian khas...
 
Bagaimana proses Penilaian Khas ini diadakan? 
 
disini saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri menjalani sesi penilaian khas pada 4 April 2013 di Bayview Hotel,Georgtown Pulau Pinang. 
sebelum 
  1. Nama calon akan disiarkan dalam portal spp. Calon akan diagihkan kepada beberapa kumpulan dengan kapasiti sepuluh orang calon bagi setiap kumpulan. ***jadi dah ada nama siap kat situ boleh la cari geng siap-siap...
  2. Calon perlulah menyediakan dokumen mengikut senarai semak yang diberikan. 
  3. Pastikan anda membuat persediaan dari aspek pakaian,penampilan yang menunjukkan anda seorang guru.
semasa
  1. Sesi pendaftaran akan diadakan oleh urus setia bagi setiap kumpulan akan menyemak semua dokumen yang telah dinyatakan dalam senarai semak. Macam di penang di bahagi kumpulan 1-3  seorang urusetia.  Dokumen mesti lengkap dengan dokumen asal dan salinan yang telah disahkan.
  2. Selesai pendaftaran, semua duduk dimeja masing-masing....sementara menunggu tetamu kehormat dan selesai pendaftaran semua calon perlu tulis "azam guru cemerlang" di atas kertas yang disediakan...***rasanya sekadar pengisian je sementara menunggu.....
  3. Kemudian, satu sesi taklimat oleh pihak SPP akan diadakan. Isi taklimat ni berkisarkan "Fungsi dan Peranan SPP."
  4. Setesunsya ada sesi perbincangan dalam kumpulan selama 1jam. Setiap kumpulan akan diberikan satu tajuk yang sama dan hasil perbincangan perlu dicatatkan di atas kertas yang telah disediakan.Bagi calon zon utara tajuknya adalah "aktiviti kokurikulum meningkatkan jati diri dan membangunkan modal insan.bincangkan "
  5. Sambil-sambil berbincang tu akan ada pemerhatian dari panel spp...setiap kumpulan juga diminta untuk menyanyikan lagu patriotik atau lagu rakyat...ada juga diajukan dengan soalan atau pendapat...ada jugak kumpulan yang kena nyanyi di atas pentas. 
  6. Jamuan ringan. masa ni disediakan maggie goreng,popia,kek coklat dan minuman panas.
  7. Masuk semula dan akan ada sesi soal jawab antara calon dan pihak SPP.
  8. Akhir Sekali ialah penyerahan surat lantikan.
  9. Bersurai.
ha..begitu la perjalanan program penilaian khas...tak ada apa yang perlu dibimbangkan..ringkas...sediakan diri dengan penampilan yang baik. pengetahuan sedia ada dah cukup untuk perbincangan...

sekian terima kasih.....

Monday, April 1, 2013

SPP OH SPP membuatku resah

ok dah lama rasanya tak update blog...
saya masih lagi belum posting...sekarang dah jadi cg ganti...
nak cerita pasal SPP...spp sudah mula menjalankan temuduga bermula 21 februari hinggalah penghujung mac...dah lupa hehhee...

alkisahnya...aku xtersenarai untuk interview (iv) di zon utara...serius aku memang kecewa bila semua rakan2 area utara dapat iv....aku berfikiran positif mungkin rezeki iv di seremban sebab belajar kat sana...bila nama keluar sekali lagi kecewa apabila baki budak kelas aku semua iv di putrajaya....seorang sabah n seorang sarawak...makanya 15 orang dipanggil iv dan lagi 5 org tidak berstatus....
katanya kami kategori penilaian khas...

apa itu penilaian khas???
penilaian khas ni merupakan program untuk graduan  cemerlang yang mempunyai cgpa 3.5 ke atas dan praktikum sekurang-kurang A-...

so aku pun menggagahkan diri cal spp n aku tersenarai sebagai calon penilaian khas...cuma tempatnya belum tahu lagi...satu persatu nama dikeluarkan...program dijalankan menikut zon iaitu di sawarak,putrajaya,johor,ipoh,penang,kelantan,kuantan dan sabah...

budak kelasku berempat kena di putrajaya...maka aku seorang sahaja di utara....alhamdulillah dah dapat tarikh....penilaian khas aku pada 4/4 bertempat di Bayview Hotel, Georgtown Pulau Pinang....

ok la...bersambung lagi dalam entry berikutnya...nak cerita sikit apa tu penilaian khas.....jumpa lagi....

Saturday, January 26, 2013

REZEKI.....

Sumber : google image

FIKIR...SURVEY...BINCANG....RESULT

UWAAAA...
saya masih confuse ni mau pakai kereta apa...
minggu lepas dah g survey dah dekat suzuki,mitsubhsi,hyundai,volkswagen n honda.....

swift...ok ni masa aku p tengok baru launch seminggu....memang smart la...design belakang dia lain...semakin smart rasa dari yg lama....buat masa sekarang limited edition fully import from japan..hanya 900 buah saja....
dulu x berapa minat tapi tengok yg ni rasa syok pulak....

 ni honda jazz....actually aku ni peminat tegar jazz..tapi sejak akhir2 ni kureng ckit...xtau sebab pa....


mitsubishi mirage..ni pun launch bulan dec x silap...harga dia murah ckit pada swift...TAPIIII macam x je...



ni volkswagen polo....kalau kat showroom cun sebab berpancar cahaya sana sini...kalau usha kat jalan macam xsmart...tapi jenama dia yang mewah....



huhuhu..dari kesemua tu rasanya swift or jazz....swift murah pada jazz....masih servey lagi kelebihan n kekurangan.....kena amik kira pendapat org2....dah la ramai dalam fmily ni...sorang kata nu sorang kata ni....hoh pening.....rasanya ford fiesta macam tolak tepi kot....ok kena cepat fikir ni jangan tangguh2...
sekali pikir punya pikir kan satu pun yang duk senarai aku x amik....hahhahaha...ada kereta pa lagi ar yg ok....kalau minggu depan dapat panggilan interim mmg terus book...hahhahhaha...tamak.......


Friday, January 25, 2013

TAMAT DAN PERMULAAN

hai2 dah lama rasanya tak update blog....
owner blog ni actually dah tamat pun pengajian di IPG selama 5 tahun setengah...
kiranya pada tahun 2013 ni dah nak jadi guru...
agak malang bagi guru pelatih yang menamatkan pengajian pada november 2012 kerana tidak diberikan pnempatan lagi...pada saat aku menulis post ni aku masih berstatus penganggur...hope bulan 2 ni ada la penempatan...
actually sebilangan daripada pelajar IPG PISMP ambilan 2009 telah diberi penempatan interim di SJK n SJKC...pelajar berbangsa melayu tidak terkecuali ditempat di sekolah SJK ni...tarikh lantikan mereka bermula pada 16 Januari...TAPI cg ilah bukan golongan teripilih untuk mengajar di SJK...saya berfikiran positif bagi merawat luka posting lambat ini dengan menanggap rezeki saya mungkin di SK...mungkin murid-murid di SK memerlukan saya...

" Ya Allah ya tuhanku yang maha pemurah, engkau bukakanlah pintu rezeki kepadaku...berikanlah petunjuk dalam setiap apa pekerjaan yang dilakukan di dunia ini..aku tahu setiap yang apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...jika ia baik untukku berikanlah padaku...jika ia buruk buatku jauhkanlah dariku....jika semua ini ujian dari mu Ya Allah aku terima dengan redha kerana aku yakin dengan segala suratan ini...aku yakin jika aku ikhlas dalam apa yang aku lakukan insyaallah balasannya akan datang samaada lambat mahupun cepat....amin......