follow me....

Wednesday, February 24, 2010

menggambar teknik catan - catan air

untuk teknik catan aku memilih watercolor sebagai medium..alpha waterrcolor je k...
subjek aku bunga ros...





HASIL AKHIR  NTAH KEMANA,,,,
ni ada sedikit note mengenai catan 

Catan adalah bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti kertas, kanvas, dinding, plat, papan board dan sebagainya.
Media catan yang popular pada zaman Renaisance ialah fresco, cat tempera, cat minyak dan cat air. Subjek catan kebanyakkannya menggambarkan peristiwa kitab suci agama Kristian , potret dan peperangan. Gaya catan pada zaman itu semuanya dalam bentuk realistic. Terdapat ramai pelukis realisme yang masyur antaranya Leonardo Da Vinci.

Teknik –teknik Catan air

1.   1.  Basah atas basah
Teknik yg melbatkan sapuan warna yg cair keatas permukaan yg basah. Ia menghasilkan kesan lutsinar. Teknik basah atas basah merupakan teknik paling dramatic bagi media cat air dan yg paling sukar dikawal sapuannya.Pelukis harus membiarkan warna terdahulu masih lembab dan sapuan warna berikutnya lebih air dan pewarna. Jika tidak warna kan berbau dan hasilnya nampak kotor.

2. Basah atas kering.
Melibatkan sapuan warna basah atas permukaan kering untuk menghasilkan kesan legap.Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dgn beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warna. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan keatas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.

3. Kering atas basah
Teknik yg melibatkan sapuan warna daripada tiub teus disapu ke atas lapisan warna yang cair atas permukaan kertas yang telah dibasahkan.